Tuesday, January 6, 2015

SAKIT KEPALA MELANCONG KE LANGKAWI

Assalamualaikum semua

Sakit kepala tak bila anda travel? Hari tu dah puas jalan sakan ke Langkawi. Habis shopping sakan nasib ada duit buat tambang ferri. Kalau tak dah kena pindah mengajar Langkawi.Hari-hari boleh shopping coklat. hehe... Bestkan?? Nak shopping barang-barang dapur contoh pinggan mangkuk, periuk belangan yang brand memang murah. Sebab before nak ke Langkawi saya dah survey harga periuk Tefal (salah satu target nak ke Langkawi) memang jauh beza harga di pasaraya yang ada di Penang. Sakit kepala over shooping pun ia juga.

Pengalaman ke Langkawi kali ni memang seronok sebab dapat luangkan masa yang agak lama. Jadinya puas la pusing satu pulau walaupun ada beberapa tempat yang tak sempat nak lawat. Tapi memang awal-awal dah plan dengan Along, tempat mana je yang akan kita orang buat lawatan.

HARI 1
Bertolak dari PENANG ke KUALA KEDAH .

Kita orang park kereta dekat rumah mak saudara so jimat dan yang penting selamat. Sehari parking RM10 kalau tak silap di Jeti Kuala Kedah.Tapi kena hati-hati. Kalau anda nak park kenderaan anda make sure tempat tu memang selamat. Kami naik ferri jam 6 petang sampai ke Langkawi jam 7.30 malam.Feri terakhir dari Kuala Kedah kul 7malam. Di Langkawi, kami sewa homesMurah juga RM150 semalam. Walaupun bukan betul-betul di Pekan Kuah, tapi homestay ni masih dalam kawsan pekan Kuah. Dekat je sebab ada kenderaan sendiri. Oh, Abg. Adli(abang ipar) dah call awal-awal pada Cikgu Jan(kereta sewa) nak sewa kreta untuk 4 hari 3Malam. So bila benda dah plan ni memang sangat menjimatkan masa dan duit. Siapa-siapa nak no call homestay or kereta sewa boleh tanya saya.


HARI KE2
NAIK BOT KE KILIM GEOFOREST PARK + PANTAI TENGKORAK + WINDOWSHOPPING

Kami satu family ada 7orang, so bincang dengan Along kita akan book untuk 1 bot.1bot boleh naik 8 orang. Nak maklumat mengenai KILIM GEOFOREST PARK bleh klik sini. Ada details mengenai sewa bot dan tempat-tempat yang kita akan lawati. Pusing pulau-pulau naik bot. Kejap slow kejap laju..Hadoi la rasa.... Kami pilih pakej 3jam, dan kebetulan cuti sekolah ada harga promosi. 

shaklee


Tengah hari dah habis round Kilim Geoforest park, kita orang pergi Pantai Tengkorak. Sebab budak-budak tak puas nak mandi di pulau tadi. Lepak sana dalam 2jam. Biasalah area hutan ni ada saja la monyet-monyet. Saya bukan boleh, takut. Naik pening plak rasa. 

Aktiviti petang orang perempuan apa lagi, kita window shopping di Haji Ismail Group n Idaman Suri.Saya,Along, Husnun Abg Adli just pergi survey harga dulu. Masa banyak untuk jalan-jalan. Budak-budak tinggal di homestay sebab letih dah nak jalan. Diaorang pun tak minat nak shopping ni, kecuali nak beli coklat.

HARI KE3
GUNUNG MACHINCANG & SHOPPING LAGI

Seawal 8pagi kami dah keluar rumah terus ke Gunung macincang untuk naik Cable car. Along awal-awal lagi dah surender tak nak naik, gayat katanya. Saya tak la gayat tempat tinggi tapi dalam cable car tu yang tak boleh tahan. Rasa nak meloya dan pening sebab angin dok tiup bagi goyang-goyang. Sangat tinggiiiii.... Time dah nak turun tu Alhamdulillah cepat je rasa berlalu.haha...

langkawi


Petang tu aktivit shopping lagi. Tapi di sebabkan hari Jumaat, Idaman suri tutup. So kami ke Hj. Ismail. Petang tu terus ke Pantai Cenang tengok Sunset.. Subhanallah cantik sangat.

langkawi


Hari ke4
Shopping Last day +BALIK

Kepala dah rasa ting tong, mual-mual perut rasa sebu semua ada. Maunya tak sebab naik bot pusing pulau, naik cable car, aircond panas sejuk tak menentu. Nasib dah prepare awal-awal stok Papremint Ginger untuk buang angin. Ginger atau Halia memang terkenal daam masakan orang Melayu. Salah satu fungsi halia ialah untuk buang angin. Selalu travel mesti ada stok Papermint ni. Senang nak bawak dan sangat best. Lepas ambil 3 biji lepas makan, angin dari segala sudut keluar dari badan.Hahaha..   Balik tu naik feri pula bergelora. Kan musim hujan lebat sekarang ni. Waktu tu berdoa banyak-banyak pada Allah semoga kami semua selamat sampai. Alhamdulillah semuanya selamat. 

Kalau anda jenis badan berangin dan sakit kepala yang menganggu kerja, boleh cuba Papermint ginger ni. Sangat berkesan untuk hilangkan angin. Sebotol ada 90 Biji dengan harga RM45 SAHAJA. BILA NAK MAKAN?? Bila perlu sahaja. Kalau berminat boleh call or SMS/Telegram saya 019-5139011- Awatif samat




0 comments: