Saturday, November 8, 2014

KURUS BERSAMA OMEGA GUARD

Assalamualaikum semua.

       Minyak ikan atau Fish Oils Omega 3 sebenarnya sangat popular di kalangan kanak-kanak. Kalau di Malaysia ni zaman saya kecik dulu-dulu, brand minyak ikan yang popular Scott's Emulsion. Dari pengalaman saya dulu para ibu akan beri anak-anak minyak ikan untuk perkembangan otak dan juga mata kerana minyak ikan mengandungi Omega-3 Fatty Acids yang menjadi sumber DHA dan EPA yang dapat membantu anak-anak dalam proses pembelajaran mereka. Bagaimana pula Omega 3 dapat membantu dalam proses penurunan berat badan atau proses pembakaran lemak?

Lecithin

     Menurut kajian sains, sebenarnya berdiet dengan mengambil Omega3 yang kaya dengan DHA menghentikan penukaran sel-sel pra lemak kepada sel-sel lemak. Proses ini membantu mengurangkan pengumpulan lemak badan. Ini membolehkan kita :

   1. Turun berat badan dengan lebih cepat
   2. Membakar lemak dengan lebih banyak
   3. Mendapat jantung yang lebih sihat
   4. Menurunkan index Obesiti

Lemak Baik di perlukan oleh badan kita bagi membolehkan ia mengurai dan membakar lemak jahat yang terkumpul. Bagaimana hendak mendapatkan Lemak Baik? 
    Contoh sumber makanan yang kita boleh amalkan ialah dengan memakan 
   3oz   ikan salmon, 
  1/8     cawan walnut, 
            sardin, 
   1       sudu teh flaxseed, 
   1/2    cawan tofu, 
   1       biji telur yang kaya dengan Omega3. 


Omega Guard Shaklee 
    Kelebihan Omega guard di di hasilkan dari extrak dari ikan laut dalam dan berair sejuk ( sardin, mackerel- ikan kembung, herring dan anchovies - ikan bilis). Omega 3 dari Shaklee mengandungi 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan minyak hati ikan yang lain dan iasatu-satunya minyak ikan omega paling tulen lengkap dengan 7 jenis asid lemak omega 3 semula jadi termasuk EPA, DHA dan ALA. Omega guard shaklee di hasilkan daripada kaedah ultratulen bergred farmaseutikal berteknologi tinggi. Kaedah ultratulen adalah proses penyulingan proprietari 3 molekul untuk mengextrak omega 3 yang tulen dan menyingkirkan bahan bahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin dan PCB. 
1 biji Omega guard Shaklee membekalkan 950mg asid lemak omega 3, EPA dan DHA

Cara makan Omega Guard

   Maximum sehari tidak boleh lebih dari 3 biji ye. Omega guard digalakkan diambil SELEPAS makan untuk rasa kenyang lebih lama dan membantu proses pembakaran lemak dengan lebih cepat.
Antara manfaat Omega Guard :
  1. Omega 3 mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon PMS wanita
  2. Melicinkan kulit dan kelihatan kemerah-merahan
  3. Omega 3 dapat elakan strok
  4. Membantu mengurangkan ketegangan urat leher
  5. Mengurangkan sakit kepala
  6. Merendahkan kolestrol
  7. Omega 3 dapat mencegah pembekuan darah dalam badan
  8. Kekalkan tahap kesihatan trigleserida dan kolestrol LDL ( Kolestrol jahat)
  9. Bagus untuk ibu-ibu hamil kerana dapat membantu tumbesaran dan perkembangan otak 
      janin.
10. Meningkatkan perkembangan memori janin dn kanak-kanak
11. Omega 3 dapat memperbaiki masalah alahan kiulit seperti eczema
12. Membantu menentang kanser paru-paru, payudara, kanser prostat dan kanser kolon


omega guard

   SID Shaklee anda
Awatif Samat - 1114858
COD Sbrg Perai Utara
PoS seluruh Malaysia

Friday, September 26, 2014

Cabaran 30 hari blogging day 7 : APA YANG SAYA BACA?

ASSALAMUALAIKUM SEMUA.

     Terima kasih kepada korang yang rajin singgah baca blog saya yang banyak kekurangan ni. Entry hari ni "APA YANG SAYA BACA?". Kebetulan sekarang saya sekarang tengah baca 3 buku sekali arung, tengok pada mood semasa nak baca yang mana. Tamak tak?? Tak baca buku satu-satu bagi habis.Kalau Novel mungkin akan baca bagi habis, 1 hari baca pun sanggup sebab nak tau kesudahan,tapi skip juga muka suratnya. Buku yang saya nak share ni berbentuk ilmiah, kalau novel review saya bukan pembaca novel yang tegar. maap ye...
 
  1) 44 Wanita Solehah Dambaan Syurga


muslimah

       Kisah yang sangat menarik dan menjadi dambaan setiap Wanita hari ini. Ingin menjadi seperti mereka insan-insan terpilih. Buku ini banyak menceritakan wanita-wanita solehah zaman Rasulullah. Ada 44 orang wanita iaitu Zinnirah, Rabiatul Adawiyah, Masyitah, Ummu Habibah, Asiah Binti Mahazim, Asma' Binti Yazid, Kabsyah Binti Rafi', Ummu Sulaim Binti Milhan, Fatimah Binti Muhammad, Asma Binti Abu Bakar, Ruba'i Binti Ma'uz, Sumayyah binti Khubath, Zainah Al-Jahsi, Khadijah binti Khuwailid, Sufiyyah Binti Huyai, Hafsah Binti Umar, Saudah Binti Zam'ah, Hawwa binti Yazid, Khansa' binti Amru, Ummu Fadhal, Ummu Waraqah binti Naufal, Ummu Syuraik al-Qurasyiah, Nusaibah binti Ka'ab, Khaulah Binti Tsa'labah, Maria al-Qibtiyyah, Zainab binti Abu Salamah al-Makhzumiyah, Zainab binti Ali, Ummu Ruman, Ummu Haram binti Mulhan, Amah binti Khalid, Hindun binti Utbah, Syifa' binti Abdullah al-Adawiyyah, Khaulah al-Azwar, Aminah binti Wahab, Salma binti Sakhr, Maryam binti Imran, Siti Hajar, Ummu Hani binti Abu Talib al-Hasyimiyyah, Rufaidah binti Saad al-Asalmiyah,  Hindun binti Amru, Safiyyah binti Abdul Muttalib, Ummu Zar al-Ghifariyah, Ummu Sinan al-Aslamiyah, Aiman al-Habasyiyyah. 
  
    Wanita-wanita yang SANGAT HEBAT dengan peristiwa yang HEBAT sehingga mereka menjadi dambaan Syurga. SubhanaAllah.. Semoga kita dapat menjadi Muslimah Solehah. AMINN..

    2) 33 Pesan Nabi - Jaga Sikap, Raih Kebaikan : Vol 3 


Buku Ilmiah

        Buku ni sangat santai bila baca dan mudah untuk meresap dalam fikiran. Buku ni di buat dalam bentuk komik. Komik Hadis Bukhari - Muslim. Ini siri 3, yang siri 1 dan 2 saya tak beli lagi. In sya Allah akan cuba dapatkan nanti. Kebetulan nak bayar buku di kaunter Hasani Aeon Big, Sbrg.jaya, buku ni ada di letakan di kaunter bayaran. Macam menarik terus grab bayar. hehe.. Kadang-kadang tu beli tapi tak sempat nak baca. Fuhh.. kena perbaiki diri untuk membaca buku-buku yaang di beli. 
      Buku ni di tulis oleh penulis dari seberang. Jangan risau dengan bahasa kerana mudah untuk di fahami sebab bahasa Melayu. Tak banyak penulis menggunakan bahasa Indonesia kecuali dalam dialog dalam 20% ja. 

