Saturday, January 3, 2015

LAKSA JOHOR YANG MENGANCAM DI PULAU MUTIARA

Assalamualaikum semua.

Salam Maulidur Rasul. Mari kita selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad

صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi

صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad

صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi

Apa Khabar semua.. Hari ni ramai yang bercuti. Apa aktiviti anda semua? Lepas habis entry ni saya nak sambung balik cat dalam rumah. Mama mintak cat ruang rehat tengah pula. Kalau lambat cat kena marah pula.hehe.. Sebab kalau bab berjalan memang saya nombor satu, tapi kena la bagi siap kerja yang tertangguh ni dulu. Saya kena cat sorang-sorang tau.  
     This week dah bertungkus lumus cat kelas, susun meja, hias kelas di sekolah. Itu  pun masih belum habis sepenuhnya. Saya sangat memerlukan tenaga tambahan. Ok Hari ni saya nak belanja anda semua resepi Laksa Johor versi mama saya sendiri, so kalau berbeza dengan resepi orang Johor, harap maaf ye. Kami orang pure Penang, tapi mama saya memang pandai masak laksa Johor, hinggakan dah jadi menu utama setiap kali Raya Adil Fitri & Raya Haji. Mesti di cari-cari oleh saudara mara. hehe...

BAHAN-BAHAN KUAH LAKSA :
===========================
3 Kg                Ikan Kembung( Ikan parang pun boleh) di rebus dan di ambil isi ikan
10 biji              Bawang besar ( dikisar)
4@5 kuntum   Bunga Kantan ( 3untuk di masak & 2 untuk hiasa sewaktu makan)
3 Keping         Asam keping
1/2 paket         Serbuk kari ikan
5 sudu             Serbuk cili 
2 sudu kecil    Garam
1/2 Kg             Santan pekat
4 cawan           Air ( bergantung kepada kelikatan kuah)


BAHAN-BAHAN LAIN :
====================
1 paket           Spaghetti (untuk 6 -7 orang makan)
1 Biji              Timun ( dibuang kulit dan di hiris isinya macam buang kulit apple)
2 Kuntum       Bunga Kantan ( dirincik halus)
4 biji               Limau ( untuk diperah sewaktu makan)
                       Taugeh


CARA MEMASAK KUAH :
======================
1. Masukan minyak dan tumis sedikit bawang.
2. Kemudian masukan rempah dan beberapa sudu serbuk cili yang di bancuh bersama sedikit air.
3. Setelah mengelegak masukkan bawang dan isi ikan yang telah di kisar. Masak sehingga mendidih.
4. Masukan santan serta air. Anda boleh mengagak kelikatan kuah laksa yang diinginkan. 
5. Setelah mendidih bolehlah di masukan bunga kantan yang di belah 2 bersama dengan asam keping kedalam kuah laksa tadi.
6. Akhir sekali anda boleh masukkan garam secukup rasa. Manis daripada isi ikan serta bawang sudah memadai. Tidak diperlukan tambahan MSG, tidak baik untuk kesihatan.


SPAGHETTI DAN RENCAH LAKSA :
===============================
1. Didihkan dahulu air di dalam periuk. Setelah mendidih masukkan sepeket Spaghetti dan rebus sehingga lembut.
2. Untuk bahan-bahan rencah di atas laksa, potong timun. Buang kulitnya. Macam mana nak potong ni ada gambar saya snap. hehe...
laksa johor
Cara memotong timun untuk Laksa Johor

3. Rincik halus bunga kantan.
4. Belah dua untuk limau. Ini terpulang bagi yang inginkan rasa pedas manis masam. 
5. Taburkan taugeh sebagai hiasan.

HASILNYA

resepi laksa
Laksa Johor

Alhamdulillah dah kenyang makan laksa johor tiba-tiba rasa bersalah pula. 
  
     Habis diet saya. Makan benda berlemak pulak tu, tapi di sebabkan favorite memang tak boleh nak di lepaskan. Tak perlu risau sebab saya pengamal tegar OMEGA GUARD dari shaklee. Apa fungsi omega ni sehinggakan saya tidak langsung tolak untuk makan benda yang ada santan ni..  Anda boleh baca entry saya mengenai kehebatan OMEGA GUARD dalam membakar lemak untuk KURUS.

ANDA nak tahu rahsia saya boleh maintain berat badan dan terus hilang KG dengan produk shaklee??

Hubungi saya :
Awatif Samat : 1114858
SMS/ Telegram : 019-5139011
FB : awatifsamat

0 comments: