Wednesday, March 31, 2010

** Chocolate Class **

Assalamualaikum semua...

Alhamdulillah berjumpa lagi kita hari ini. entry kali ni aku nak kongsi dengan korang semua homemade chocolate class yang aku join pada ahad lepas...

Actually dah lama aku nak join homemade class ni, tapi susah nak cari yang dekat dengan area rumah aku. so aku pun merajinkan diri search semua blog-blog homemade chocolate yang ada, and terjumpa la blog sifu aku ni..area Perda dekat la sangat dengan area rumah aku..so aku pon buat la appointment date dengan Kak cik pada 27.3.2010 and aku ajak member aku Balkis join sekali..untuk memeriahkan majlis la katakan..ahakkss...

Seminggu nak gi menuntut buat coklat ni, aku dah shok sendiri..siap buat web khas untuk bisnes coklat aku...tup-tup dapat massage dari KPM cakap aku dapat duduki exam mTesT untuk KPLI pangilan kedua...Alhamdulillah..ingat haritu tak dak rezeki dah kan... but unfortunately date exam sama la pula dengan date class coklat aku..alahaiii...aku dah kemaruk ni nak g belajar wat coklat..camne kan.. so aku pon massage la Kak cik mintak tunda ke hari Ahad... nasib la kak cik sudi walaupun hari sabtu tu tetap gak buat class untuk lagi sorang student..Thanks a lot kak cik... we really enjoy your chocolate class..nanti ada rezeki wawa gi nuntut class yang lagi expert tu k...ahakkss...

so bawah ni aku share la sedikit sebanyak apa yang aku belajar k..ape-ape pun aku memang puas hati dapat belajar dengan kak cik.. =) so meh aku story sikit ilmu pasal coklat yang aku dapat...

Secara amnya, coklat dibahagikan kepada 2 jenis iaitu coklat tulen (Real chocolate)/Chocolate couverture) dan coklat compound. Dua jenis coklat ini sahaja yang sesuai untuk di buat coklat. Untuk pengetahuan korang semua, coklat masakan SAMA SEKALI tidak boleh untuk di buat coklat.

Coklat Couverture @ real coklat merupakan coklat yang dihasilkan munggunkan cocoa butter (lemak koko) dan kerana itulah coklat yang diperbuat daripada coklat tulen lebih mahal harganya daripada coklat compound. Contoh coklat yang dibuat menggunakan coklat Couverture ialah coklat Ferrore rocher ,Cadbury ,Fidani dan semua coklat mahal. Coklat tulen yang belum dibentuk seperti coklat bar atau coklat handmade hanya dijual di speciality shop,selalunya ia dijual sebagai Dark Chocolate (cocoa,cocoa butter & gula), Milk Chocolate (cocoa, milk powder,cocoa butter & gula), White Chocolate (milk powder,cocoa butter & gula)

Coklat Compound
merupakan coklat yang diperbuat menggunakan lemak sayur, sebagai pengganti cocoa butter.Boleh dijadikan candy tetapi lebih keras berbanding dengan candy yang diperbuat dari coklat tulen dan ianya lebih stabil pada suhu bilik dan paling sesuai untuk digunakan sebagai coklat coating. coklat compound juga ada dijual sebagai dark coklat,milk coklat dan white coklat.

Bagi membezakan antara coklat tulen dan compound ialah dengan melihat takat kecairan coklat apabila dipegang. Apabila coklat mudah cair selepas dipegang maka kebarangkalian coklat tersebut terdiri daripada coklat tulen.


Coklat tulen yang sudah di tempering.. untuk coklat tulen/couverture teknik tempering yang betul amatlah penting okay.. ini bagi menghasilkan coklat yang sedap apabila di makan...time ni segala otot-otot tangan dan tenaga bekerja keras untuk menghasilakn coklat cair yang amat berkilat lip lap lip lap itu...nampak tak?? so sifu kata lulus untuk part itu..haha...2 kali aku and balkis wat tempering ni.. 1st time sambil di tunjuk ajar oleh kak cik, end 2nd time kami kena buat sendiri..memang agak penat sikit..sebab tu la harga homemade coklat sedikit mahal...tapi berbaloi...


Ni Balkis, member sekolah aku, kami yang masih anak dara..haha...nak ajak yang lain semua dah memboyot la pulak..ahakkss.. wahh..ada gaya hg Balkis.. pasni sama-sama kita wat bisnes homamade coklat okay..jangan lupa try wat Belgium coklat..power beb..haha..janji pueh ati..


ni tangan sapa ek??aku pon dah lupa tapi rasa tanggan balkis sebab aku yang snap picture.ahakkss...ni balkis sedang masukan inti Cocoa Praline kedalam coklat. inti tu kami buat sendiri di ajar oleh Kak cik and coklat yang di gunakan ialah coklat tulen..


ini pulak kak cik ajar kami buat coklat card. so coklat card ni akan di letakan dalam clear box macam pic kat atas ni.. diukur dengan white chocolate and di letakan badam. sejukan dalam peti ais kemudia terbalikan ke bawah..


bila dah kita terbalikan coklat card kita, permukaan yang atas tu bleh la kita tuliskan apa-apa wish yang nak korang sampaikan. so hias sikit bagi nampak lagi cun...lawa tak?? =)

TADAAA!!!!... ni la hasilnya bila dah siap...ikat dengan ribbon pink lagi tu..ahakks..ikat bagi cantik-cantik...so amatlah sesuai untuk di beri kepada orang yang tersayang..and pada yang tak tersayang pun buleh, pasni sure jadi yang tersayang..ahakkss..


ini hasil coklat yang aku and balkis buat..tapi ni separuh jer tau...ada banyak lagi...


ini plak Lolichoc berbentuk bunga..so perlukan mold khas untuk lolichoc.. untuk cantikan lagi lolichoc ni, kami calit-calitkan warna-warni de permukaan bawah dan kemudian tuangkan coklat cair di atas.. lolichoc kita orang tak letak any flavor and gena coklat jenis compound.


ini pulak coklat bentuk ala-ala bear tapi sebenarnya geng-geng Hello kitty tu.. Naqib and Abang Afif suka ni - Mint flavor



Close-up sikit...ada macam-macam shape. ader bentuk ros, love, Shell, Flower and macam-macam lagi...yang aku suka yang ada clorful rice atas tu, crunchy memang sedap mic coklat tulen + peanut butter + kacang + raisin..and rice ape tu ye kak cik..dah lupa pula..hehe...


so ini la hasilnya bila dah di pack dua-dua dalam bekas yang sesuai untuk door gift untuk tetamu waktu kenduri or bleh jugak untuk Dinner..


Bermacam-macam shape Coklat yang ada and bermacam-maca flavor sesuai untuk di jadikan hantaran or anniversary or birthday present


Close-up sikit.. ada flavor strawberry, coklat, mint, hazelnut and almond
.
.
.
.
.
.
.
.


TADAAA!!!!... inilah hasil keseluruhan nya yang aku dapat.. banyakkan, lebih kurang 80biji sebabnya tak terkira yang dah di ngaapp..hehee.. class dari kul 12.30 hingga 8 malam..ahakks... masa ketelanjuran sikit..tak mengapa,tapi susahkan tuan rumah jer...

Thanks a lot ye KAK CIK =)

NotaKaki : sapa-sapa yang berminat nak oder sila lah yer.. di email ini >> dhomemadechocolate@gmail.com

Wednesday, March 24, 2010

** Happy Belated Birthday Afif **

Assalamualaikum semua..

sorry lama tak update belog, busy sikit kebelakangan ni, padahal banyak jer story yang nak di kongsikan dengan korang semua... and this week aku terpaksalah postpone kan lagi nak update belog aku kecuali yang 1 ni, aku kena upkan jugak sebab dah lewat..hehe

Birthday Cakes from WiddlyTinks.com


so time birthday abang afif 19.3.2010 ni kita orang sedang bercuti-cuti di Lumut..storynya nanti aku sambung ek... =)

Afif and his best buddies Josh

ok wish from Matsu to Ahmad Afif Bin Ahmad Adli >> Congratulation dear that you already finish the Quran at age 11 year old at 6.30pm before you turn 12 year old last Friday at 7.28pm... =) hope that you will success in your life and GOOD LUCK for your UPSR in this coming Sept.. 5A's i will give you something special...

NotaKaki : Good Luck for me to.. =) i have an exam this Saturday 27.03.2010

Thursday, March 11, 2010

** Alhamdulillah...Saya dah sembuh **

Assalamuaalikum...

