Saturday, January 10, 2015

KUKU MENDEDAHKAN RAHSIA PENYAKIT ANDA




Assalamualaikum semua,

Baca tajuk entry saya yakin, anda semua mesti terus belek kuku. Kan, kan kan.. Sebenarnya dengan melihat keadaan kuku, kita dapat mengesan beberapa penyakit yang sedang di hadapi oleh kita ataupun orang di sekeliling kita. Kuku dapat mendedahkan rahsia penyakit anda. Seperti tulang dan gigi, kuku merupakan bahagian terkeras dari tubuh karena kandungan airnya sangat sedikit. Pertumbuhan kuku jari tangan dalam satu minggu rata-rata 0,5 - 1,5 mm, empat kali lebih cepat dari pertumbuhan kuku jari kaki. Pertumbuhan kuku juga dipengaruhi oleh panas tubuh. Nutrisi yang baik sangat penting bagi pertumbuhan kuku. Sebaliknya, kalau kekurangan gizi atau menderita anoreksia nervosa, pertumbuhan kuku sangat lambat dan rapuh.


penyakit kuku

KEADAAN KUKU :
================
1. Kuku yang kelihatan pucat (Pale Nails).

kuku pucat
    Kuku yang pucat boleh di kaitkan dengan masalah penuaan. Tapi ia juga merupakan tanda penyakit serius seperti:
       i) Diabetes
      ii) Penyakit Hati
     iii) Gizi Buruk
     iv) Anemia
      v) Kongestif gagal jantung






 2. Kuku bengkak di pinggiran kulit (Puffy Nail fold).
nail


     Jika kulit di sekitar kuku tampak merah dan bengkak, ini dikenali sebagai peradangan lipatan kuku. Ini mungkin hasil dari lupus atau tissue disorder.







3. Kuku retak dan terbelah (Crack and split Nails).
crack and split nails

   
  Sekirannya Kuku anda merupakan kuku rapuh yang sering retak atau terbelah telah dikaitkan dengan penyakit tiroid. Retak atau pemisahan digabungkan dengan warna kekuningan lebih mungkin kerana jangkitan kulat.



4. Kuku putih (White Nails).


Kuku kebiruan (bluish Nails).
Kuku dengan warna kebiruan boleh bererti tubuh tidak mendapat oksigen yang cukup. Ini boleh menunjukkan adanya jangkitan di paru-paru, seperti radang paru-paru.






5. Kuku kebiruan (bluish Nails).

blue nail disease
    Kuku dengan warna kebiruan boleh bererti tubuh tidak mendapat oksigen yang cukup. Ini boleh menunjukkan adanya jangkitan di paru-paru, seperti radang paru-paru.















6. Kuku yang berdesir (Rippled Nails).

k5 9 Tanda Kuku Mendedahkan Kesihatan Anda
  Jika kuku sebahagian besar putih dengan pinggiran lebih gelap, ini dapat menunjukkan masalah 
  i)  hati, seperti hepatitis. Dalam gambar ini, anda boleh melihat jari-jari juga kuning, tanda lain dari masalah hati.






6. Kuku Kuning (Yellow Nails) 
   Biasa iasa kuku yang berwarna kuning adalah disebabkan jangkitan kulat. Sebagai memburukkan lagi jangkitan, kuku mungkin menarik kembali, dan mungkin kuku menebal dan runtuh.

Kuku kuning dapat menunjukkan keadaan yang lebih serius seperti penyakit tiroid teruk atau psoriasis. Kes ini jarang berlaku.



Bitten fingernails7.  Dark Line Beneath the Nail (Garisan hitam di bawah kuku)
 
     Garisan hitam di bawah kuku harus diperiksa secepat mungkin. Ini kadang-kadang disebabkan oleh melanoma, kanser jenis kulit yang paling berbahaya. 




Jadi anda perlulah menjaga kesihatan seluruh anggota badan. Jangan ambil mudah walapun anda masih muda. Bagi mendapatkan kesihatan kuku, seelokkannya anda carilah B-Complex, Zinc Complex dan Vitamin E(bagi menghilangkan parut)

Carilah makanan tambahan ataupun supplement yang ada di pasaran. Sekirannya anda ingin mendapatkan Kuku yang sihat dan bersih serta mengelakkan diri dari mendapat penyakit-penyakit tersebut, SMS/Telegram 019-5139011. In sya Allah saya akan cuba bantu anda.


Dapatkan kuku yang lebih sihat sekarang...

Friday, January 9, 2015

AKIBAT STRESS PUNCA MUKA NAMPAK BERUSIA DAN CEPAT BERKEDUT

Assalamualaikum semua,

Pernah tak anda alamai stress yang melampau seperti benda yang anda hadapi tu tak boleh nak di selesaikan? Apa orang selalu cakap? Antara hidup dan mati. Tak perlu la sampai macam tu kot. Setiap perkara ada jalan penyelesaiannya. Kita orang Islam, Allah kan ada, Al-Quran dan sunnah panduan, guna untuk tenangkan jiwa. Stress punca muka anda akan cepat berkedut dan nampak lebih tua dari usia. Suka ke kita wahai kaum Hawa nampak lebih tua dari usia?Nak-nak plak orang cakap nampak lebih tua dari suami. Alahai...

Apakah itu Stress

Stres merupakan perkataan pinjaman yang bersal daripada perkataan bahasa Inggeris; “stress” yang membawa maksud tekanan, titik berat, dan ketegangan
tantion

PUNCA-PUNCA STRESS
=====================

1. SECARA SEMULA JADI

    i) Sensitif - Ada yang bersifat terlalu sensitif terhadap sesuatu perkara yang kecil. Perkara ini boleh berlaku sehingga mereka boleh bertindak di luar dugaan.
  ii) Pendesak - Sifat begini akan menjadikan orang di sekeliling tertekan akibat desakan yang berpanjangan. Ini akan lebih mengecewakan kepada mereka yang mendesak dan desakan mereka tidak berhasil.
  iii) Cerewet (Teliti) - Sekirannya anda ada sifat begini bukanya tidak elok, tetapi tekanan akan di rasai sebelum sesuatu perkara itu berlaku sehingga perkara tersebut selesai.