    Sedikit perkongsian dari buku Hadis ini : 

          Diriwayatkan oleh Asma binti Abu Bakar Ash-Siddiq (salah seorang 44 wanita dambaan Syurga) dia pernah mendatangi Nabi, Asma berkata,

      "WAHAI NABI! SAYA TIDAK MEMPUNYAI SESUATU KECUALI YANG TELAH AZ-ZUBAIR BERIKAN KEPADA SAYA, APAKAH SAYA BERDOSA JIKA SAYA MEMPERUNTUKKAN SEDIKIT UNTUK SEDEKAH DARI PEMBERIAN AZ-ZUBAIR ITU?".

    Beliau menjawab, " SISIHKANLAH SEDIKIT UNTUK KAMU, SEDEKAHKAN SESUAI DENGAN KEMAMPUANMU, DAN JANGAN DIINGAT-INGAT SEHINGGA ALLAH MENGINGAT (KEDEKUT) KEPADAMU. " (HR. MUSLIM)

    Apa yang boleh di kongsi disini, kita jangan berkira dalam memberi sedekah, jangan risau dengan bersedekah kita akan kekurangan rezeki, TIDAK!!!.. Rezeki milik Allah SWT.. in sya Allah.. Jika kita memberi, Allah akan beri lebih lagi pada kita.

* buku ni dah habis baca sewaktu entry ini bersambung untuk di siapkan..hehe..

3) SuperFoods HealthStyle: Proven Strategies for Lifelong Health 


health food

    
    Buku ni beli dah lama. Beli time Garage Sale, murah kot 10cent kot eh ke 50cent ke $1. tak ingat dah. haha..Baru-baru ni tengah kemas-kemas barang, terjumpa balik. Selak-selak terus buka page Soy. Tetiba teringat ESP Shaklee (Soy Protein Isolate Powder). Apa lagi pulun baca. Banyak info dari buku ni. so kena teruskan membaca dan gali lagi apa makanan yang baik untuk tubuh badan kita.

   Apa buku yang korang baca?? Share sikit.



Monday, September 22, 2014

Cabaran 30 hari blogging day 6 : MY LOVE

Assalamualaikum semua.

    Entry untuk hari ke-6 mengenai MY LOVE. WHO???Alhamdulillah mereka ialah Mama (Roshahida) & Baba (Abdul Samat). Dari kecil hingga sekrang tak kurang kasih sayang mereka pada saya, along & abang cik. Jasa mereka yang sangat banyak dan tidak dapat diganti untuk membesarkan kami tiga beradik. Banyak dugaan dan cabaran yang mama dan baba lalui bersama. Bila dah bekerja dan masih belum berkeluarga, apa saja keperluan rumah saya cuba untuk penuhi. 

       Sudah masanya kita sebagai anak-anak membalas jasa mereka dan pada korang yang dah bekeluarga juga jangan lupa atau sisihkan mak dan ayah kita. Kalau tak boleh jenguk setiap minggu, call setiap hari. Kenapa dulu waktu bercinta, korang boleh je begayut call kekasih setiap jam dan kalau boleh nak tau je apa aktiviti yang si dia sedang lakukan. Tapi kenapa tidak kepada mak ayah kita?? Cuba kita call dan tanya apa aktiviti mereka hari ini. Kalau ada mak ayah yang sakit pun in sya Allah sihat bila dengar suara anak-anak. Mereka hanya rindukan kita. 

parents
Sayang hingga ke Jannah. Amin.

Sunday, September 21, 2014

Cabaran 30Hari blogging day 5 : BAG SEORANG GURU Kecik

ASSALAMUALAIKUM SEMUA

        Esok dah start sekolah. Seminggu cuti penggal II rasa nikmatnya dapat berehat dirumah. Kelas tuisyen pun cuti juga sebabnya bebudak tu semua nak pergi jalan-jalan dengan family, ada juga yang nak makan kenduri. Makanya malam ni mesti bebudak semua dah tengok jadul susun buku dalam bag takut tertinggal tak pasal-pasal kena marah dengan cikgu esok di sekolah. Haihh.. Cikgu kecik pun kena la get ready juga bag nak ke sekolah. hehe.. Apa yang ada dalam bag tangan cikgu kecik ni?? Jom kita tengok.

bag guru
Ini je yang ada dalam bag tangan saya. 

Untuk tidak nampak serabut, saya dah sediakan
    (1) pencil box untuk diisi dengan pen merah,pen biru, liquid paper, high light, power bank, pendrive, cable charger, chocodate (in case kalau tak sempat makan ada mesyuarat), marker pan. 
  (2) Wristlet Light Blue untuk disis alat solek. Bukan ada apa pun, just day cream untuk perlindungan dari UV, Compact powder n lips ice(lips balm)
   (3) Mini Ipad untuk kerja-kerja berkaitan. Salah satu kebaikan bila ada mini ipad saya boleh tunjuk video kepada murid-murid berkaitan dengan topik yang di belajar. so tak perlu usung laptop yang berat.
     (4) Handphone
     (5) Note book hijau untuk tulis -" To Do List. Saya suka tulis tangan compare tulis dalam notepad Ipad. 
     (6) Note book merah untuk tulis list barang nak beli, senarai bil yang perlu di bayar, oder customer. Saya juga tulis date setiap kali isi minyak. Baba yang ajar. Sangat berguna untuk calculation monthly budget. 
     (7) Pil box. Alhamdulillah Allah kurniakan saya kesihatan badan yang baik. Saya guna pil box untuk letak supplement Shaklee saya. SET KURUS & SET KULI. Sangat mudah.
      (8) Sanitizer  WAJIB ada untuk jaga kebersihan tangan sebelum kita sentuh makanan or nak minum air.
      (9) Purse saya letak mana tah waktu ni. hehe... WAJIB juga tu. Semua kad-kad penting ada dalam tu.

    Ini saja yang ada dalam bag seorang guru kecik. Sakit bahu juga usung semua ni. hehe... Sama la beban dengan bag budak sekolah. 

     Share sikit apa yang ada dalam bag korang. Macam busybody je.. hehe..

  



Cabaran 30 Hari blogging day 4 : Tips Kemas Rumah - MEJA BELAJAR

Assalamualaikum

      Entry yang ke 4 pada hari yang ke 6.. Alamakk!!! Cepat kena kejar buat lagi 2 entry perlu di siapkan. Tips mengemas rumah saya pilih area bilik kerja di rumah atau Home Office . Nama pun cikgu mestilah ada sekurang-kurangnya meja untuk buat kerja-kerja tulis menulis or apa-apa sahaja berkaitan dengan sekolah atau kelas tuisyen. Jadi untuk bilik kerja saya di rumah saya beli 2 Banquet table jadikan bentuk L Shape. Luas kawasan yang saya ada untuk letak buku-buku tusiyen untuk 3 Subjek, printer dan alat tulis.

     Walaupun saya ada kawasan meja yang luas,  tapi ia tetap nampak serabut/berselerak sebab banyak stationery yang dibeli sendiri ataupun dihadahkan oleh murid-murid.

study table
  
   Jadi tips saya sangat mudah. Disebabkan terlalu banyak benda-benda yang kecil-kecil atas meja tu, contohnya pemadam, stapler, sticky note, paper clips, gam jadi saya telah menghadikan meja study saya dengan inii........ TADAA.....

kemas meja belajar

  Saya beli drawer kecik 5 tingkat untuk dimasukan segala benda-benda kecik-kecik atas meja yang buat jadi serabut tu. Jangan lupa labelkan setiap drawer untuk memudahkan kita mencari barang yang diinginkan dengan mudah. Mudah bukan??Meja belajar korang akan jadi lebih teratur. 

   Korang ada tips yang hendak dikongsi? Tinggalkan dibahagian comment. Syukran Jzln.
  
 

Saturday, September 20, 2014

Cabaran 30 hari blogging day 3 : TEMPAT MAKAN YANG BEST DI PENANG

ASSALAMUALAIKUM

Cabaran 30 hari blogging day 3 : TEMPAT MAKAN YANG BEST  

      Saya bukannya jenis keluar makan kedai. Bila balik sekolah, malas dah nak keluar. Tambah pula balik sekolah 4.30 terus sambung kelas tuisyen untuk murid tahun 6 jam 5.30 petang. Malam sambung lagi dengan murid Tahun 4 @ 5. Untung juga sebab sekarang masih tinggal dengan parents. Makanya kami bertiga je dirumah. Makan masakan mama sangat la sedap. Tapi sejak saya ambil SET KURUS SHAKLEE, memang jarang makan malam. Sekali sekala ada la. hehe...

     Tapi ada beberapa tempat yang saya suka singgah beli bawa balik atau sekali sekala singgah makan ramai-ramai satu family.

1. KEDAI MAKAN depan rumah ( sorry tak ingat nama kedai tapi betul-betul simpang nak masuk Pmtg. Kerai Kecil, Pokok Sena)
        Kena dengan tekak saya dan parents, baba selalu oder IKAN MASAK STIM yang sangat sedap. Kalau area SPU, memang senang cari ikan fresh, pagi-pagi boleh ke Penaga tempat beli ikan secara bisik2. Baba akan beli ikan fresh dan hantar dekat kedai ni masak ikan masak stim. so murah sikit sebab bawak ikan sendiri..hehe. Menu lain yang sering jadi pilihan makan malam, ialah NASI GORENG KERABU @ NASI GORENG KAMPUNG. Harga sangat berpatutan sebab kedai kg dan sedap.

2. MEE UDANG PAK NGAH, SG.DUA.
       Kedai makan ni terletak berhampiran High Way Sg.Dua. Kalau korang datang dari arah Sbrg.Jaya, turun susur keluar Sg.Dua amik trafik light belah kanan. Jalan terus kedai ni betol2 sebelah Stesen Minyak Petron.Selain Mee udang, kedai ni juga ada macam-macam pilihan makanan seperti Yong Tau Foo, Satay & DLL. Tak rugi mencuba.

3. PASEMBOR tepi rumah ( untung keliling rumah ada kedai macam2. Rabu pasar malam depan rumah..)
       Serius Pasembor Pak Cik Ad ni sedap sebab kuah dia yang SEDAP. Rencah sesetangah kedai gah dengan ketam, udang, sosej macam2 lagi, tapi kalau kuah kacang tak sedap fuhh.. tak dak la nikmat Pasembor Utara. Kalau ada tetamu jauh luar datang rumah, dan ada rezeki kedai pasembor ni bukak, memang akan di sebut-sebut bila balik. Kedai ni betul-betul simpang nak masuk Pmtg. Kerai Kecik, Pokok Sena.

Kalau area PULAU, zaman-zaman study USM tu ada la juga keluar ngan kawan-kawan. Tapi yang banyaknya cafe hostel je. hehe..

1. Kedai makan NURUL
       Kedai makan ni memang sedap ikan pari bakar. Fuhh.. terangkat beb. Kalau korang naik Jambatan Pulau Pinang yang lama, amik susur ke yang nak ke USM, tapi ambik jalan nak ke Queensbay. Tepi-tepi high way tu ada deretan kedai-kedai makan so korang masuk & kedai NURUL ni hujung sekali depan dengan kuaters.

   Ada kedai makan yang BEST tak di penang yang korang bleh share?? Meh comment nanti saya boleh singgah makan.



Cabaran 30 hari Blogging day 2 : CINNAMON ROLL YANG MUDAH & SEDAP

السَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللهِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡ُ

BAHAN-BAHANNYA :
====================================
250 gram                         tepung roti (high protein flour)
50  gram                          gula halus @ gula kastor
1/2 camca                        teh garam halus
1 camca besar penuh     susu cair
1/4 camca teh                  bread improver (boleh di beli di kedai bahan kek)
1/4 camca teh                  bread softerner
30 gram                           telur (pecahkan 1 biji, kacau sedikit dan timbang)
6 gram                             instant yeast
20 gram                           lemak sayur (shortening)
125 ml                              air suam (kalau guna Breadmaker guna air biasa)

BAHAN TABUR (BAHAN DI GAUL SEMUA) 

===================================
1 1/2 camca besar            mentega (dicairkan)
3 camca besar                  gula perang 
1/3 camca teh                   serbuk kulit kayu manis

CARA - CARA :


cinnamon roll yang mudah

 1. DOH
                i)  Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih. 
               ii)  Semua bahan disatukan kecuali mentega, 
              iii)  Masukan yis dan gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega dan teruskan uli 
                     hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal. 
              iv)  Masukkan doh ke dalam bekas dan tutup bekas tersebut dengan tuala kecil yang bersih, 
                     biarkan 45 minit hingga doh naik kembang. 

2. KAEDAH LAIN (Breadmaker) : 
              i)   Satukan semua bahan-bahan untuk doh dalam breadmaker.
              ii)  Settingkan untuk "DOH" dan tekan "ON".
             iii)  Tunggu hingga siap (selalunya dalam 30 minit menguli dan 1 jam memerap, ikut jenis 
                    Breadmaker korang).

3. PROSES MENGGULUNG :
              i)    Taburkan tepung di atas meja.
             ii)    Keluarkan dan tumbuk-tumbuk doh tu untuk keluarkan udara.
            iii)    Kemudian canaikan sehingga menjadi 4segi (tabur sedikit tepung jika melekat).
            iv)    Sapu dengan mentega cair, tabur bahan yang digaul (gula perang+serbuk kayu manis)
                    tadi rata-rata di atas permukaan doh.
             v)    Gulung seperti swissroll, jangan gulung besar-besar nanti tak cantik, so gulung
                    kecik-kecik rapat-rapat.Kemudian potong swissroll kecik-kecik dan letak atas loyang.
           vi)    Tekan Cinnamon Roll sedikit biar leper.  Perap selama 45 minit.

4. MEMBAKAR :
            i)    Sapu telur rata2 dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama
                  25 minit.
            ii)   Keluarkan dari oven dan sapu dengan baki mentega cair.
           iii)   Biarkan sejuk dan boleh hidangkan.
     
*** SELAMAT MENCUBA ***


Thursday, September 18, 2014

SIAPA SAYA?

Assalamualaikum semua
 Ø¨Ø³Ù… الله الرحمن الرحيم 

   Saya telah mencabar diri untuk join cabaran 30Hari menulis blog kumpulan Shaklee. Cabaran ni dah bermula 3hari, so saya akan tulis 3 entri hari ini. 


           Nama penuh Awatif Bt Abdul Samat. Makna nama ialah Perasaan , Kesayanganku. Patutla saya ni cepat touching juga kadang-kadang. (^__^) Saya di lahirkan 10 Ogos 1984,Butterworth, Penang, jadinya tahun ini genap umur saya 30 Tahun. Anak ketiga dari tiga adik beradik. MANJA?? tak kot, selalu kena beletiaq adalah dengan mama...hahaa... Baba saya bekas tentera laut, zaman Singapore, jadinya balik kg, buat bendang je. Saya anak pesawah. Mama saya suri rumah.  

   Alhamdulillah dengan kurniaan Allah SWT. 

       Zaman sekolah saya banyak di Perak, sehingga saya perasan yang saya ni anak Perak, even dah pindah Penang pun mengaku anak Perak.hehe.. Saya di besarkan di Manjung,Perak selama 16 Tahun. Sebab tu ramai kawan saya di Perak. Saya mula sekolah di Tadika Islam Padang Tembak, Lumut. Kemudian dari Tahun 1991-1996 saya bersekolah di SRK Convent, Sitiawan. Asalnya Baba nak register sekolah SK TLDM tapi dah penuh. Tahun 1997-2000 sekolah menengah di SMK Convent, Sitiawan. Hujung 2000 parents decide nak balik menetap di kampung. Kebetulan mama & baba kawin kg. sebelah-sebelah je.Dua-dua orang Pmtg. Sg. Dua, Sbrg.Perai Utara, Penang. 

         Tahun 2001 adalah tahun saya nak SPM, saya mintak sangat pada parents untuk stay di Manjung untuk setahun lagi, sebab bila pindah Penang saya kena sekolah campur. Convent Butterworth agak jauh dari rumah. Saya tak boleh bayangkan hidup bersekolah campur sebab dari Darjah 1 hingga Form 4 saya sekolah perempuan. Satu cabaran baru buat saya. Memandangkan alasan untuk balik berpindah ke Penang sebab maktok & tokbaba yang kurang sihat, saya akur. (-__-) Saya bersekolah di SMK Datuk Hj. Ahmad Badawi,Kepala Batas. Sekolah ni sempena nama ayah Pak Lah. 

         Tahun 2002, saya agak frust bila check UPU tak dapat tawaran belajar di mana-mana institusi pengajian. So sambung Form 6 di sekolah yang sama, bonus sekolah yang sama. Ilmu itu penting, walaupun along saya cakap Form 6 ni susah. Habis Lower 6, saya dapat tawaran Poli Sbrg. Perai untuk course Dip. IT. Saya quit Form 6, sebab memang tak minat. alasan tak minat nak pakai baju sekolah lagi..hehe then rezeki milik Allah, saya dapat sambung Degree di USM, Penang. 

        Sekarang, saya bekerja sebagai seorang guru(impian mama, dulu mama tak dapat jadi Ustazah sebab kena kawin.hehe..) Saya bukan lulusan pendidikan di USM, jauh bidang lari. Sekarang saya happy menjadi seorang pendidik. Saya bekerja di Sekolah Tahfiz Al-Islah, Tasek Gelugor, SPU, Penang sebagai guru sains.Sekolah ni adalah salah satu sekolah di bawah rangkaian MUSLEH, IKRAM. Walaupun sekolah Tahfiz, tapi murid-murid tetap belajar Akademik & Dinniah(Sirah,B.Arab, Akidah,Tajwid). Murid tahun 6 akan ambil exam UPSR & SPPIM (exam agama dari MUSLEH, IKRAM). Bila tiba-tiba tahun ni soalan Sains UPSR di tangguhkan sebab bocor, saya adalah salah seorang guru yang sangat tidak puasa hati. Sebabnya kesian budak-budak dah semangat nak jawab exam. Takpa ni semua ketentuan Allah SWT. Allah nak murid-murid study sehabis baik. In sya Allah kejayaan milik anda yang berusaha.

Ini serba sedikit mengenai saya, semoga dpat jalinkan Ukwah dengan para pembaca. Kalau-kalau ada rakan sekolah lama tegur la saya k..

Tuesday, September 16, 2014

Selamat Pengantin Baru

Assalamualaikum semua..

    Sekarang dah start cuti sekolah Penggal II. Alhamdulillah boleh berehat di rumah dan kemas-kemas rumah. Kelas Tuisyen pun cuti sebabnya bila tanya semua nak jenjalan dengan family dan ada yang kenduri saudara - mara.

     Dah cerita kenduri kendara cuti sekolah ni saya nak ucapkan selamat Pengantin Baru kepada Khairil, semoga awak bahagian hingga ke Jannah. Aminn.. Terima kasih kerana menjemput.

     Kepada sahabat saya :: Aizat &; Isteri :: sorry tak dapat hadir sebab jauh sangat pula. Aku doakan dari kejauhan ye semoga ko bahagia bersama isteri tersayang. Aminn..

     Kepada rakan sekolah :: Sha &; Suami :: Semoga bahagia hinggah ke akhir hayat dan terus ke Syurg.


Tips untuk Kurus & kekal Sihat

Assalamualaikum semua..

 
 :: 3 PERKARA UTAMA ::

 (i) BANYAKKAN minum AIR MASAK. Make sure sehari 3L or 25Kg = 1L,so kira berapa berat korang.



(ii) kurangkan makanan berGARAM. elakan makan di kedai sebabnya di kedai ni biasalah nak sedap je tambah pula dengan Aijinamoto. Saya lagi suka masak sendiri Sebab kita boleh control jumlah garam, kadang2 saya masak sayur tak letak garam. :)
(iii) Elakkan minuman MANIS. Ini yang paling dugaan nak lakukan bagi mereka yang pada peringkat permulaan. Korang kena KUAT SEMANGAT kalau betul-Betul nak berjaya. Jadi sila pastikan minuman harian WAJIB korang ialah AIR KOSONG.

Selamat mencuba (^___^)

Monday, September 15, 2014

Tips Tidak Menangis Memotong Bawang

Assalamualaikum Semua..

     Hari ini saya nak kongsi tips untuk tidak mengalirkan air mata ketika memotong bawang merah. Setiap masakan kita orang Melayu, mesti ada bawang baru sedapkan?? Tapi bila nak memotong bawang mulalah dramatik kejap.. Berlinaggan air mata macam tengok cerita sedih Hindustan pula. hehe... 
   Mengapakah mata kita akan mengeluar cecair yang di sebut air mata sewaktu memotong bawang merah?

     Ini Kerana ketika seseorang memotong atau mengupas bawang maka ia memecahkan sel-sel pada bawang yang menggabungkan tiap lapisan. Satu membran bawang mengandung enzim sedangkan yang lainnya mengandung senyawa sulfur. Ketika bawang diiris atau di kupas maka terjadi reaksi kimia antara enzim dan juga senyawa sulfur yang menghasilkan gas volatil (mudah menguap). Gas ini akan bereaksi dengan udara sekitar menjadi sulphuric acid.Hujung saraf dari mata ini sangat sensitif, maka saat terkena gas tersebut mata menjadi teriritasi dan merangsang keluarnya air mata untuk melindungi mata. Sebab itu semakin banyak bawang yang dipotong, air mata yang keluar akan semakin banyak. 


