Showing posts with label :: Tips / Petua ::. Show all posts
Showing posts with label :: Tips / Petua ::. Show all posts

Thursday, January 8, 2015

TIPS PENJAGAAN MUKA : RESEPI MASKER MUKA SEMUDAH 1 2 3 DENGAN BAHAN SEMULA JADI

Assalamualaikum semua,

Nak pergi SPA setiap minggu mahal kan?? Nak pergi sebulan sekali pun kadang-kadang kena buka purse dulu check cukup tak nak buat belanja hidup. Duit sekarang macam-macam nak guna. Akhirnya kecantikan diri di abaikan. Alahai jangan la gitu wahai Kaum wanita semua. Jom saya ajarkan cara mudah nak buat MASKER MUKA DENGAN BAHAN SEMULA JADI YANG MUDAH. Saya akan share beberapa resepi masker yang boleh anda buat sendiri di rumah dan ianya sangat menjimatkan duit

RESEPI #1 -
==========
1 SUDU     ESP 
1 SUDU     Plain Yogurt

* Mixkan kedua-dua bahan ini dan boleh pupurkan pada muka. Sebelum nak letak pada muka pastikan anda basuh muka terlebih dahulu. Tunggu beberapa minit sehingga kering bilas dengan air suam. Rasai perbezaan kulit selepas beberapa kali anda buat. Kulit semakin gebus gebas dan lembut bak selembut bayi.

RESEPI #2
==========
1 SUDU     ESP
1 BIJI        VITAMIN E
1 SUDU     Plain Yogurt

* Mixkan semua bahan ini dan boleh pupurkan pada muka. Cara yang sama seperti Resepi #1. Tunggu beberapa minit sehingga kering bilas dengan air suam. Rasai perbezaan kulit selepas beberapa kali anda buat. Vitami E berfungsi untuk memudarkan parut pada muka.

scrub


RESEPI #3
==========
2 BIJI     Alfalfa ( ditumbuk halus)
Sedikit    Air

* Boleh dijadikan sebagai scrub. Mixkan kedua-dua bahan ini dan boleh pupurkan pada muka. Bila hampir kering anda boleh gosokkan pupur anda seperti scurb. Tonyoh lembut agar segala kotoran dapat dibersihkan. Bilas dengan air suam. Anda dapat rasai perbezaannya. Kulit muka anda akan berasa sangat licin.

RESEPI #4
==========
1 BIJI    Vitamin C (ditumbuk)
Sedikit   Air

* Bahan-bahan itu di campur sehingga sebati dan pupurkan pada muka. Biar sehingga kering dan bilas. Rasai perbezaan kulit muka anda. 

RESEPI #5
==========
Putih telur  ---> sapu pada seluruh muka, dan biarkan sehingga kering dan muka rasa meneggang. Kemudia bilas dengan air suam sehingga bersih.Kalau tak anda akan bau hanyir dari telur tadi.

RESEPI #6
==========
Air Beras  --> rendamkan beras selama 30-60 minit. Kemudia toskan beras. Ambil sehelai tisu yang agakk tebal dan di buat lubang pada bahagian mata dan hidung serta mulut. Kemudia celupkan tisu tadi kedalam air beras dan tampalkan pada muka.Sebelum tu boleh perah dulu air pada tisu untuk elak dari meleleh. Biar dalam 15minit kemudian bilas sehingga bersih. 

RESEPI #7
==========
1Biji                 Pisang (blander/kisar)
1sudu makan    Madu

*Kedua-dua bahan di campur dan di kacau sehingga sebati. Sapu pada seluruh muka sehingga rata. Biarkan selama 15-20minit. Setelah masker kering, bilas dengan air bersih dan keringkan dengan tuala.


Saya paling suka RESEPI #3 SEBAB saya dapat jimat duit dari membeli scurb. Sambil saya ambil supplement ni untuk kesihatan badan dan kecantikan dalaman dan luaran, saya juga boleh jimat dengan membuat masker sendiri di rumah. 

Ada yang berminat nak dapatkan Alfalfa boleh SMS/TELEGRAM 019-5139011.Sekarang tengah ada Promo dari Shaklee tau!!!!. Beli 2 Botol dpat 5% lagi potogan. Jadi AHLI jauh lebih murah kan...

Kalau anda ada resepi masker yang best dan semula jadi jom share pada ruangan comment. Boleh kita banyakkan Resepi masker kita.



Saturday, January 3, 2015

ATASI LENGUH BADAN DAN LUTUT KALAU TAKNAK CEPAT BERTONGKAT

Assalamualaikum semua sahabat

Semakin meningkat usia semakin banyak penyakit yang datang. Salah satu daripadanya ialah sakit-sakit sendi ataupun lenguh-lenguh badan terutama di bahagian pinggang, bahu, lutut dan seangkatan dengannya. Mesti ramai di luar sana yang mengalamai masalah yang sama.  Saya baru masuk awal 30an dah rasa lenguh-lenguh sakit pinggang bila duduk bersila lama-lama buat kerja di atas lantai. Kadang-kadang rasa nak menagis pun ada bila waktu nak bangun dari bersila sebab terasa macam umur dah 60 tahun. Waktu tu macam nak patah pinggang je rasa. Taknak la bertongkat di usia mudakan.


back pain

Saya sering mengalami lenguh badan terutama pinggang dan bahu. Bila saya fikirkan semula apa puncanya ialah : 

1. Kekurangan Kalsium- Waktu saya kecil dulu memang jarang minum susu. Jadi ini adalah salah satu punca saya rasa mudah lenguh-lunguh badan sekarang. Bagaimana hendak mengesan badan kita kekurangan kalsium?
  •   Kekejangan atau kram otot
  •   sukar/susah nak tidur
  •   Perasaan berdebar2
  •   Eczema-penyakit kulit
  •   Rapuh kuku
  •   Sakit Sendi
  •   Tekanan darah tinggi
  •   Gigi reput
  •   Paras Kolestrol tinggi
  •   Kebas-kebas kaki dan tangan
  •   Rheumatiod arthritis
  •   Rickets    


2. Membuat kerja-kerja berat seperti kerap mengangkat beban. Di rumah saya tinggal denga parents. Parents agak berumur, jadi setiap kerja yang berat di dalam rumah saya yang akan buatkan. Itu pun ikut kalau saya terdaya.

    >> Untuk makluman anda semua, mereka yang sering atau kerap melakukan kerja-kerja mengangkat beban mudah untuk mengalami lenguh-lenguh badan terutama pinggang.Cara kita mengangkat beban dari lantai juga adalah salah satu punca sesorang itu cepat mengalami lenguh pinggang atau kalau silap haribulan boleh tergeliat juga.

angkat kotak dengan cara yang betul


                                                  Cara yang betul


                                                             Cara yang salah
   >> Selain daripada itu, kita orang perempuan yang selalu sibuk di tempat kerja dan balik buat kerja rumah lagi, kemas rumah, sapu sampah, mop lantai juga akan mengakibatkan badan cepat lenguh. 

>> Dulu zaman sekolah selalu angkat beg sekolah berat-beratkan?? so ini juga merupakan kesan jangka panjang yang kita akan alami waktu usia menjangkau 30an. Jadi, bayangkanlah anak-anak kita yang setiap hari perlu mengalas beg sekolah yang mungkin antara 5-10 Kg.. Alahai... Sama berat dengan beras. 

3. Cara berjalan
 >>  Saya jalan agak bongkok kadang-kadang dan pernah di tegur oleh along. Bukanla bongkok macam nenek-nenek si bongkok 3, tapi lebih kepada posture bahu dalam keadaan malas. Jadi bila saya tersedar saya akan cuba tegakkan badan waktu berjalan. Pada mulanya agak letih, tapi bila di fikirkan risiko pada hari tua, saya usaha juga. Kesan daripada mengalas beg sekolah.


walking
                                                     
standing


4. Cara tidur. 

   >> Kita mungkin tidak sedar cara kita tidur juga boleh menganggu dan mengakibatkan lenguh badan dan bahu. Dalam Islam sendiri kita di sunahkan Rasulullah SAW untuk tidur secara mengiring sebelah kanan menghadap kiblat. 


sleeping position

Jadi bagi mengatasi masalah ini dari terus berlarutan, saya telah mengamalkan Ostematrik setiap malam sebanyak 4 biji. Alhamdulillah selepas mengambil dalam 2 hari saya dapat rasai kebaikannya. Lenguh-lenguh badan juga telah hilang. Saya rasa lebih segar dan mudah untuk saya bangun pagi. Ostematrik ni berfungsi untuk membantu saraf berehat dan memudahkan kita tidur pada waktu malam. Sekirangnya anda mengalami ezema atau anak anda, boleh juga di ambil untuk kanak-kanak tetapi hanya sebiji setiap hari.



Bagi sesiapa yang mengalami sakit-sakit lutut terutama ibu dan ayah kita yang sering mengadu sukar untuk rukuk dan sujud atau berdiri waktu solat, saya cadangkan anda beri mereka Set Sendi iaitu Ostematrik, Omega Guard dan Advance Joint Health Tablet (AJHT). 
 

Anda juga boleh baca Tips menjaga Tulang Belakang- Backbone
Segala gambar di ambil dari Mr. Google

 Anda pasti tidak mahu bertongkat pada usia muda mahupun sudah tua kelak. kita ingin kelihat sihat dan bertenaga walaupun sudah berusia 60-70 tahun.

Berminat dengan Ostematrik dan Set Sendi.

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=019876c43e8893dbb2d1cbbac77eb59b

Boleh Hubungi saya.

Awatif Samat : 1114858
SMS/ Telegram : 019-5139011
FB : awatifsamat
Email : awatifabdsamat@gmail.com

Sunday, September 21, 2014

Cabaran 30 Hari blogging day 4 : Tips Kemas Rumah - MEJA BELAJAR

Assalamualaikum

      Entry yang ke 4 pada hari yang ke 6.. Alamakk!!! Cepat kena kejar buat lagi 2 entry perlu di siapkan. Tips mengemas rumah saya pilih area bilik kerja di rumah atau Home Office . Nama pun cikgu mestilah ada sekurang-kurangnya meja untuk buat kerja-kerja tulis menulis or apa-apa sahaja berkaitan dengan sekolah atau kelas tuisyen. Jadi untuk bilik kerja saya di rumah saya beli 2 Banquet table jadikan bentuk L Shape. Luas kawasan yang saya ada untuk letak buku-buku tusiyen untuk 3 Subjek, printer dan alat tulis.

     Walaupun saya ada kawasan meja yang luas,  tapi ia tetap nampak serabut/berselerak sebab banyak stationery yang dibeli sendiri ataupun dihadahkan oleh murid-murid.

study table
  
   Jadi tips saya sangat mudah. Disebabkan terlalu banyak benda-benda yang kecil-kecil atas meja tu, contohnya pemadam, stapler, sticky note, paper clips, gam jadi saya telah menghadikan meja study saya dengan inii........ TADAA.....

kemas meja belajar

  Saya beli drawer kecik 5 tingkat untuk dimasukan segala benda-benda kecik-kecik atas meja yang buat jadi serabut tu. Jangan lupa labelkan setiap drawer untuk memudahkan kita mencari barang yang diinginkan dengan mudah. Mudah bukan??Meja belajar korang akan jadi lebih teratur. 

   Korang ada tips yang hendak dikongsi? Tinggalkan dibahagian comment. Syukran Jzln.
  
 

Tuesday, September 16, 2014

Tips untuk Kurus & kekal Sihat

Assalamualaikum semua..

 
 :: 3 PERKARA UTAMA ::

 (i) BANYAKKAN minum AIR MASAK. Make sure sehari 3L or 25Kg = 1L,so kira berapa berat korang.



(ii) kurangkan makanan berGARAM. elakan makan di kedai sebabnya di kedai ni biasalah nak sedap je tambah pula dengan Aijinamoto. Saya lagi suka masak sendiri Sebab kita boleh control jumlah garam, kadang2 saya masak sayur tak letak garam. :)
(iii) Elakkan minuman MANIS. Ini yang paling dugaan nak lakukan bagi mereka yang pada peringkat permulaan. Korang kena KUAT SEMANGAT kalau betul-Betul nak berjaya. Jadi sila pastikan minuman harian WAJIB korang ialah AIR KOSONG.

Selamat mencuba (^___^)

Monday, September 15, 2014

Tips Tidak Menangis Memotong Bawang

Assalamualaikum Semua..

     Hari ini saya nak kongsi tips untuk tidak mengalirkan air mata ketika memotong bawang merah. Setiap masakan kita orang Melayu, mesti ada bawang baru sedapkan?? Tapi bila nak memotong bawang mulalah dramatik kejap.. Berlinaggan air mata macam tengok cerita sedih Hindustan pula. hehe... 
   Mengapakah mata kita akan mengeluar cecair yang di sebut air mata sewaktu memotong bawang merah?

     Ini Kerana ketika seseorang memotong atau mengupas bawang maka ia memecahkan sel-sel pada bawang yang menggabungkan tiap lapisan. Satu membran bawang mengandung enzim sedangkan yang lainnya mengandung senyawa sulfur. Ketika bawang diiris atau di kupas maka terjadi reaksi kimia antara enzim dan juga senyawa sulfur yang menghasilkan gas volatil (mudah menguap). Gas ini akan bereaksi dengan udara sekitar menjadi sulphuric acid.Hujung saraf dari mata ini sangat sensitif, maka saat terkena gas tersebut mata menjadi teriritasi dan merangsang keluarnya air mata untuk melindungi mata. Sebab itu semakin banyak bawang yang dipotong, air mata yang keluar akan semakin banyak. 


   Ada di antara tips di bawah saya pernah cuba dan belum. Mungkin sesuai untuk saya tapi mungkin untuk korang sesuai cara yang lain. Saya kongsikan ada beberapa tips. Harap membantu (^__^)

 1) Sewaktu korang nak kupas kulit bawang, letakan semangkuk air kosong depan kita. Lepas tu kita kupas kulit bawang dan potong tanpa perlu sendu sendan lagi. Cara ini sesuai untuk saya.

2) Sebelum korang nak potong bawang merah, potong menjadi dua bahagian dan rendam dalam air selama 15 minit. Setelah itu, barulah korang menghirisnya.

3) Gunakan pisau tajam sewaktu hendak memotong bawang merah. Bawang yang terpotong rapi dan bersih akan mengurangi pengeluaran molekul yang mengiritasi mata. 

4) Masukan bawang merah ke dalam peti sejuk beberapa minit sebelum memotongnya. Ini akan membuat molekul pengiritasi, iaitu amino acid sulfoxide, yang dikeluarkan oleh bawang merah berkurang.

5) Ada juga yang letakkan sebiji bawang di hujung pisau, kemudian baru di potong bawang. 

6) Jika masih tidak berhasil, korang bolehlah menggunakan kaedah terakhir iaitu, SILA PAKAI goggle seperti yang digunakan saat berenang atau cermin mata. Ini akan melindungi mata korang secara keseluruhan. ( ^_____^ )

Selamat Mencuba. Sekiranya korang ada tips yang lain cara untuk mengelakkan dari menangis ketika potong bawang, di alu-alukan untuk comment ye.. Terima kasih

Saturday, May 1, 2010

Tips Menjaga Tulang Belakang (Backbone) **

Assalamualaikum semua....

Cakkk!!! Tup tap dah masuk 1st of Mei kan...kejapnya masa berlalu...ohh..pada mereka yang bekerja... Selamat Hari Buruh...

Aku ni kalau tak update entry sampai berminggu-minggu...tapi kalau dah update tu memang samapai 2 3 entry..tu tandanya aku bebas dari ke busy-an..haha...sebabnya my hero balik umah atoknya nun di perak...haiishhh..sunyi la pula rumah ni...

Tips kali ni pasal TULANG BELAKANG (BACKBONE).. okay aku tahu ramai yang abaikan part ni..tapi bila dah sakit or lenguh-lenguh baru la nak take care bahagian tulang belakang kita kan...


Last few weeks ago, along ada cerita kat aku yang ada seorang cikgu kat sekolah die ni pakai coset sebabnya nak jaga body posture terutama tulang belakang. selalunya kalau orang perempuan pakai coset ni mesti kita ingat nak jaga badan bagi nampak ramping kan kann kan...sebenarnya bila pakai coset ni pun boleh menjaga tulang belakang kita. so bila berjalan kita akan sentiasa menegakkan badan kita maka berjalan dengan yakinnya bak ratu kebaya.. and bila kita duduk pon tak lah bongkok...time duduk terutamanya kita selalu lupa akan tulang belakang. mesti duduk bongkok. tambah pulak dapat kerusi yang empuk bak tilam dunlop..sure tak hengat dunia dah kan...

coset ni selalu orang pompuan je la yang pakai..so cik abang kat luar sana bleh la belikan untuk cik isteri bukan sahaja untuk menegakan posture badan and boleh juga kekal ramping sentiasa...ahakkss...menawan gitu..tapi ingat..jangan pakai coset yang terlalu ketat sehingga sukar untuk bernafas..kang pengsan la pulak...and pakai coset yang di perbuat dari fabrik yang sesuai..kerana menurut pakar kalau pakai coset yang di perbuat dari fabrik yang tidak sesuai mungkin akan menyebabkan alahan pada kulit..so karang kerja mengaru la pulak...tak dapat den nak nolong garukan...ahakkss...

Pasal posture badan ni jugak, along selalu cakap ngan aku... "hg ni dik,suka jalan bongkok. cuba la jalan badan tu tegak-tegak sikit" iyer2 saya memang adik yang kecil...sambil menunjuk gaya aku berjalan...ohh...ajuk-ajuk pulak...huhu... "haisshh...dah orang jalan gitu nak wat camne" aku membidas..hoho..bukan melawan okey.. "memang la, tapi cuba la try control baru la elok...ni cam orang malas nak jalan je.."...gitu ek... baiklah baiklah wahai kakak ku sayang.... so bila aku teringat je sure aku tegakkan posture badan aku bagi straight,kalau letak buku atas kepala pun sure tak jatuh..haha...tipu...time duduk pon terutama bila mengadap computer.. memang susah..tapi nak buat camne..untuk diri sendiri kan...sebab tak da bantuan coset..haha..nanti aku kaya aku beli banyak-banyak..pakai sampai semput..aisehh.. kalau negok budak kecik Thaqif ni duduk memang best..body kan cute je kecik budak umo 6 tahun...sure straight. kagum aku negok...

okay tips ni aku dapat dari kajian yang aku baca di internet..hoho..macam kajian sendiri la pulak...aku bukannya pandai sangat sains ni..sebab dulu suka main-main kat dalam lab..kita share knowledge je kan and aku buat olahan aku sendiri apa yang aku paham..so harap dapat membantu korang semua..

1. Sewaktu mengangkat barang dari lantai, jangan membongkok dan terus mengangkat barang tersebut, terutama kotak ataupun barang yang berat. Ini BAHAYA okay..Kalau silap boleh sakit urat. Ini kerana boleh menyakiti dan membebankan tulang punggung dengan beban yang berat. Kalau kita mengangkat barang dari lantai seeloknya kita duduk dahulu. Pastikan tulang belakang kita tetap lurus. Contoh seperti rajah di bawah..

Begini caranya

Ataupun begini

2. Sekiranya kita perlu meletakkan sesuatu barang di tempat yang tinggi seperti di atas almari, JANGAN SESEKALI mengangkat barang tersebut lebih tinggi dari pundak ataupun tulang punggung kita. Cara ini selalu kebanyakkan dari kita lakukan kerana malas untuk menggunakan kerusi mahupun tangga. Makanya sila gunakan kerusi atau pun tanggan untuk meletakan barang di tempat yang tinggi kerana mengangkat beban berat di atas pundak kita boleh menyebabkan tulang belakang mendapat tekanan yang sangat besar. 3. Gantikan posisi sesering sekirannya kita perlu berdiri dalam waktu yang lama. Contohnya kalau kita iron baju sambil berdiri, gunakan kerusi kecil untuk meletakkan kaki kita secara berganti-ganti. Ini dapat menyeimbangkan dan mengganti tumpuan berat badan. Berdirilah secara tegak , dan janganlah membungkuk .

4. Tips yang seterusnya adalah sewaktu kita berjalan. Sewaktu berjalan, berjalanlah dengan posture badan tegak jangan macam robot pulak dengan kepala menghadap ke depan dan punggung lurus dan hujung kaki menunjuk lurus ke depan.
Untuk aweks-aweks di luar sana, elakan menggunakan kasut bertumit tinggi dalam masa yang lama..
aisehh..camne nak window-shopping lama-lama ni..huhu..dah la i rendah kan..tapi kalau nak yang bertumit tinggi boleh tapi carilah tapak yang selesa sebenarnya..maka boleh la tawaf mall berjam-jam.. and kalau boleh gunakan kasut yang bertapak nipis or flat..sport shoes pun selesa.

5. Sewaktu di dalam kereta, duduklah tegak, pastikan tempat duduk penyandar belakang dalam keadaan tegak tapi agak-agaklah kan janganlah sampai nak tercium stereng kereta kan.nak pulak orang yang rendah cam aku ni kaki tak sampai kedepan...haha...elakkan lutut kita sejajar dengan pinggul. Sokong punggung bahagian bawah dengan penyokong tulang belakang khusus. Jangan pula duduk terlalu jauh dari pedal minyak, dekatkan, kerana ketika otot kaki tiba-tiba meregang, boleh menyebabkan kaki kram dan tekanan di tulang punggung.

6. Sewaktu duduk di hadapan komputer atapun menonton TV,
selalunya orang yang kerjanya menghadap komputer 24jam...ahakks pastikan paha kita sejajar atau selari dengan lantai, jangan biarkan lutut kita lebih tinggi dari paha atau kaki terggantung jauh dari lantai. Pastikan kaki kita rata dan punggung mendapat sokongan dari belakang kerusi.


Cara duduk di hadapan komputer dengan betul.

7. Sewaktu tidur, kita biasanya suka tidur mengikut keadaan yang kita berasa selesa. Tetapi, untuk menjaga tulang belakang pastikan tempat tidur cukup keras dan rata. Jangan terlalu keras la kan and tidak terlalu lembut sehingga tidak dapat menampung tulang belakang. Sekirannya kita tidur telentang, letakkan 1 bantal di bawah lutut, bengkokkan sedikit lutut, biarkan kedua lutut tersebut bertumpukan.
Elakkan tidur meniarap, kerana ini boleh meyakiti tulang belakang, dan aku pernah mendengar pakar menyatakan sekiranya kita tidur meniarap, ini akan mengakibatkan jantung kita di tekan dan menyukarkan kita untuk bernafas dengan baik..Elakkan juga tidur di atas sofa kerana ia tidak dapat menyokong tulang punggung kita..


NotaKaki : Jangan lupa teruskan amalan meminum SUSU untuk kebaikan TULANG dan juga GIGI kita.. =)

Sunday, January 17, 2010

** Tips memasak - Merebus ubi keledek **

Assalamualaikum sahabat2 dan kawan2 semua.....

sihat kah anda di luar sana?? hope sihat sejahtera hendaknya..Alhamdulillah...

ok arini ade sedikit tips untuk korang semua.. aku dapat tips ni dari kawan along... iyer2..bukan aku yang tanya kawan die tp along yang balik rumah dan bercotcet dengan aku... kebetulan hari ini baba ada beli ubi keledek yang sangatlah aku suka... yuummm2.... korang suka tak ubi keledek terutama yang color oren tu?? sedap and manis rasanya..

ok2.. sebelum aku nak coret2kan tips baru bagi akulah kan.. meh sini aku citer sikit mengenai khasiat ubi ni...ubi ni kaya dengan vitamin B, C and E and also mengandungi BANYAK zat mineral, beta kerotin protien and kanji. so sayang kan kalau time kita rebus ubi ni khasiat2 nya yang banyak itu semuanya hilang kerna mengalir ke air rebusan... makanya tips yang aku nak kongsi dengan korang ni boleh mengekalkan khasiat2 yang ada pada ubi keledek ini...

ok tips nya..selalu kita akan rebus kan ubi ni ke dalam periuk kan... so apa kata korang try plak cara dengan meletakan ubi2 ini ke dalam nasi yang korang masak. kire bleh masak 2 in 1 dalam 1 periuk and jimat penggunaan letrik/gas...caranya ubi yang telah di bersihkan kulitnya dan di potong kecik2 kemudian masukan ubi2 tersebut ke dalam nasi yang sedang korang tanak itu...

ok2 macam mana la pulak kan nk rebus ubi bersama2 dengan nasi ni... caranya bila nasi korang tu dah kering or hampir2 kering and korang dah mula nak tutupkan penutupnya so time itu la korang campakan ubi2 yang hendak korang makan itu.. mula2 aku pon tak berapa yakin yelah ubi kan amik masa yang agak lama untuk di rebus kan... so bila aku try and walaahhh.... memang enak di makan...sweet... and lembut sangat seperti yang kita selalu rebuskan.. tak perlu la korang tambahkan gula or garam untuk menyedapkan lagi ubi tu.. and ingat KURANGKAN GULA and GARAM dalam masakan untuk mengekalkan kesihatan yang baik...


COTCET : penduduk Malaysia makan 26 sudu teh gula sehari... waww!! INGAT, gula tidak perlu dalam diet harian kita kerana semua keperluan zat makanan manusia boleh di peroleh dalam makanan seperti nasi, buah-buahan, sayur-sayuran and UBI yang mengandungi gula mereka sendiri.. =)