2. SITUASI DI TEMPAT KERJA

    i) Beban kerja berat - Sekirannya kerja yang di beri majikan masih belum dapat di siapkan, ia akan menjadikan kita lebih stress.
   ii) Hubungan dengan orang sekeliling - sekiranya kita berhubung dengan orang yang tidak rapat dengan kita dan terpaksa bergabung tenaga, maka keserasian itu tidak anda.
   iii) Dateline - setiap daripada anda yang bekerja mesti akan berasa sangat terteka apabila sesuatu projek itu perlu di siapkan pada tarikh yang telah dijanjikan.

3. PUNCA DALAMAN
    1)  HATI KOTOR - Penuh dengan perkara-perkara yang berdendam, bersangka buruk pada seseorang mahupun ABM sains. 

4) HUBUNGAN SESAMA ISLAM

    1. Rumah - masalah rumahtangga, kekurangan wang belanja makan untuk anak-anak. Kesian pada kes-kes yang anak lelaki membunuh @ mengkelas lehir polis SPU.
    ii) Tempat kerja - suasana di tempat kerja mungkin menjadikan kita tidak selesa. 

Saya sering mengalami stress bila malam malah kadang-kadang terbawak-bawak ke sekolah keesokkan harinya. Ini adalah kesan kerja dari pagi hingga kemalam. Selepas kenal Shaklee dan dapat tahu adanya supplement B-Complex untuk membantu mereka yang ada stress, saya mencuba. Alhamdulilla stress saya dapat di control.
 


Manfaat B-COMLEX=================
1.  Menukar makanan kepada tenaga
2.  Mengelakan rambut gugur dengan banyak
3.  Meredakan sengugut
4.  Baik untuk mata kerana ia dapat mengurangkan keletihan mata dan boleh di buang katarak mata.
5.  Mencegah Ulser 
6. Membantu tumbersaran 


Untuk makluman anda yang ingin mencuba B-Complex, Urin(air kencing) anda akan berwarna kuning. Anda tidak perlu risau. Ini kerana B-Complex merupakan supplement larut air.

Selain itu, B-Complex merangsang metabolisma dan menyebabkan tubuh kita meneluarkan haba, oleh itu, pengambilan air kosong atau pun teh herba sangat digalakkan.

Sekiranganya anda tidak mahu terus di bendung stress yang akan mengakibatkan muka anda nampak tua dan berkedut, elok di cuba B-Complex dari shaklee. Anda boleh sms/telegaram 0195139011(Awatif) pada saya untuk mendapat khidmat nasihat. In Sya Allah sy aka cuba untuk membantu.

Thursday, January 8, 2015

TIPS PENJAGAAN MUKA : RESEPI MASKER MUKA SEMUDAH 1 2 3 DENGAN BAHAN SEMULA JADI

Assalamualaikum semua,

Nak pergi SPA setiap minggu mahal kan?? Nak pergi sebulan sekali pun kadang-kadang kena buka purse dulu check cukup tak nak buat belanja hidup. Duit sekarang macam-macam nak guna. Akhirnya kecantikan diri di abaikan. Alahai jangan la gitu wahai Kaum wanita semua. Jom saya ajarkan cara mudah nak buat MASKER MUKA DENGAN BAHAN SEMULA JADI YANG MUDAH. Saya akan share beberapa resepi masker yang boleh anda buat sendiri di rumah dan ianya sangat menjimatkan duit

RESEPI #1 -
==========
1 SUDU     ESP 
1 SUDU     Plain Yogurt

* Mixkan kedua-dua bahan ini dan boleh pupurkan pada muka. Sebelum nak letak pada muka pastikan anda basuh muka terlebih dahulu. Tunggu beberapa minit sehingga kering bilas dengan air suam. Rasai perbezaan kulit selepas beberapa kali anda buat. Kulit semakin gebus gebas dan lembut bak selembut bayi.

RESEPI #2
==========
1 SUDU     ESP
1 BIJI        VITAMIN E
1 SUDU     Plain Yogurt

* Mixkan semua bahan ini dan boleh pupurkan pada muka. Cara yang sama seperti Resepi #1. Tunggu beberapa minit sehingga kering bilas dengan air suam. Rasai perbezaan kulit selepas beberapa kali anda buat. Vitami E berfungsi untuk memudarkan parut pada muka.

scrub


RESEPI #3
==========
2 BIJI     Alfalfa ( ditumbuk halus)
Sedikit    Air

* Boleh dijadikan sebagai scrub. Mixkan kedua-dua bahan ini dan boleh pupurkan pada muka. Bila hampir kering anda boleh gosokkan pupur anda seperti scurb. Tonyoh lembut agar segala kotoran dapat dibersihkan. Bilas dengan air suam. Anda dapat rasai perbezaannya. Kulit muka anda akan berasa sangat licin.

RESEPI #4
==========
1 BIJI    Vitamin C (ditumbuk)
Sedikit   Air

* Bahan-bahan itu di campur sehingga sebati dan pupurkan pada muka. Biar sehingga kering dan bilas. Rasai perbezaan kulit muka anda. 

RESEPI #5
==========
Putih telur  ---> sapu pada seluruh muka, dan biarkan sehingga kering dan muka rasa meneggang. Kemudia bilas dengan air suam sehingga bersih.Kalau tak anda akan bau hanyir dari telur tadi.

RESEPI #6
==========
Air Beras  --> rendamkan beras selama 30-60 minit. Kemudia toskan beras. Ambil sehelai tisu yang agakk tebal dan di buat lubang pada bahagian mata dan hidung serta mulut. Kemudia celupkan tisu tadi kedalam air beras dan tampalkan pada muka.Sebelum tu boleh perah dulu air pada tisu untuk elak dari meleleh. Biar dalam 15minit kemudian bilas sehingga bersih. 