   Ada di antara tips di bawah saya pernah cuba dan belum. Mungkin sesuai untuk saya tapi mungkin untuk korang sesuai cara yang lain. Saya kongsikan ada beberapa tips. Harap membantu (^__^)

 1) Sewaktu korang nak kupas kulit bawang, letakan semangkuk air kosong depan kita. Lepas tu kita kupas kulit bawang dan potong tanpa perlu sendu sendan lagi. Cara ini sesuai untuk saya.

2) Sebelum korang nak potong bawang merah, potong menjadi dua bahagian dan rendam dalam air selama 15 minit. Setelah itu, barulah korang menghirisnya.

3) Gunakan pisau tajam sewaktu hendak memotong bawang merah. Bawang yang terpotong rapi dan bersih akan mengurangi pengeluaran molekul yang mengiritasi mata. 

4) Masukan bawang merah ke dalam peti sejuk beberapa minit sebelum memotongnya. Ini akan membuat molekul pengiritasi, iaitu amino acid sulfoxide, yang dikeluarkan oleh bawang merah berkurang.

5) Ada juga yang letakkan sebiji bawang di hujung pisau, kemudian baru di potong bawang. 

6) Jika masih tidak berhasil, korang bolehlah menggunakan kaedah terakhir iaitu, SILA PAKAI goggle seperti yang digunakan saat berenang atau cermin mata. Ini akan melindungi mata korang secara keseluruhan. ( ^_____^ )

Selamat Mencuba. Sekiranya korang ada tips yang lain cara untuk mengelakkan dari menangis ketika potong bawang, di alu-alukan untuk comment ye.. Terima kasih

Sunday, September 14, 2014

Saya dan Full Set Kurus Shaklee

Assalamualaikum semua..

       Macam mana saya kenal Shaklee??

Jawapannya ialah dari Facebook junior sekolah menengah saya. Setiap hari nampak dia update mengenai kehidupan dia di luar negara dan juga progress penurunan berat badan dia setelah guna produk Shaklee. Bila Junior saya letak gambar sebelum & selepas, saya kagum dengan usaha serta hasil yang dia peroleh. Tapi saya masih abaikan je mengenai produk Shaklee, sebabnya saya pernah tanya pada seorang kawan yang jugak SID Shaklee, dia maklum set kurus Shaklee mahal. Saya pun tak berminat nak cuba. Alasan ini saya guna sebab saya pernah mencuba produk kurus yang lain dan memang harga yang agak mahal dan tidak berhasil untuk saya.
     Allah gerakan hati saya untuk bertegur sapa pertama kalinya dengan junior saya( sebelum ni tak pernah kenal pun... hehe..bagusnya facebook ni dapat kenalkan ramai kenalan yang tak di jangka). Saya tanya pada dia mengenai satu jenis minuman yang terkenal selalu iklan di tv, untuk mengantikan makan malam saya. Selepas berborak saya sangat tertarik dengan cari dia melayan setiap pertanyaan saya.. Waahhh... baik adik ni, tak lokek ilmu, itu yang saya fikirkan.
      Mula-mula saya beli produk set kurus bajet je dengan junior saya, lepas dia explain dengan details mengenai FULL SET SHAKLEE, saya terus join jadi ahli SEBAB nak dapatkan harga ahli. Junior saya adalah Mak SHAKLEE saya iaitu Yuslida Othman.
    Apa full set shaklee yang saya ambil?? saya telah amalkan selama 7bulan full set shaklee dan saya sedikit pun tak menyesal laburkan duit untuk dapat hasil yang memuaskan hati serta menyihatkan badan saya. All in 1. Siapa yang tak sukakan?? Sangat menjimatkan sebenarnya.


     
FULL SET SHAKLEE
==========================

Membakar LEMAK
-----------------------------------------------------------
1. Omega Guard
   *** Omega 3 meningkatkan hormon Leptine yang mengawal selera makan dan akan terasa kenyang lama. Sehari saya max makan 3 biji. Saya akan ambil Omega selepas makan tengah hari, makan petang(bukan makan yang berminyak macam goreng pisang ye..nak kuruskan kena jaga pemakanan) dan malam(tak makan nasi ye)..
 
2. Lecithin
    *** Lecithin bertindak sebagai pelarut utk kolestrol, triglycerides dan lemak-lemak yg lain. Ia membantu mencegah penyakit2 seperti high blood pressure, stroke,heart disease serta arteri yg mengeras  
   *** Selain daripada itu, Lecithin bertindak memecahkan lemak & ia mampu membakar lemak lebih cepat jika disertakan dengan senaman.


Membuang TOKSIN 
------------------------------------------------------------

1. Alfalfa Complex
    *** Membantu untuk menyahtoksin yang berada dalam darah 
    *** Ia juga dapat mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor serta meneutralkan asid dalam badan.
    *** Mengatasi masalah sembelit.
    *** Alfalfa ni macam jamu sikit bau dia, cara makan juga jangan berlebihan, max hanya 10biji sahaja sehari, kalau lebih panasssss le badan...huhu..

2. Herb-lax
    *** Membantu membuang segala toksin yang berada di dalam usus, dengan membantu mencuci usus dengan mudah.
    *** Merangsang usus untuk mempercepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita.
    *** Paling saya suka dengan herblax ini, ia sebenarnya membantu melancarkan proses 'pembuangan' saya yang sebelum ini memang agak susah nak dapat buang sehari sekali. Siksa bukan?? Kita makan tapi tak membuang. Hadoiii...

Membina OTOT (agar tidak mengelebeh &mengantikan protin )
------------------------------------------------------------
1. ESP Soy Protien Isolate Powder (Non-GMO)
    *** Pemberi tenaga segera – Membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun, dengan itu ia memulihkan dari keletihan, migrain, insomnia dan tekanan gejala yang berkaitan seperti kemurungan, kebimbangan, ketakutan.
  *** Kekal Muda – mengandungi 9 Asid Amino membina otot manusia, kuku, rambut, darah, organ, kulit, kelenjar, 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain.
  *** ESP mengurangkan paras kolesterol dalam darah sebanyak 23%
  *** Ia juga membantu mengekalkan kepejalan otot, pemulihan tisu badan dan fungsi enzim dan hormone yang sempurna.

2. Cinch Shake Mix ( Cafe Latte)
    ***  Mengandungi 24gram Protin, 24 jenis Vitamin dan Mineral penting serta 6gram Serat larut.
    *** Protin di gunakan untuk membina otot, dan ototlah menaikkan kadar metabolisma dan juga membakar kalori.
    *** Cinch Shake Mix kaya dengan protin juga boleh menahan kelaparan, yang mana ia dapat membantu mengurangkan pembambilan makanan antara waktu makan.

Macam mana saya amalkan semua supplement Shaklee ni, jangan malu-malu tanya saya caranya.
-->
Setiap pembelian dari saya bukan sahaja anda layak dapat panduan makan dan konsultasi malah 20% diskaun. Jadi untuk harga istimewa. Hubungi Saya.

