Sunday, February 21, 2010

** Happy Birthday BABA **

Assalamualaikum semua..






Genaplah hari ini usia Abdul Samat B Hassan @ Baba yang ke 64 Tahun.. A***** di rahsiakan gelaran aku okey..hehe doakan semoga Baba di murahkan rezeki lagi tahun ini and dapat mengerjakan Umrah dengan Mama seperti yang Baba hajatkan dan juga dapat pergi Honeymoon di China...haiisshh..nak ikutt... jangan lupa bawak A***** lagi...lalaa...sure ada yang jeles lagi sebab percutian ke US last year 100% aku di sponsor oleh Baba... =) Thanx so much...

Last year genap usia Baba 63Tahun, baba cakap, sama usia dengan Nabi Muhammad wafat..tapi hari-hari aku doakan supaya panjangkan usia kedua ibu bapa aku supaya aku dapat membalas jasa mereka selama ini yang tidak dapat aku balas hingga ke akhir hayat aku...ohh..aku sebak...tisu-tisu.. Aku juga berdoa agar mereka dapat melihat hari bahagia aku and Baba mengAkadkan hari pernikahan aku nanti..jeng-jengg...bila tu??


Perasaan Kesayangan makna nama aku Awatif ingin membuat kenyataan disini :


Dengan penuh PERASAAN SAYANG pada BABA aku menghadiahkan.....muaahhh228374827397123953296 juta ribu billion million kali ...


SEKIAN!!..

notakaki : Sayangilah kedua ibu bapa anda selagi mereka masih ada... peace...

Saturday, February 20, 2010

** Chocalate Mini Cupcake **

Assalamuaalikum .

Entry ni aku tujukan pada Wahida aka Ida. aku upkan picture mini cupcake ni nak bagi dia tengok hasil mini cupcake aku, so kalau dia berpuas hati, akan di tempah untuk majlis perkahwinan dia nanti in June.. TAHNIAH Ida...

sesiapa yang berminat nak tempah pada aku pon boleh.. email saya di awatifabdsamat@gmail.com ..Terima kasih... =)





Friday, February 19, 2010

** Apricot Pie **

Assalamualaikum semua...

entry untuk this week..so just nak up entry pasal Apricot Pie yang aku wat last week actualy,but ni baru berkesempatan untuk up kat blog..

resepi doh aku ambil dari Kak Hana time aku buat Orange Yogurt Tart. Ok resepi tu aku tak up lagi dalam ni..hehe...sebab picture yang aku capture tak baper memuaskan hati aku yang berbentuk heart ni..so nanti aku buat lain cantik-cantik and aku up sekali dengan resepinya okey..

Bahan-bahan :
  • Bahan A
  • 200gm butter
  • 100gm gula aising ( aku letak 80gm - tak suka manis-manis)
  • 1/4 sudu teh esen vanilla
  • Bahan B
  • 1 biji telur
  • Bahan C
  • 420gm tepung
  • 1 sudu besar susu tepung
Bahan-bahan untuk filling:

1 Tin Apricot (kalau nak tambah buah-buahan lain pun boleh)



Cara-cara :
Masukkan Bahan A kedalam mangkuk adunan gaulkan kesemuanya dan kemudian masukan Bahan B.. Gaul lagi dengan jari jemari korang yang lembut itu, last masukkan Bahan C sehingga adunan menjadi seperti doh dan pastikan adunan tidak melekat pada mangkuk adunan. masukan adunan ke bahagian frozen selama 1jam.

Untuk pie aku ni, aku tak menggunakan acuan pie yang khas, itu yang pie aku ala-ala tapau kueh letak dalam tisu..huhu... so agak sudah 1jam keluarkan doh, and bolehlah korang memulakan bakar membakar...jangan bakar rumah sudeeehh... bakar dalam 190C dalam 30min, tapi korang boleh bakar dulu doh tersebut dalam 15min then baru letakan filling kemudian bake semula dalam 15min..jangan lupa cucukan permukaan doh dengan garfu ya... Selamat mencuba...


Sunday, February 14, 2010

** Ketika Cinta Bertasbih - Melly Goeslow feat Amee **

Bertuturlah cinta
Mengucap satu nama
Seindah goresan sabdamu dalam kitabku
Cinta yang bertasbih
Mengutus Hati ini
Kusandarkan hidup dan matiku padamu

Bisikkan doaku
Dalam butiran tasbih
Kupanjatkan pintaku padamu Maha Cinta
Sudah di ubun-ubun cinta mengusik resah
Tak bisa kupaksa walau hatiku menjerit

Ketika Cinta bertasbih Nadiku berdenyut merdu
Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta
Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud sukur padamu atas segala cinta

Monday, February 8, 2010

** Kausar Wedding **

Assalamualaikum semua..Sihat?? hope semua sihat disamping orang-orang yang kamu sayang..begitu juga dengan saya..Alhamdulillah...I have nobody nobody but you..ahakkss...

ok semua entry kali ni aku nak share gambar-gambar perkahwinan COUSIN aku okes...bukan aku ye..belum lagi.. lalalaaaa..... so di sebabkan agak ke sibukan mengurus rumahtangga yang belum ada tangga just dah ada rumah saja..hahaa...apa kaitan...makanya lambatlah sedikit aku mengupload gambar-gambar cousin ku sayang..ahaakks... I Love You...opss...u dah ada dia...

gambar-gambar ni semua die ambil oleh aku + sepupu sepapat yang ala-ala cute..aku tak kata orang yang kata..huhu..spesis nek nab dan arwah tok mohammad..kan kan kan...ok makanya enjoilah menatap gambar-gambar ini..


Selamat Pengantin Baru Kausar & Nasirudeen 19.12.2009


The bride


itu MAMA saya... =)


Hantaran dari si Suami


Hantaran






Suapan dari si suami..jelingan manja si isteri.. dia i punya...











Pengantin with Kak Tah (kakak si isteri)

Mak Ija n Neesa



Akilah skodeng boyfriend la tu...


kami jurugediks aka jurufoto... tak bertauliah tapi walahh...ahakkss


Maaflah ye kepada sepupu sepapat yang mana gambar-gambar anda tidak tersenarai untuk di pengeditan saya bukan sebab tidak cantik untuk di pandang apatah lagi untuk di tatap, tapi di sebabkan masa yang amat terhad dengan aktiviti harian.

janganlah kalian-kalian semua gundah gulana kerana versi ke-2 bakal menyusul tidak lama lagi...