RESEPI #7
==========
1Biji                 Pisang (blander/kisar)
1sudu makan    Madu

*Kedua-dua bahan di campur dan di kacau sehingga sebati. Sapu pada seluruh muka sehingga rata. Biarkan selama 15-20minit. Setelah masker kering, bilas dengan air bersih dan keringkan dengan tuala.


Saya paling suka RESEPI #3 SEBAB saya dapat jimat duit dari membeli scurb. Sambil saya ambil supplement ni untuk kesihatan badan dan kecantikan dalaman dan luaran, saya juga boleh jimat dengan membuat masker sendiri di rumah. 

Ada yang berminat nak dapatkan Alfalfa boleh SMS/TELEGRAM 019-5139011.Sekarang tengah ada Promo dari Shaklee tau!!!!. Beli 2 Botol dpat 5% lagi potogan. Jadi AHLI jauh lebih murah kan...

Kalau anda ada resepi masker yang best dan semula jadi jom share pada ruangan comment. Boleh kita banyakkan Resepi masker kita.



Tuesday, January 6, 2015

SEMBELIT PUNCA GEMUK

Assalamualaikum semua,

Ada di kalangan anda di luar sana yang sering mengalami SEMBELIT tahap nak nagis dalam bilik termenung?? Haha... Jangan gelak tau sebab memang ada yang mengalaminya. Sangat tersiksa proses pembuangan air besar waktu itu. Pernah juga saya dengar yang kadang-kadang ada yang tak boleh buang air besar sehingga seminggu. Lama tu. Boleh tahan ke perut, tak sakit kepala ke atau sebu perut?? Saya paling lama mungkin 3hari. Itu pun sangat mengelisahkan Sebab kita makan makan dan terus makan. Tapi tidak pula membuang. Time tu mula rasa badan akan GEMUK akibat SEMBELIT. 


sembelit shaklee
 
SEMBELIT juga bukan hanya dialami si kecil, tetapi turut dianggap biasa bagi wanita serta warga emas melebihi 65 tahun. Seseorang itu dikatakan mengalami SEMBELIT jika membuang air besar hanya dua kali seminggu atau kurang. Ia turut dikaitkan perbuatan meneran ketika membuang air besar.

SEMBELIT PUNCA MENGEMUKKAN?

SEMBELIT boleh terjadi akibat beberapa perkara :

1.  Kurang mengambil serat dalam makanan sekurang-kurangnya 20-35 gram sehari.
2.  Kurang minum air
3.  Boleh juga berkaitan dengan hormon seperti datang haid ataupun mengandung
4.  Kurang bersenam atau melakukan pergerakan
5.  Gemar makanan berlemak dan gula.
6.  Emosi tak stabil 
7. Kesan pengambilan sesetengah ubat seperti ubat batuk yang mengandungi codeine, diuretik, anti-histamine, anti-depressant, ubat gastrik yang mengandungi aluminium atau kalsium.
8.   Otot perut dan usus semakin lemah (warga tua)

Kesan daripada sembelit boleh menyebabkan lemak, toksin dari makanan yang kita ambil berkumpul dan terus melekat pada dinding usus dan akhirnya menyebabkan kegemukan. Ini sering berlaku pada saya, sukar membuang pada waktu yang tetap.

Seeloknya setiap hari kita perlu membuang air besar kerana setiap hari kita akan makan. Jika anda mengalami sembelit tahap yang melampau, boleh cuba Herb Lax. 120 BIJI DENGAN HARGA RM52.50. Sejak saya kenal dengan supplement ni kerna ia membantu memudahkan proses pembuangan najis saya SETIAP HARI. Saya juga berjaya turun 5KG. Happy kan diri anda dengan Herb lax.

Alhamdulillah lepas dah amalkan setiap malam 3 biji, lama-lama dengan sediri waktu pagi memang akan ke toilet membuang dengan mudah. Dan yang PALING BEST... bila sehari boleh 2X membuang dengan senyuman. Herb Lax dapat membuang sisa toksik dalam badan dan MEGEMPISKAN PERUT. Serius hati memang rasa seronok. 

Perempuan mahupun lelaki nak perut kempis kan. Boleh cuba. SERONOK TAK PERUT KEMPIS??Haha.. siapa yang takmau perut selim melimkan. Kalau ada yang berminat boleh SMS/telegram Awatif - 0195139011

SEMBELIT BUKAN LAGI SEBUAH MIMPI NGERI (^__^)

SAKIT KEPALA MELANCONG KE LANGKAWI

Assalamualaikum semua

Sakit kepala tak bila anda travel? Hari tu dah puas jalan sakan ke Langkawi. Habis shopping sakan nasib ada duit buat tambang ferri. Kalau tak dah kena pindah mengajar Langkawi.Hari-hari boleh shopping coklat. hehe... Bestkan?? Nak shopping barang-barang dapur contoh pinggan mangkuk, periuk belangan yang brand memang murah. Sebab before nak ke Langkawi saya dah survey harga periuk Tefal (salah satu target nak ke Langkawi) memang jauh beza harga di pasaraya yang ada di Penang. Sakit kepala over shooping pun ia juga.

Pengalaman ke Langkawi kali ni memang seronok sebab dapat luangkan masa yang agak lama. Jadinya puas la pusing satu pulau walaupun ada beberapa tempat yang tak sempat nak lawat. Tapi memang awal-awal dah plan dengan Along, tempat mana je yang akan kita orang buat lawatan.

HARI 1
Bertolak dari PENANG ke KUALA KEDAH .

Kita orang park kereta dekat rumah mak saudara so jimat dan yang penting selamat. Sehari parking RM10 kalau tak silap di Jeti Kuala Kedah.Tapi kena hati-hati. Kalau anda nak park kenderaan anda make sure tempat tu memang selamat. Kami naik ferri jam 6 petang sampai ke Langkawi jam 7.30 malam.Feri terakhir dari Kuala Kedah kul 7malam. Di Langkawi, kami sewa homesMurah juga RM150 semalam. Walaupun bukan betul-betul di Pekan Kuah, tapi homestay ni masih dalam kawsan pekan Kuah. Dekat je sebab ada kenderaan sendiri. Oh, Abg. Adli(abang ipar) dah call awal-awal pada Cikgu Jan(kereta sewa) nak sewa kreta untuk 4 hari 3Malam. So bila benda dah plan ni memang sangat menjimatkan masa dan duit. Siapa-siapa nak no call homestay or kereta sewa boleh tanya saya.


HARI KE2
NAIK BOT KE KILIM GEOFOREST PARK + PANTAI TENGKORAK + WINDOWSHOPPING

Kami satu family ada 7orang, so bincang dengan Along kita akan book untuk 1 bot.1bot boleh naik 8 orang. Nak maklumat mengenai KILIM GEOFOREST PARK bleh klik sini. Ada details mengenai sewa bot dan tempat-tempat yang kita akan lawati. Pusing pulau-pulau naik bot. Kejap slow kejap laju..Hadoi la rasa.... Kami pilih pakej 3jam, dan kebetulan cuti sekolah ada harga promosi. 

shaklee


Tengah hari dah habis round Kilim Geoforest park, kita orang pergi Pantai Tengkorak. Sebab budak-budak tak puas nak mandi di pulau tadi. Lepak sana dalam 2jam. Biasalah area hutan ni ada saja la monyet-monyet. Saya bukan boleh, takut. Naik pening plak rasa. 

Aktiviti petang orang perempuan apa lagi, kita window shopping di Haji Ismail Group n Idaman Suri.Saya,Along, Husnun Abg Adli just pergi survey harga dulu. Masa banyak untuk jalan-jalan. Budak-budak tinggal di homestay sebab letih dah nak jalan. Diaorang pun tak minat nak shopping ni, kecuali nak beli coklat.

HARI KE3
GUNUNG MACHINCANG & SHOPPING LAGI

Seawal 8pagi kami dah keluar rumah terus ke Gunung macincang untuk naik Cable car. Along awal-awal lagi dah surender tak nak naik, gayat katanya. Saya tak la gayat tempat tinggi tapi dalam cable car tu yang tak boleh tahan. Rasa nak meloya dan pening sebab angin dok tiup bagi goyang-goyang. Sangat tinggiiiii.... Time dah nak turun tu Alhamdulillah cepat je rasa berlalu.haha...

langkawi


Petang tu aktivit shopping lagi. Tapi di sebabkan hari Jumaat, Idaman suri tutup. So kami ke Hj. Ismail. Petang tu terus ke Pantai Cenang tengok Sunset.. Subhanallah cantik sangat.

langkawi


Hari ke4
Shopping Last day +BALIK

Kepala dah rasa ting tong, mual-mual perut rasa sebu semua ada. Maunya tak sebab naik bot pusing pulau, naik cable car, aircond panas sejuk tak menentu. Nasib dah prepare awal-awal stok Papremint Ginger untuk buang angin. Ginger atau Halia memang terkenal daam masakan orang Melayu. Salah satu fungsi halia ialah untuk buang angin. Selalu travel mesti ada stok Papermint ni. Senang nak bawak dan sangat best. Lepas ambil 3 biji lepas makan, angin dari segala sudut keluar dari badan.Hahaha..   Balik tu naik feri pula bergelora. Kan musim hujan lebat sekarang ni. Waktu tu berdoa banyak-banyak pada Allah semoga kami semua selamat sampai. Alhamdulillah semuanya selamat. 

Kalau anda jenis badan berangin dan sakit kepala yang menganggu kerja, boleh cuba Papermint ginger ni. Sangat berkesan untuk hilangkan angin. Sebotol ada 90 Biji dengan harga RM45 SAHAJA. BILA NAK MAKAN?? Bila perlu sahaja. Kalau berminat boleh call or SMS/Telegram saya 019-5139011- Awatif samat




Sunday, January 4, 2015

BERTENAGA MEMBUAT KERJA WALAUPUN LETIH BEKERJA SEHARIAN

Assalamualaikum semua.

Hari minggu anda semua plan aktiviti apa hari ni??Rehat sepenuh masa ke? Kerja harian yang banyak sangat memenatkan. Betul tak? Cuba bayangkan untuk kaum wanita, bangun pagi, mandi & solat subuh, kemudia sediankan breakfast untuk family, sediakan bekal untuk anak-anak. Dah sampai tempat kerja tengok kerja yang tertangguh kelmarin, pastu datang lagi kerja baru, kena outstation, lawat site. Balik rumah ingat boleh rehat, tetapi hakikatnya tidak. Sambung lagi tengok rumah, kemas apa yang patut, masak sediakan makan malam pula. Lipat baju, basuh baju sidai baju.... Haiii.....PENATKAN!?! Rasa maca tak cukup tangan nak uruskan semua hal. Esok bersambung lagi kerja tersebut dan seterusnya...

tertidur waktu bekerja


Dulu saya pun macam tu cuma kurang sikit sebab saya belum kawin,so takda la merasai lagi kalut jaga suami dan anakkan. Tapi saya ada beratus-ratus anak di sekolah n tuisyen.Sangat memenatkan sebabnya banyak kerenah yang perlu di ikut. Selepas saya kenal satu produk ni, saya rasa perubahan tenaga. Saya sekolah swasta jadi masa pembelajaran kami berbeza dari sekolah harian biasa. Sekolah bermula seawal jam 7.30 - 4.10 ptg setiap hari. Balik sekolah saya sambung dengan kelas tuisyen dari jam 5.30-7.00petang. Dapat rehat sekejap waktu magrib, jam 8 saya sambung kelas tuisyen jam 8.15-9.45 malam. Dah habis kelas settle apa yang patut samapi kul 12 kekadang tu baru dapat tido. Esok dalm kul 5pagi bangun dan rutin yang sama setiap hari.. 

DAUN APA YANG HEBAT NI??
==========================

Saya mencari supplement untuk kurus.Saya ambil full set ye. Dalam full set tu ada ALFALFA ni. Kenapa alfalfa ni di katakan daun yang hebat sehingga boleh membantu memberi saya tenaga untuk cergas setiap hari.

ALFALFA ni juga di kenali sebagai "Raja Segala Tumbuhan". Alfalfa(Medicago Sativa) di tanam secara organik yang bebas dari bahan perosak, herbasid dan menggunakan baja bebas kimia.  

Dr. Forrest C. Shaklee telah menggunakan tumbuhan ALFALFA sejak tahun 1950-an. Tumbuhan ini mengambil masa sekurang-kurangnya 2 tahun untuk membesar dan akar tunjangnya boleh mengunjur sedalam enam meter ke bawah mampu menyerap pelbagai zat dan mineral daripada mendapan di dalam tanah. 

Daun ALFALFA dari Shaklee yang telah matang akan di tuai dan daun yang matang kaya dengan klorofil. Daun- daun ini akan di keringkan dengan angin semula jadi bagi mengekalkan nutrisi yang terkandung di dalamnya. Daun - daun ini di keringkan sehingga menjadi serbuk dan kemudian akan dikompres menjadi serbuk. Segala proses penghasilan produk ini sangat dikawal rapi oleh Shaklee bagi menjamin mutu dan kualiti ALFALFA COMPLEX.

Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik tidak digalakan untuk mengambil supplement ini. Seeloknya anda perlu mendapatkan nasihat pakar.

alfalfa shaklee


KEBAIKAN ALFALFAL COMPLEX SHAKLEE
====================================
1.  Kaya dengan vitamin dan mineral 
      > ALFALFA SHAKLEE mengandungi vitamin B, C, E dan K dalam jumlah seimbang.
      > Ia juga mengandungi mineral Kalsium, Magnesium, Kalium, Fosforus dan Zat besi.
    > Selain itu, Alfalfa shaklee juga mengandungi Flourida, Protien, Mineral Surih, Serat, Asid Lemak dan Antioksidan.

2. Alfalfa bermanfaat dalam penyerapan protien dan karbohidrat.

3. Alfalfa juga bertindak sebagai pembersih darah.


Manfaat ALFALFA kepada kesihatan.
============================

1.  Tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian
2.  Melegakan sakit sendi dan belakang.
3.  Menghilangkan kelesuan dan tekanan.
4.  Mencuci usus bagi membuang toksik.
5.  Memberi kelegaan semasa haid(untuk wanita)
6.  Membesar dan menegangkan payudara (untuk wanita)
7.  Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri.
8.  Memulihkan urat selepas bersalin.
9.  Membantu masalah penghadaman dan penyernaan.
10. Melegakan sembelit
11. Membuang angin dalam badan
12. Milk Booster
13. Meneutralkan asid dalam badan
14. menyingkirkan lemak dan kolestrol

Banyak lagi kelebihan Alfalfa yang tidak dinyatakan di sini.

Selain itu, Alfalfa ini juga boleh di gabungkan dengan beberapa supplement shaklee yang lain untuk mendapat kesan yang lebih baik.

1. Alfalfa + ESP = Milk booster & Mencantikan kulit
2. Alfalfa + Herb Lax = Detok yang sangat best
3. Alfalfa + Omega = Kuruskan badan
4. Alfalfa + Lecithin = Kuruskan badan

Bagi sesiapa yang mengambil Alfalfa perlu di ingat, kena rajin minum air masak sekurang-kurangnya 3Liter sehari.

Berminat dengan ALFALFA?

Oh ya Alfalfa Complex ni di datangkan dengan 2 saiz.
1. Saiz kecil  -->  330biji hanya RM53.00
2. Saiz Besar --> 700 biji hanya RM97.00

Berbaloi tu sebab banyak. Jimat duit kita.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=14719e695e2aed484baff9d12f29bd2d

Boleh Hubungi saya.
Awatif Samat : 1114858
SMS/ Telegram : 019-5139011
FB : awatifsamat
Email : awatifabdsamat@gmail.com
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win

Saturday, January 3, 2015

LAKSA JOHOR YANG MENGANCAM DI PULAU MUTIARA

Assalamualaikum semua.

Salam Maulidur Rasul. Mari kita selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad

صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi

صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad

صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi

Apa Khabar semua.. Hari ni ramai yang bercuti. Apa aktiviti anda semua? Lepas habis entry ni saya nak sambung balik cat dalam rumah. Mama mintak cat ruang rehat tengah pula. Kalau lambat cat kena marah pula.hehe.. Sebab kalau bab berjalan memang saya nombor satu, tapi kena la bagi siap kerja yang tertangguh ni dulu. Saya kena cat sorang-sorang tau.  
     This week dah bertungkus lumus cat kelas, susun meja, hias kelas di sekolah. Itu  pun masih belum habis sepenuhnya. Saya sangat memerlukan tenaga tambahan. Ok Hari ni saya nak belanja anda semua resepi Laksa Johor versi mama saya sendiri, so kalau berbeza dengan resepi orang Johor, harap maaf ye. Kami orang pure Penang, tapi mama saya memang pandai masak laksa Johor, hinggakan dah jadi menu utama setiap kali Raya Adil Fitri & Raya Haji. Mesti di cari-cari oleh saudara mara. hehe...

BAHAN-BAHAN KUAH LAKSA :
===========================
3 Kg                Ikan Kembung( Ikan parang pun boleh) di rebus dan di ambil isi ikan
10 biji              Bawang besar ( dikisar)
4@5 kuntum   Bunga Kantan ( 3untuk di masak & 2 untuk hiasa sewaktu makan)
3 Keping         Asam keping
1/2 paket         Serbuk kari ikan
5 sudu             Serbuk cili 
2 sudu kecil    Garam
1/2 Kg             Santan pekat
4 cawan           Air ( bergantung kepada kelikatan kuah)


BAHAN-BAHAN LAIN :
====================
1 paket           Spaghetti (untuk 6 -7 orang makan)
1 Biji              Timun ( dibuang kulit dan di hiris isinya macam buang kulit apple)
2 Kuntum       Bunga Kantan ( dirincik halus)
4 biji               Limau ( untuk diperah sewaktu makan)
                       Taugeh


CARA MEMASAK KUAH :
======================
1. Masukan minyak dan tumis sedikit bawang.
2. Kemudian masukan rempah dan beberapa sudu serbuk cili yang di bancuh bersama sedikit air.
3. Setelah mengelegak masukkan bawang dan isi ikan yang telah di kisar. Masak sehingga mendidih.
4. Masukan santan serta air. Anda boleh mengagak kelikatan kuah laksa yang diinginkan. 
5. Setelah mendidih bolehlah di masukan bunga kantan yang di belah 2 bersama dengan asam keping kedalam kuah laksa tadi.
6. Akhir sekali anda boleh masukkan garam secukup rasa. Manis daripada isi ikan serta bawang sudah memadai. Tidak diperlukan tambahan MSG, tidak baik untuk kesihatan.


SPAGHETTI DAN RENCAH LAKSA :
===============================
1. Didihkan dahulu air di dalam periuk. Setelah mendidih masukkan sepeket Spaghetti dan rebus sehingga lembut.
2. Untuk bahan-bahan rencah di atas laksa, potong timun. Buang kulitnya. Macam mana nak potong ni ada gambar saya snap. hehe...
laksa johor
Cara memotong timun untuk Laksa Johor

3. Rincik halus bunga kantan.
4. Belah dua untuk limau. Ini terpulang bagi yang inginkan rasa pedas manis masam. 
5. Taburkan taugeh sebagai hiasan.

HASILNYA

resepi laksa
Laksa Johor

Alhamdulillah dah kenyang makan laksa johor tiba-tiba rasa bersalah pula. 
  
     Habis diet saya. Makan benda berlemak pulak tu, tapi di sebabkan favorite memang tak boleh nak di lepaskan. Tak perlu risau sebab saya pengamal tegar OMEGA GUARD dari shaklee. Apa fungsi omega ni sehinggakan saya tidak langsung tolak untuk makan benda yang ada santan ni..  Anda boleh baca entry saya mengenai kehebatan OMEGA GUARD dalam membakar lemak untuk KURUS.

ANDA nak tahu rahsia saya boleh maintain berat badan dan terus hilang KG dengan produk shaklee??

Hubungi saya :
Awatif Samat : 1114858
SMS/ Telegram : 019-5139011
FB : awatifsamat

ATASI LENGUH BADAN DAN LUTUT KALAU TAKNAK CEPAT BERTONGKAT

Assalamualaikum semua sahabat

Semakin meningkat usia semakin banyak penyakit yang datang. Salah satu daripadanya ialah sakit-sakit sendi ataupun lenguh-lenguh badan terutama di bahagian pinggang, bahu, lutut dan seangkatan dengannya. Mesti ramai di luar sana yang mengalamai masalah yang sama.  Saya baru masuk awal 30an dah rasa lenguh-lenguh sakit pinggang bila duduk bersila lama-lama buat kerja di atas lantai. Kadang-kadang rasa nak menagis pun ada bila waktu nak bangun dari bersila sebab terasa macam umur dah 60 tahun. Waktu tu macam nak patah pinggang je rasa. Taknak la bertongkat di usia mudakan.


back pain

Saya sering mengalami lenguh badan terutama pinggang dan bahu. Bila saya fikirkan semula apa puncanya ialah : 

1. Kekurangan Kalsium- Waktu saya kecil dulu memang jarang minum susu. Jadi ini adalah salah satu punca saya rasa mudah lenguh-lunguh badan sekarang. Bagaimana hendak mengesan badan kita kekurangan kalsium?
  •   Kekejangan atau kram otot
  •   sukar/susah nak tidur
  •   Perasaan berdebar2
  •   Eczema-penyakit kulit
  •   Rapuh kuku
  •   Sakit Sendi
  •   Tekanan darah tinggi
  •   Gigi reput
  •   Paras Kolestrol tinggi
  •   Kebas-kebas kaki dan tangan
  •   Rheumatiod arthritis
  •   Rickets    


2. Membuat kerja-kerja berat seperti kerap mengangkat beban. Di rumah saya tinggal denga parents. Parents agak berumur, jadi setiap kerja yang berat di dalam rumah saya yang akan buatkan. Itu pun ikut kalau saya terdaya.

    >> Untuk makluman anda semua, mereka yang sering atau kerap melakukan kerja-kerja mengangkat beban mudah untuk mengalami lenguh-lenguh badan terutama pinggang.Cara kita mengangkat beban dari lantai juga adalah salah satu punca sesorang itu cepat mengalami lenguh pinggang atau kalau silap haribulan boleh tergeliat juga.

angkat kotak dengan cara yang betul


                                                  Cara yang betul


                                                             Cara yang salah
   >> Selain daripada itu, kita orang perempuan yang selalu sibuk di tempat kerja dan balik buat kerja rumah lagi, kemas rumah, sapu sampah, mop lantai juga akan mengakibatkan badan cepat lenguh. 

>> Dulu zaman sekolah selalu angkat beg sekolah berat-beratkan?? so ini juga merupakan kesan jangka panjang yang kita akan alami waktu usia menjangkau 30an. Jadi, bayangkanlah anak-anak kita yang setiap hari perlu mengalas beg sekolah yang mungkin antara 5-10 Kg.. Alahai... Sama berat dengan beras. 

3. Cara berjalan
 >>  Saya jalan agak bongkok kadang-kadang dan pernah di tegur oleh along. Bukanla bongkok macam nenek-nenek si bongkok 3, tapi lebih kepada posture bahu dalam keadaan malas. Jadi bila saya tersedar saya akan cuba tegakkan badan waktu berjalan. Pada mulanya agak letih, tapi bila di fikirkan risiko pada hari tua, saya usaha juga. Kesan daripada mengalas beg sekolah.


walking
                                                     
standing


4. Cara tidur. 

   >> Kita mungkin tidak sedar cara kita tidur juga boleh menganggu dan mengakibatkan lenguh badan dan bahu. Dalam Islam sendiri kita di sunahkan Rasulullah SAW untuk tidur secara mengiring sebelah kanan menghadap kiblat. 


sleeping position

Jadi bagi mengatasi masalah ini dari terus berlarutan, saya telah mengamalkan Ostematrik setiap malam sebanyak 4 biji. Alhamdulillah selepas mengambil dalam 2 hari saya dapat rasai kebaikannya. Lenguh-lenguh badan juga telah hilang. Saya rasa lebih segar dan mudah untuk saya bangun pagi. Ostematrik ni berfungsi untuk membantu saraf berehat dan memudahkan kita tidur pada waktu malam. Sekirangnya anda mengalami ezema atau anak anda, boleh juga di ambil untuk kanak-kanak tetapi hanya sebiji setiap hari.



Bagi sesiapa yang mengalami sakit-sakit lutut terutama ibu dan ayah kita yang sering mengadu sukar untuk rukuk dan sujud atau berdiri waktu solat, saya cadangkan anda beri mereka Set Sendi iaitu Ostematrik, Omega Guard dan Advance Joint Health Tablet (AJHT). 
 

Anda juga boleh baca Tips menjaga Tulang Belakang- Backbone
Segala gambar di ambil dari Mr. Google

 Anda pasti tidak mahu bertongkat pada usia muda mahupun sudah tua kelak. kita ingin kelihat sihat dan bertenaga walaupun sudah berusia 60-70 tahun.

Berminat dengan Ostematrik dan Set Sendi.

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=019876c43e8893dbb2d1cbbac77eb59b

Boleh Hubungi saya.

Awatif Samat : 1114858
SMS/ Telegram : 019-5139011
FB : awatifsamat
Email : awatifabdsamat@gmail.com

Saturday, November 8, 2014

KURUS BERSAMA OMEGA GUARD

Assalamualaikum semua.

       Minyak ikan atau Fish Oils Omega 3 sebenarnya sangat popular di kalangan kanak-kanak. Kalau di Malaysia ni zaman saya kecik dulu-dulu, brand minyak ikan yang popular Scott's Emulsion. Dari pengalaman saya dulu para ibu akan beri anak-anak minyak ikan untuk perkembangan otak dan juga mata kerana minyak ikan mengandungi Omega-3 Fatty Acids yang menjadi sumber DHA dan EPA yang dapat membantu anak-anak dalam proses pembelajaran mereka. Bagaimana pula Omega 3 dapat membantu dalam proses penurunan berat badan atau proses pembakaran lemak?

Lecithin

     Menurut kajian sains, sebenarnya berdiet dengan mengambil Omega3 yang kaya dengan DHA menghentikan penukaran sel-sel pra lemak kepada sel-sel lemak. Proses ini membantu mengurangkan pengumpulan lemak badan. Ini membolehkan kita :

   1. Turun berat badan dengan lebih cepat
   2. Membakar lemak dengan lebih banyak
   3. Mendapat jantung yang lebih sihat
   4. Menurunkan index Obesiti

Lemak Baik di perlukan oleh badan kita bagi membolehkan ia mengurai dan membakar lemak jahat yang terkumpul. Bagaimana hendak mendapatkan Lemak Baik? 
    Contoh sumber makanan yang kita boleh amalkan ialah dengan memakan 
   3oz   ikan salmon, 
  1/8     cawan walnut, 
            sardin, 
   1       sudu teh flaxseed, 
   1/2    cawan tofu, 
   1       biji telur yang kaya dengan Omega3. 


Omega Guard Shaklee 
    Kelebihan Omega guard di di hasilkan dari extrak dari ikan laut dalam dan berair sejuk ( sardin, mackerel- ikan kembung, herring dan anchovies - ikan bilis). Omega 3 dari Shaklee mengandungi 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan minyak hati ikan yang lain dan iasatu-satunya minyak ikan omega paling tulen lengkap dengan 7 jenis asid lemak omega 3 semula jadi termasuk EPA, DHA dan ALA. Omega guard shaklee di hasilkan daripada kaedah ultratulen bergred farmaseutikal berteknologi tinggi. Kaedah ultratulen adalah proses penyulingan proprietari 3 molekul untuk mengextrak omega 3 yang tulen dan menyingkirkan bahan bahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin dan PCB. 
1 biji Omega guard Shaklee membekalkan 950mg asid lemak omega 3, EPA dan DHA

Cara makan Omega Guard

   Maximum sehari tidak boleh lebih dari 3 biji ye. Omega guard digalakkan diambil SELEPAS makan untuk rasa kenyang lebih lama dan membantu proses pembakaran lemak dengan lebih cepat.
Antara manfaat Omega Guard :
  1. Omega 3 mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon PMS wanita
  2. Melicinkan kulit dan kelihatan kemerah-merahan
  3. Omega 3 dapat elakan strok
  4. Membantu mengurangkan ketegangan urat leher
  5. Mengurangkan sakit kepala
  6. Merendahkan kolestrol
  7. Omega 3 dapat mencegah pembekuan darah dalam badan
  8. Kekalkan tahap kesihatan trigleserida dan kolestrol LDL ( Kolestrol jahat)
  9. Bagus untuk ibu-ibu hamil kerana dapat membantu tumbesaran dan perkembangan otak 
      janin.
10. Meningkatkan perkembangan memori janin dn kanak-kanak
11. Omega 3 dapat memperbaiki masalah alahan kiulit seperti eczema
12. Membantu menentang kanser paru-paru, payudara, kanser prostat dan kanser kolon


omega guard

   SID Shaklee anda
Awatif Samat - 1114858
COD Sbrg Perai Utara
PoS seluruh Malaysia

Friday, September 26, 2014

Cabaran 30 hari blogging day 7 : APA YANG SAYA BACA?