Shaklee Independent Distributor anda : Awatif Samat : SID 1114858 
MSG/WeChat/ Telegram : 019-5139011 
COD area : Kepala Batas, Pokok Sena, Tasek Glugor, Sg.dua, Sekitar seberang Perai Utara (Pulau Pinang) 
POS : KIta kasi pos seluruh Malaysia hanya untuk anda (^____^)

 

Tuesday, September 2, 2014

Promo Berganda SEPTEMBER

ASSALAMUALAIKUM SEMUA

   Sekejap dah bulan September.. Anak-anak tahun 6 dah tak lama nak UPSR... Next week 9/9/2014 - 11/9/2014.. Semoga di permudahkan Allah SWT.. Mereka telah berusaha & berdoa.. yang lain Tawakal hanya pada Allah..

Apa yang SHAKLEE tawarkan bulan ini?? Double Promo Uolss.. sangat HEBAT !!!
.
 .
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

 TADAAAA.......


       So kepada para suami & para ayah mithali di luar sana, jom hadiahkan isteri anda Collagen Powder dari shaklee yang sangat Hebat dan anak-anak dengan Meal Shake untuk kekal bertenaga di sekolah.
    Promo dari Shaklee bulan ini, Beli 6 Collagen Powder free 1 & beli 3 tin Meal shake free 1.. Shaklee buat lagi promo untuk Meal shake sebab permintaan yang HANGAT dari ibu-ibu dan bapa-bapa untuk bekalkan anak-anak keperluan diet yang cukup..

Nak lebih murah 15% - 20% PM saya di no 019-5139011 (Awatif)

Thursday, August 14, 2014

Kebaikan GLA Complex

Assalamualaikum semua..

   Promo Shaklee bulan Ogos ini ialah GLA Complex.. Beli 6 percuma 1.. Wawww!!! 


Setiap bulan shaklee akan membuat tawaran produknya.. so WAJIB untuk grab Set promo.. sebab sangat menguntungkan duit & masa.. buat stok sendiri boleh, nak jual n share kebaikan pada pelanggan pun boleh.. Baguskan?? Berkongsi kebaikan produk bersama.

    Apa adanya dengan GLA Complex dari Shaklee ni?? untuk makluman anda semua, GLA mengandungi evening primrose oil yang sangat baik untuk hormon & juga kulit... Pada kurun ke 20an dulu, ahli saintis Jerman mengetahui bahawa minyak daripada biji evening primrose boleh diekstrak. Hasil analisis mendapati bahawa minyaknya kaya dengan asid lemak perlu (EFAs), iaitu linoleik (LA) dan asid gamma-linolenik (GLA).Selain itu, ia juga mengandungi minyak bunga matahari dan vitamin E.

Kebaikan GLA Complex untuk Lelaki & Wanita :
 -------------------------------------------------------------

· Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid.
· Meningkatkan kesuburan.
· Melegakan PMS (Pre-Menstuatation Syndrome)
· Membantu dalam menangani menopause.
· Menguatkan kuku & rambut.
· Menjadikan kulit lebih sihat & berseri-seri.
· Membantu menangani ekzema.
· Melegakan symptom akibat Rhematoid Artritis.
· Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri.
· Menguatkn immuniti badan.
· Mempelahankn process penuaan.
· Mengurangkn “blood clot” yang menyebabkan serangan jantung.
· Mengawal kencing manis
· Mengawal kolesterol.
· Bagus untuk saraf. 
Siapa yang patut ambil GLA Complex? 
------------------------------------------------------
  • Wanita yang menghadapi PMS
  • Mereka yang menghadapi kencing manis
  • Mereka yang bimbang dengan berat badan berlebihan
  • pengidap arthritis rheumatoid dan eczema
  • Mereka yang menghidap diabetes
  • Period yang tidak teratur
  • Mereka yang mahu mencantikkan kulit

 Sebotol GLA Complex mengandungi 60 kapsul GLA Complex (kapsul Shaklee adalah hala)

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. 

Shaklee Independent Distributor anda : Awatif Samat : SID 1114858 
MSG/WeChat : 019-5139011 
COD area : Kepala Batas, Pokok Sena, Tasek Glugor, Sg.dua (Pulau Pinang) 
POS : seluruh Malaysia

Tuesday, August 12, 2014

Sahur bersama ESP dan Perfomance Drink

Assalamualaikum semua...

    Salam Ramadhan Kareem...
    Sedar tak sedar dah 8 hari kita berpuasa. Alhamdulillah.. masih di beri peluang oleh Allah SWT untk kita sama-sama berpuasa, bertadarus Al-Quran dan Bertrawikh.. Jangan di lepaskan peluang bertrawikh walapun ianya sunat , kerana ia datang hanya setahun sekali.. Marilah kita rebut pelung ini..

     Apa menu sahur esok?? kalau saya tak yah pening-penig kepala nak fikir sebab menu saya dari start puasa hingga kini, wajib ada shake ESP + Performance Drink(PD). Bangun jam 4.00pagi, elok di lakukan solat Tahajud dulu. Mohon pada Allah, sesungguhnya Allah itu dekat.. Di antara waktu yang mustajab adalah di waktu malam.. Merayu pada Allah.. Antara doa saya mohon agar produk shaklee yang saya ambil/amalkan ini berkesan dengan diri saya dan juga pelanggan-pelanggan saya. Mesti minta izin dengan Allah.. sebab apa yang berlaku adalah kehendak Allah SWT..
      Selesai solat, terus pergi dapur dan shake 1 sudu ESP dan 3 sudu PD bersama 8oz air sejuk.. Baru sedap nak telan.. hehe... Selesai minum shake saya ambil juga nasi 1 senduk atas arahan mam besar (mama saya).. selesai makan saya akan ambil supplement shaklee.
      1Biji Vita C(untuk kulit), 1 biji omega guard(untuk mebakar lemak) dan 3 Biji Alfalfa(membuang toxin dalam badan)

Kebaikan ESP ENERGIZING SOY PROTEIN
-----------------------------------------------
  • Untuk sesiapa yang bercadang untuk puasa : ESP bekalkan tenaga, jadi walaupun puasa kita tak rasa lemah. Kalau kita rasa lapar dan dahaga tu biasa la, itu dugaan tuhan bagi sebagai ujian.
  • Untuk sesiapa yang mahu kurus macam saya  : ESP buat kita rasa kenyang. Nafsu nak makan pun kurang kerana ESP maya dengan protein yang di perlukan badan kita.
  • Untuk sesiapa yang nak cantik macam saya juga..hehe : ESP buat kulit kita anjal, jadi gebu dan lebih cerah. Natural Beauty gitu.. Best kan?? Jimat duit nak beli makeup semua.. 
  • Untuk yang ingin kekal sihat : ESP beri ketahanan badan dan pelengkap nutrient dalam badan kita. Bila semuanya cukup, haruslah boleh lawan penyakit yang datang, in sya Allah.
  • Untuk wanita yang ingin pregnant atau plan untuk pregnant : ESP pulihara dan pelihara rahim kita.
  • Untuk wanita yang sedang pregnant : ESP kuatkan rahim dan membantu pembentukan otot bayi. Protein kan bagus untuk tumbesaran.
  • Untuk wanita yang menyusu anak : ESP bantu banyakkan pengeluaran susu. 
  • Untuk sesiapa yang nak stabilkan hormon : ESP mengandungi kacang soya, yang kaya dengan isoflavon, ia bantu memulihkan hormon wanita. Keluarkan darah kotor dan gantikan protein yang diperlukan.