Beberapa hari ni aku tak sempat nak update sebarang entry because jawapan yang sama..hahaha...BUSY la... =)

hemm..ape la sangatkan orang macam aku ni nak busy memanjang kan..haha..you all's jangan tak tahu okay, even aku goyang kaki kat umah of course la kan kalau tak goyang macam mana nak jalan..ahakkss.. aku kena tolong key in maklumat result exam student.. bukan 1 or 2 info kena key in...sekolah ni lah..buat aku surrender nak apply cikgu tau..banyak benar le benda yang nak di key in kan.. along pula tu dah almost 6 year ambil cuti bersuka ria kan..so balik ni keja pula belambak-lambak...haha..nasib pakar IT ada kat umah..ahakkss...perasan lagi..

so entry ni Alhamdulillah...Najwa dah beransur sembuh and tadi bang cik call cakap diaorang dah selamat balik rumah... ni picture time hari isnin lepas kami pergi melawat Najwa. time tu dah nak dekat magrib, coz tunggu along balik sekolah dulu. ramai gak yang datang melawat petang tu.. kawan-kawan kerja Kak lin + teh and abang muhaimi + pengasuh Najwa ( mak yam).. oh tak lupa, wani and ayah kak lin pun ada juga..



Najwa and abang Thaqif.. seronok Najwa ek bila nampak abang sedara datang melawat.. dengan yang mengusung buku buat kerja sekolah pun buleh..hahaha...



alah-alah...manjanya dia.. tak dak mama and ayah sure dia tanya.. hehe



tengok tu..kan aku cakap..budak aktif dah rasa sihat je... terus berkawad satu bilik..tolak la besi gantung air tu pon tak per...dia dah tak hairan dah ngan tangan dia..


tu tengok... orang sakit nak berantar orang sihat balik.. abang afif tu tengok dia yang nak tolong tolakkan benda alah tu..hanya before tu dari rumah penakut ya amat nak pergi hospital.. sampai je kat depan bilik najwa tu bukan dia berani masuk... berdiri la dia kat situ dalam 5min.. haha...lawak la abang afif ni...

Notakaki : Adoi..sakitnya gigi ku..cam tau-tau jer next week ada appointment dengan dentist

Saturday, March 6, 2010

** Semoga cepat sembuh ya sayang Najwa **

Assalamualaikum..

entry hari sabtu okay.tapi aku lambat update because tak berkesempatan di siang hari makanya aku update di malam hari dah jadi entry hari ahad.. =)

Petang kelmarin Bang Cik massage aku around 5.30pm, tapi pukul 7pm baru aku perasan massage tu..huhu..sorry ye saya memang lalai dengan handphone sewaktu di rumah..

"Kami nak bawa Najwa ke hospital, sebab tak okay lagi"

Terkejut aku, sure serius ni. Aku pun terus call Bang cik and tanya macam mana keadaan Najwa sekarang. time aku call tu baru nak masukkan jarum untuk masukan air(glukos kot). Sebabnya keadaan dia yang dah tak bermaya. Dah lembik,mungkin akibat dari muntah dan cirit birit menyebabkan berat badan menyusut sebanyak 2kg dalam masa 2 hari. Kesiannya Najwa..

Hari ni, Sabtu aku mama and baba gi melawat najwa. Along pulak awal -awal pagi dah keluar, ada mesyuarat PIBG katanya. So budak-budak ni terpaksa la di tinggalkan dengan ayah dia orang kat tapak rumah mereka yang dalam proses pembinaannya.. Haishh..kesian juga tinggalkan depa tengah panas sekarang ni.tapi nak di usung pun bukan nak gi shopping kan, nak gi hospital. Takut terjangkit virus pulak..budak-budak antibody bukan kuat lagi..

Jam 10am, kami bertolak ke island, sebab Bang cik bawa Najwa ke Lam Wah Ee Hospital. sampai je kita orang kat sana, aku tengok wajah Najwa muram,mata kuyu. Ialah tak larat kan,kita orang dewasa pun kalau sakit pun macam tu juga.. Takda mood..
Aku nagis korang.....tapi masih mampu untuk aku sekat air mata ini dari mengalir deras...fuhh..ayat puitis.. Sambung lagi.. Sedih aku tengok keadaan Najwa..tangan berbalut akibat sambungan wayar untuk di masukan air ke dalam badan.

Ya Allah sembuhkan lah Najwa..dia masih kecil.. Tapi wajah dia sedikit ceria bila nampak kita orang sampai.. Terhibur juga dia dengan kehadiran makchu tokbaba and tokmama..Biliknya selesa..coz bang Cik pilih 1st class, so bolehla kita orang stay lama dalam bilik tu..sambil layan tv, najwa tidur.letih kata Kak lin. kalau di rumah seminit tidur dah terjaga, perut tak selesa... Ashik meragam. that's way depa bawak gi hospital, at least ada pengawasan Doktor untuk tengok-tengok apa yang tak kena kan..kalau duk rumah pun bertambah teruk keadaan dia.. lagi kesian...

Kak Lin cakap, pas ujian darah dah di ambil kelmarin, Doktor dapati ada jangkitan bakteria dalam darah Najwa and bukan denggi. takut juga kalau-kalau sebab denggi kan. Denggi boleh bawak maut korang, because before ni arwah suami Amirah cousin aku tu meninggal sebab denggi.



Wad 2 - Ke kiri yer..


Cutekan pintu dia, ada macam-macam picture cartoon ada and ni bilik Najwa - 205


Ni picture yang aku capture time baru sampai..tengok mata dia yang kuyu tu..tersentuh aku tengok..mana taknya, selalu dia seorang yang aktif tak duduk diam seminit..ada ja aktiviti yang dia nak buat...rajin budaknya..hehe...



tengok tu...nak bukak mata pun cam tak larat jer..padahal citer cartoon tu kat astro..bantal busuk jangan dilupa..hehe..semua tu ok. bantal tido + teddy bear kiri kanan tu.sian Najwa...sakit ya..and dia pandai tau tunjuk tangan dia and cakap " akit.. akit.." ... =(



time ni dia mau tido gak, nyeyak la jugak..dapat tido sejam pun jadi..



time ni kita orang dah nak balik, tokbaba la, tak mo tunggu..faham-faham..hati orang yang ngah gundah gulana sebab tak dapat hisap rokok, sebab kami stay dalam 2jam lebih tak silap...haiisshh...hospital mana bleh smoking kan...NO NO NO....sian Najwa..and time ni muka cam sedih je sebab kena kejut makan ubat yang memang tak di sukai Najwa...kena paksa juga...haiyak2..bersilat jugak la mama and ayahnya bagi makan ubat..tapi bukan kanak-kanak jer yang tak suka makan ubat...orang yang dah besar panjang pun ada..lalalalaa...kan kan kan..

so nak dekat jam 1 kami pon beransur pulang....Najwa sayang, makan ubat ye..moga cepat sembuh and boleh balik kg main dengan abang-abang kat rumah ni...muuahhh...tuk Najwa...

ps/ tadi massage bang cik and dia cakap cuhu badan Najwa dah turun sikit and dia dah mau minum susu...Alhamdulillah..

Notakaki : Sesiapa di luar sana kalau rasa tak sedap badan or tak sihat, cepat-cepatlah ke klinik yer...jangan di tangguh-tangguh lagi...

Wednesday, March 3, 2010

** Routine Medical Checkup **

Assalamualaikum semua...

Sihat tak korang semua hari ini??? Hope sihat okey...entry kali ini pasal kesihatan lah okey.. penting tau..

Every month my parents have an appointment with the Dr for the monthly medical checkup at gov clinic at Kepala Batas.. so today i just follow them because mama kena jumpa dengan Dr pakar sebab last month mama kena amik darah, so today is the result and aku juga nak reg untuk routine medical checkup yang aku berhajat dari last year lagi..ahakkss...

Then aku pun pegi la kat reg counter, kena bayar rm1 okey sebab aku tak ada GL..haiisshh...nasib singgit jer..lalalala...ingat just nak buat appointment je ialah orang kan selalu ramai kat klinik kerajaan ni.. that's way aku pon dengan confident letak le IC aku and along untuk wat appointment. then orang kat kaunter pon panggil aku and bagi aku no and bilik mana aku kena masuk tuk checkup.. abis la..along aku kan sekolah arini.. IC je yang ada kat kaunter tu, orangnya nan ado.. abis2.. dahla akak kat kaunter tu mukanya alahai..tak mesra pelanggan betoi.. senyum la kak and layanla customer dengan mesra.. ini tak..tak pelulah aku nak huraikan lagi... aku rasa korang pon sure penah kena dengan orang kaunter macam yang aku citer kan...hemmm...

then, mama ngah jumpa Dr pakarnya, and aku kena masuk bilik no 2..tunggu giliran di awal pagi..iyolah.. gi awal-awal orang tak ramai... kan kan kan..aku kena no 14 and sekarang no 6..haiisshh..lama-lamaaa...aku pon cehh..nak tunjuk rajin keluarkan lah story book yang ada dalam beg yang gedabak ni...
memang bawa in case kena tunggu kan...busannn...baik bace buku..ahakkss..

then no 14...ting tong..
lebih kurang macam ni bunyinya..haha... masuk-masuk ada la 2 orang Asst Dr...uishh..dua-dua laki...ehemm2..yang seorang tu ngah check sana check sini sowang patient tu. so aku pon duduk la dengan tatatertibnya dekat yang asst Dr yang sowang lagi..muhahaaa...

Bilik No2

Ass Dr : Cik Awatif. Sakit ape?
Aku : tak sakit apa-apa...gedik-gedik nak datang..haha..saya nak wat medical checkup..
Ass Dr : medical checkup? untuk apa ya.. sebabnya selalu orang wat medical checkup kalau di perlukan...so pening kot ass Dr ni..haha
Aku : Tak saja nak wat checkup. nak check kot-kot ada darah tinggi ke kecing manis ke...ahahakkss..
Ass Dr : dia blur kejap.. Ooo...okey. dah breakfast? nak ngorat ke..haha perasan.. so kita check BP(blood pressure) dulu..

1min kemudian......

Asst Dr : hemm.. tak bunyi pulak...
Aku : haissh..tak dak nadi ke?? aku pikir
Asst Dr : ok tak apa, adik gi dulu bilik no 12 then gi kat meja depan tu untuk amik BP lain..haha...alat tu yang tak bunyi doh...esok free tak?? nak ajak date ke..haiishh...serious okay
Aku :esok..bleh jer..free..
Asst Dr : so esok adik kena datang and kena wat ujian darah.. then darah tu akan di bawa ke hospital untuk di periksa. selalunya dalam tempoh 3minggu baru dapat result..
Aku : ok..boleh jer esok ..
Asst Dr : so mai la awal esok dalam kul 7.30 camtu..esok selalu orang ramai.
Aku : ramai ek..hemm..okay..aaa?? ni nak kena gi mana tadi...bilik 12 tu dulu then baru pergi check BP ke?? ha...aku lupa..dia kan cakap banyak tadi..aku dah lost..huhu...pastu pulak aku dok jeling-jeling kad kerja yang ada kat baju keje dia tu..kuang3..
Asst Dr : ni adik terus gi lab 12 tu, tunjuk kad ni. then adik gi kat kaunter depan tu adik cakap nak wat BP. pastu mai sini balik..
Aku : ok-ok.

so aku pun keluar la kan gi lab 12 tu sambil mata aku jeling-jeling cari mama...then aku dengar mama panggil aku, uikkss..dah selesai ke??siap dah amik ubat ni... mama cakap semua dah beres.. so apelagi..jom teman aku gi lab tu..aku bukan biasa kena check kat klinik ni..selalu i follow aje...haha.. gi kat lab tu dah bagi kad then dia panggil nama aku, mintak jari.
ketaapp...adoi..cam kn gigit semut..huhu..dia toreh bagi keluar darah nak amik sample..haha...gila la kalau toreh guna pisau..aku lari...sila jangan percaya..ada la alat khasnya...dia nak check gula aku..ooo..then akak tu suh aku g bilik tadi..so bilik no 2 aku tuju..masuk-masuk..ada patient kat meja Asst Dr tadi.aku pon tunggu.. pas patient tu blah aku pon duduk and bagi kad tadi balik kat asst Dr ni.. then die cakap..

Asst Dr : aikk..mana BP?
Aku : haiishh..tak buat lagi la..orang kat lab tu suh gi balik bilik tadi..tu yang terus datang sini..hahaa...malu pulak aku terlupa.
Asst Dr : lahh..hemm..tak per- tak per..

Aku : ehh..sorry.. nak kena gi wat ke ni... dengan muka tak bersalah..kuang3...
Asst Dr : hemm.. tak per. esok datang ambil darah k.. kena puasa ya...start kul 10malam esok..eh..malam ni... haiishh..tercacul plakk.. =)
Aku : kul 10 ke??
Asst Dr : a'ah, tapi adik boleh la kalau nak minum air masak ke..jangan minum yang manis-manis macam adik... haha aku tambah okay...
Aku : Ooo..so esok pagi pon,kalau minum plain water bleh ke??
Asst Dr : boleh, tak ada masalah...so ada kena ambil ubat apa-apa?
Aku : oh..tak ada..
Asst Dr : okay so esok adik datang terus buh kad ni dalam bakul luar pintu lab ambil darah tu ye..
Aku : nak kena reg kat kaunter dulu tak?? wat-wat blur lagi..suka tanya banyak kali...
Asst Dr : hemm.. tak yah..adik terus je gi kat bilik tu.. tengok kat tempat orang ada amik darah kat luar tu..kat bilik tu
Aku : oo..so tak yah reg ek kat kaunter.. sengal..tanya lagi
Asst Dr : tak perlu...
Aku : okay.. terima kasih..ehh..ni yg check gula tadi cam ne result dia??
Asst Dr : hemm.. ok.. gula 5.6 kira ok..just jangan lebih 11 je tuk yang tak puasa and kalau yang puasa tak boleh lebih dari 6.5(tak silap aku)
Aku : ohh..gitu... ok terima kasih.. =)
Asst Dr : sama-sama... =)

aku pon blah dari bilik tu and gelak sorang-sorang..haha..ko pangil aku adik...padahal kad kerja dia yang aku jeling-jeling tadi tu..ic tahun 86...ahakkss...

so korang semua pun patut wat routine medical checkup.. jangan la tunggu dah sakit demam or kena masuk hospital bagai..baru nak menyesal.. sekurang-kurangnya kita dapat kesan sesuatu penyakit itu lebih awal, penyakit yang serius, bukan untuk siapa.. untuk kebaikan diri sendiri jugak.. gi je klinik kerajaan or hospital.. free jer kan..kalau korang rasa lambat lah or orang ramai lah..gi la swasta..hahaa...tak payah le nak beban kan otak cakap susahh...haiishh..alasann..huhu



surat ambil darah esok..huhu..saya suka.. =|

Notakaki: Mencegah sesuatu penyakit itu lebih baik dari merawatnya.. =)

Monday, March 1, 2010

** Congratulations **

Assalamualaikum...

haiisshh... bulan March sudah muncul... cepatnya masa berlalukan...Selamat bekerja semua..mulakan hari isnin anda dengan senyuman... =)
Sebenarnya banyak benda yang nak aku kongsikan dengan korang semua, resepi, story mory orang keliling aku haiisshh.. busybody betol saya ini... and macam-macam tapi entry-entry tu semuanya masih terperuk dalam inbox untuk di tokok tambah..ahakkss...

okey,tapi ini penting untuk di kongsi bersama... Hari yang gumbira untuk mereka yang telah selamat melangsungkan masjlis pertunangan pada tarikh yang berbeda..

1st TAHNIAH to Fiza and Sharil(tunangnya) pada 15.2.2010 yang lalu..Fiza classmate and my housemate time di PSP dulu.. hahaa... so who's next?? yang tinggal housemate time PSP just Muna, Ben, Acu and Me...ohh..ramai lagi..tapi dengar-dengar ada yang bakal bertunang dalam tahun ini juga..SIAPA?? tungguuu.... tarikh perkahwinan pada bulan 11 nanti..kawan-kawan yang berkaitan sila tunggu kad undangan dari pihak petunang okey..ahakkss..


Fiza dan Sharil....Congrats dear..
huhu..nasib tak tercacul nama nak dekat sama..oppsss..


Acu, Fiza, Me, Muna and Yaya



Saya yang pemalu..ahakkss..over..


Okey, 2nd engagement is my cousin. tarikh bertunang pada 26.02.2010 yang lepas di Alor Star.. Congrats to Abang Muhaimin and Hana.. date majlis perkahwinan masih dalam meting pihak-pihak berkuasa dan akan di beritahu kemudian.. Harap maklum..hehe..


Hantaran dari pihak lelaki..


Teh menyarung cincin di jari manis Kak Hana


ini orangnya..