ASSALAMUALAIKUM SEMUA.

     Terima kasih kepada korang yang rajin singgah baca blog saya yang banyak kekurangan ni. Entry hari ni "APA YANG SAYA BACA?". Kebetulan sekarang saya sekarang tengah baca 3 buku sekali arung, tengok pada mood semasa nak baca yang mana. Tamak tak?? Tak baca buku satu-satu bagi habis.Kalau Novel mungkin akan baca bagi habis, 1 hari baca pun sanggup sebab nak tau kesudahan,tapi skip juga muka suratnya. Buku yang saya nak share ni berbentuk ilmiah, kalau novel review saya bukan pembaca novel yang tegar. maap ye...
 
  1) 44 Wanita Solehah Dambaan Syurga


muslimah

       Kisah yang sangat menarik dan menjadi dambaan setiap Wanita hari ini. Ingin menjadi seperti mereka insan-insan terpilih. Buku ini banyak menceritakan wanita-wanita solehah zaman Rasulullah. Ada 44 orang wanita iaitu Zinnirah, Rabiatul Adawiyah, Masyitah, Ummu Habibah, Asiah Binti Mahazim, Asma' Binti Yazid, Kabsyah Binti Rafi', Ummu Sulaim Binti Milhan, Fatimah Binti Muhammad, Asma Binti Abu Bakar, Ruba'i Binti Ma'uz, Sumayyah binti Khubath, Zainah Al-Jahsi, Khadijah binti Khuwailid, Sufiyyah Binti Huyai, Hafsah Binti Umar, Saudah Binti Zam'ah, Hawwa binti Yazid, Khansa' binti Amru, Ummu Fadhal, Ummu Waraqah binti Naufal, Ummu Syuraik al-Qurasyiah, Nusaibah binti Ka'ab, Khaulah Binti Tsa'labah, Maria al-Qibtiyyah, Zainab binti Abu Salamah al-Makhzumiyah, Zainab binti Ali, Ummu Ruman, Ummu Haram binti Mulhan, Amah binti Khalid, Hindun binti Utbah, Syifa' binti Abdullah al-Adawiyyah, Khaulah al-Azwar, Aminah binti Wahab, Salma binti Sakhr, Maryam binti Imran, Siti Hajar, Ummu Hani binti Abu Talib al-Hasyimiyyah, Rufaidah binti Saad al-Asalmiyah,  Hindun binti Amru, Safiyyah binti Abdul Muttalib, Ummu Zar al-Ghifariyah, Ummu Sinan al-Aslamiyah, Aiman al-Habasyiyyah. 
  
    Wanita-wanita yang SANGAT HEBAT dengan peristiwa yang HEBAT sehingga mereka menjadi dambaan Syurga. SubhanaAllah.. Semoga kita dapat menjadi Muslimah Solehah. AMINN..

    2) 33 Pesan Nabi - Jaga Sikap, Raih Kebaikan : Vol 3 


Buku Ilmiah

        Buku ni sangat santai bila baca dan mudah untuk meresap dalam fikiran. Buku ni di buat dalam bentuk komik. Komik Hadis Bukhari - Muslim. Ini siri 3, yang siri 1 dan 2 saya tak beli lagi. In sya Allah akan cuba dapatkan nanti. Kebetulan nak bayar buku di kaunter Hasani Aeon Big, Sbrg.jaya, buku ni ada di letakan di kaunter bayaran. Macam menarik terus grab bayar. hehe.. Kadang-kadang tu beli tapi tak sempat nak baca. Fuhh.. kena perbaiki diri untuk membaca buku-buku yaang di beli. 
      Buku ni di tulis oleh penulis dari seberang. Jangan risau dengan bahasa kerana mudah untuk di fahami sebab bahasa Melayu. Tak banyak penulis menggunakan bahasa Indonesia kecuali dalam dialog dalam 20% ja. 

    Sedikit perkongsian dari buku Hadis ini : 

          Diriwayatkan oleh Asma binti Abu Bakar Ash-Siddiq (salah seorang 44 wanita dambaan Syurga) dia pernah mendatangi Nabi, Asma berkata,

      "WAHAI NABI! SAYA TIDAK MEMPUNYAI SESUATU KECUALI YANG TELAH AZ-ZUBAIR BERIKAN KEPADA SAYA, APAKAH SAYA BERDOSA JIKA SAYA MEMPERUNTUKKAN SEDIKIT UNTUK SEDEKAH DARI PEMBERIAN AZ-ZUBAIR ITU?".

    Beliau menjawab, " SISIHKANLAH SEDIKIT UNTUK KAMU, SEDEKAHKAN SESUAI DENGAN KEMAMPUANMU, DAN JANGAN DIINGAT-INGAT SEHINGGA ALLAH MENGINGAT (KEDEKUT) KEPADAMU. " (HR. MUSLIM)

    Apa yang boleh di kongsi disini, kita jangan berkira dalam memberi sedekah, jangan risau dengan bersedekah kita akan kekurangan rezeki, TIDAK!!!.. Rezeki milik Allah SWT.. in sya Allah.. Jika kita memberi, Allah akan beri lebih lagi pada kita.

* buku ni dah habis baca sewaktu entry ini bersambung untuk di siapkan..hehe..

3) SuperFoods HealthStyle: Proven Strategies for Lifelong Health 


health food

    
    Buku ni beli dah lama. Beli time Garage Sale, murah kot 10cent kot eh ke 50cent ke $1. tak ingat dah. haha..Baru-baru ni tengah kemas-kemas barang, terjumpa balik. Selak-selak terus buka page Soy. Tetiba teringat ESP Shaklee (Soy Protein Isolate Powder). Apa lagi pulun baca. Banyak info dari buku ni. so kena teruskan membaca dan gali lagi apa makanan yang baik untuk tubuh badan kita.

   Apa buku yang korang baca?? Share sikit.