Kira kalori dalam makanan

Assalamualaikum semua...


Apa itu kalori?? Kalori Ialah unit bagi tenaga. Wanita dewasa memerlukan 1600-2000 kal sehari manakala bagi lelaki pula, mereka memerlukan lebih kurang 2000 – 2500 kcal kalori  sehari. Setiap 8000 kcal kalori yang terkumpul dalam badan anda sebenarnya akan menaikkan berat badan anda sebanyak 1 kilogram. WOhooo sikit jer tuhh kan? hehe!
Macam mana nak Kira kalori makanan??

       1 gram karbohidrat = 4 kalori
       1 gram protein = 4 kalori
       1 gram lemak = 9 kalori

Yang mana paling banyak kalori??? Fiuuuhhhh.. Of course LEMAK kan kan kan...

Jom Kira.. Contoh 2keping roti untuk sarapan pagi mempunyai 30gram karbohidrat. Jadi kita Kira dengan mendarab 30gram X 4kalori per gram = 120 kalori.. 
   Kalau kita sapu dengan 1 sudu teh mentega yang mempunyai 5 gram lemak X 9 kalori per gram = 45 kalori(1 sapuan roti).. 

  Total dua2 di tambah 120+(45x2roti) = 210 kalori.. Untuk breakfast sahaja... :D

Jadi lepas ini, setiap kali nak makan kita boleh Kira berapa kalori yang dah kita Ambil untuk sehari, Supaya tidak terlebih makan.. 

Saturday, May 10, 2014

Keistimewaan Vitamin C Plus Sustained Release Shaklee

Assalamualaikum semua 1st time niat nak amik Vitamin C Plus Sustained Release dari Shaklee ini untuk kulit muka. Dah sebulan amalkan apa yang saya perhatikan kulit semakin halus. Lepas tu saya belek-belek tumit kaki yang memang ada masalah rekahan dah pulih. Alhamdulillah. Apa yang best lagi pasal vitamin dari Shaklee ini, ia bukan saja boleh di makan malah boleh juga di buat masker. Untung besar la untuk kecantikan dalaman dan juga luaran. JIMAT JIMATTT…



Kenapa saya kata JIMAT????
Dalam sebotol Vitamin C Shaklee ada 180Bji dan sehari makan sebiji sahaja.. so boleh tahan 6BULAN.. saya suka Vita C ni sebab boleh juga di buat masker. Mixkan dengan ESP. Hasilnya kulit muka akan jadi lebih halus dan tegang. Sihat dalaman dan cantik luaran. In sya Allah.. apa yang penting doa pada Allah.

Pssttt… saya juga share vita C dengan Baba. Semoga Allah permudahkan hajat saya untuk melihat baba berhenti merokok.. Amiinn… sehari sebiji :D Perbezaan vitamin c Shaklee yang tiada pada vitamin C yang ada di pasaran ialah, vitamin ini dari jenis sustained released atau pelepasan perlahan-lahan, dalam masa 12 jam. Oleh itu, ia memastikan tubuh kita mendapat bekalan vitamin C yang berterusan.
Sustained Release Vita C Plus

Apa keistimewaan Vitamin C Shaklee :

 • Vitamin C ini membantu pembentukan kolagen iaitu sejenis protein. Ia dapat menggalakkan pertumbuhan dan pembaikan tisu, fungsi kelenjar adrenal, dan juga mendapatkan gusi yang sihat dan gigi. Tak hairanlah si pengamal akan mendapati kulitnya lebih licin, tegang dan cantik.

 • Vitamin C dapat melindungi sel tubuh daripada kesan-kesan pencemaran seperti asap-asap kenderaan dan asap-asap kilang. Ia juga dapat melindungi sel-sel otak dan saraf tunjang, yang sering dirosakkan oleh radikal bebas.

• Vitamin C dapat menjaga salur darah agar tidak mudah pecah, mencegah pengerasan salur darah, membantu proses metabolisma kolestrol iaitu pembentukan asid hempedu dalam proses pemecahan lemak. Ia juga dapat membantu untuk mengurangkan tahap kolesterol, tekanan darah tinggi, dan mencegah aterosklerosis. Sebab itu mereka yang menghidap darah tinggi amat di galakkan bagi mengelakkan stroke dan jantung tersumbat.

 • Vitamin C dapat melindungi daripada pembekuan darah, lebam, menggalakkan penyembuhan luka, dan pengeluaran hormon antistress serta interferon (Hormon fungsi imun). Mengikut Dr. Bruce Miller, “ The more you stress the more you need vitamin C”. Stress boleh memusnahkan vitamin C dan kekurangan vitamin C menyebabkan sistem keimunan badan kita menjadi lemah dan mudah diserang penyakit seperti selesema.

 • Vitamin C boleh berfungsi sebagai Detoksifikasi berupaya mencantumkan bahan logam berat seperti plumbum, raksa, arsenik dan lain-lain toksik menjadikan ianya tidak bahaya pada buah pinggang dan dapat dinyahkan daripada badan dengan lebih mudah. Maka, bagi mereka yang merokok patut menjadikan vitamin C sebagai kawan baik kerana ia dapat membersihkan darah dan mengelakkan buah pinggang anda daripada mengalami kerrosakan yang teruk.

• Vitamin C penting untuk penyuburan sel darah putih dan juga bertindak sebagai antihistamin semulajadi yang amat berguna untuk mengurangkan hidung bengkak semasa selesema, dan mengurangkan gejala-gejala lain alergi.

 • Vitamin C memainkan peranan penting dalam pengeluaran kolagen, yang membantu mencegah penuaan pra-matang. Awet muda selalu… ☺

• Vitamin C dapat membunuh bakteria patogenik, yang bertindak sebagai antibiotik yang tidak berbahaya. • Vitamin C membantu tubuh menyerap zat besi yang lebih berguna dalam rawatan anemia. Ia memainkan peranan penting dalam penghasilan hemoglobin dan sel darah merah.

• Vitamin C dapat merawat jangkitan saluran kencing.

• Vitamin C diperlukan untuk metabolisme asid folik dan vitamin lain.

Setiap perkara yang kita buat, dari segi pemakanan, aktiviti harian mesti perbetulkan niat kita.. Mohon pada Allah SWT agar setiap supplement yang kita ambil dapat membantu untuk memberi kebaikan kepada kita.  

NAK HARGA PROMO PM saya. Khidmat nasihat secara PERCUMA dan berterusan akan di beri kepada pelanggan saya. (^__^) 

KULIT CANTIK SENYUMAN MENAWAN

Ok nak dapatkan Produk Vita C ni, klik ikon "Oder Now"

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=33cbad177e0a2ab6b93c92124826f407


 sumber:Shaklee Malaysia
 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. 

Shaklee Independent Distributor anda : Awatif SID 1114858 
MSG/WeChat : 019-5139011 
COD area : Kepala Batas, Pokok Sena, Tasek Glugor, Sg.dua (Pulau Pinang) 
POS : seluruh Malaysia

Monday, May 5, 2014

PUASA dan ESP Shaklee

Assalamualaikum semua

Khamis lepas 1 Mei 2014 hari ape ye??? Ehh....hari cuti2 semalaysia la kan... Ape lagi berehat le di rumah... Selamat Hari Buruh.. Hehe...lewat sikit wish...
   Allah sangat memudahkan kita semua umat Islam, 1 REJAB memang cun2 hari cuti buruh yang lepas dan istimewanya ia jatuh pada hari Khamis minggu pertama Rejab. Saya memang sangat2 perlukan waktu cuti untuk berpuasa ganti or puasa sunat.. Bukan ape, time kerja agak perlukan tenaga yg lebih untuk mengawal anak murid yang sangat aktif...( sekolah rendahkan : sel-sel OTAK sedang berkembang..hehe) tambahan balik umah sambung dengan kelas tuisyen petang n malam...

   Sedikit info Bulan REJAB :

Dalam bulan Rejab iaitu pada hari Khamis minggu pertama disunatkan sembahyang 12 rakaat. Dianjurkan berpuasa pada siang hari Khamis dan sesudah Isyak dirikan sembahyang sunat tersebut.

Dan pada bulan Rejab ini, dianjurkan memperbanyakkan doa dan zikir dengan ketentuan sebagai berikut:

Menurut riwayat Ibnu ‘Asyakir, dari Abu Umamah, sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud:

“Lima malam yang tidak ditolak doa padanya iaitu doa di awal Rejab, malam Aidil Fitri dan malam Aidil Adha.”

Sebab itu di anjurkan:

1. Puasa pada Khamis pertama bulan Rejab syurga bahgiannya. ( Al-Baqarah)
2. Bahawa di syurga ada sungai, dinamai “Rejab” yang lebih putih dari susu, lebih dingin dari ais, lebih manis daripada madu, sesiapa yang berpuasa sehari dalam bulan Rejab, Allah mengurniakannya minuman dari sungai itu (al-Hadis).
3. Puasa pada 1 Rejab, menjadikan kaffarah (menghapuskan) dosa-dosa kecil. (Al-Jaami’us Shagir)
4. Pernah Nabi Adam bertanya kepada Tuhan mengenai hari-hari apa yang disukai Allah firman-Nya: “Nisfu Rajab! Sesiapa yang menghampirkan diri dengan berpuasa, sembahyang sunat, bersedekah, beristigfar, permohonannya akan dikabulkan, dosanya diampuni dengan bersedekah dan berzikir dan menjaga diri dari berbuat maksiat. Syurga bahgiannya.”

Jadi saya ambil peluang ini untuk berpuasa sunat REJAB.. Bangun sahur nk minum ESP+ oats. Tapi kali ni saya tambahkan makanan sunnah iaitu Kurma.Blend sekali dgn ESP,then baru masukan oats.. Tapi mama tetap suruh juga saya makan nasi, nak jaga hati mama saya makan jg tapi  tak banyak.. Mak mana tak sayang anakkan, makanya anak yang solehah patuh akan suruhan maknya... Hehe..

   Walau pun cuti,pagi tu saya ada kelas ganti tuisyen untuk tahun 4 ( 2 kelas berterusan untuk 3 jam tapi student ada masa break boleh makan2 minum2) pastu sambung kelas tahun 5.. Mula jam 8.00pagi-1.00tnghri.. Jadi 5jam kelas...huhu...
   Bohong la kalau saya kata tak penat, penat bercakap je sebab anak2 sangat aktif dan macam2 perkara yang mereka nak tahu.. Tapi kerja-kerja lain masih boleh buat macam biasa.. Hoyeeaa... Inilah penagan ESP Kurma + Omega Guard. Tak Lupa juga Alfalfa.

  Ini adalah first time saya berpuasa dengan ESP... Subhanallah sangat2 di permudahkan Allah... Tengahri tu pulak hujan turun dengan lebat..lebat sangat.. Student pun seronok je belajar... Alhamdulillah semoga ilmu yang di pinjamkan Allah kepada saya untuk di sampai kan kepada student di berkati.. Amin..

Resepi ESP kurma

Bahan A (Blend)
 1 sudu besar    ESP
 300ml               low fat milk
 2 Biji                 Kurma
Bahan B
 3 sudu besar.     Oats

Campurkan bahan A & Bahan B dan kacau...

* kalau malas nak blend potong dadu2 kurma tu, tapi kena kunyah2 la sikit kan..

SELAMAT MENCUBA (^_^)

Saturday, May 3, 2014

Meal Shake BAGUS untuk anak anda?

Assalamualaikum sahabat semua.

Promo Shaklee bulan Mei ialah Meal Shake
   Buy 6 Free 1

Betul ke Meal Shake bagus untuk anak anda??

     Bagi mereka mempunyai anak kecil yang cerewet dalam pemilihan makanan, Meal Shake adalah penyelamat yang baik. Meal shake juga dapat memperbaiki tahap kesihatan anak yang kerap demam, batuk, asthma dan kurang berat badan. Ramai ibu bapa di luar sana telah mencuba kebaikan yang ada pada meal shake ini pada anak-anak dan mereka SANGAT BERPUAS HATI, dan semestinya selamat untuk kesihatan dalaman anak-anak. Anak seawal setahun boleh di berikan meal shake sebagai makanan tambahan untuk mereka.

Meal shake dan anak.docx

Terdapat banyak khasiat dan kebaikan meal shake untuk anak-anak anda :

  • Membekalkan 19 vitamin dan mineral yang diperlukan untuk tumbesaran anak-anak yang normal
  • Menambah selera makan anak
  • Anak tak mudah kerap jatuh sakit
  • Membekalkan tenaga tambahan terutama bagi anak-anak yang berpuasa
  • Mengatasi masalah sembelit anak-anak
  • Sesuai sebagai makanan tambahan untuk menambah berat badan anak
  • Kaya dengan kalsium, magnesium dan vitamin serta protein untuk perkembangan tulang yang sihat
  • Ianya mudah untuk diberi kepada anak-anak kerana boleh dibancuh dengan susu formula kerana rasa french  vanilla dan teksturnya seperti susu tepung 
  • Meal Shake rendah lemak dan glisemik jadi anak anda tidak akan jadi obesiti
  • Sesuai untuk anak-anak yang obesiti kerana beri rasa kenyang yang lama
  • Meal shake merupakan makanan untuk otak yang bijak juga kerana mengandungi kolina, kalsium dan protein

Sukatan untuk anak-anak seawal setahun hanya 1 sudu kecil teh sahaja. Bagi mereka yang masih menyusu badan tidak di galakan kerana dikhuatiri anak-anak akan terus menolak susu ibu kerana rasa yang lain.

Bagi anak berusia 4 Tahun ke atas sukatannya sedikit sahaja setiap hari bagi mengekalkan system imun pada tahap yang baik.

Harga untuk 1 tin dengan berat 544Gram agak murah dan menjimatkan kerana sukatan pengambilannya hanyalah 1 sudu teh sehari bagi. Sangat berbaloi-baloi.

  

Untuk pesanan vitamin anda dan konsultasi secara percuma, hubungi saya:
SHAKLEE Independent Distributor (Awatief - 1114858)
Email: awatifabdulsamat@gmail.com
Call/SMS/WeChat: 019-5139011
COD: Sekitar Kepala Batas, Pokok Sena, Sg.Dua (Pulau pinang)
POS : Sekitar Malaysia