Thursday, May 20, 2010

** Next Step **

Assalamualaikum semua..

Alhamdulillah bisnes coklat yang baru aku berjinak-jinak makin mendapat sambutan. Ada di kalangan ahli keluarga, saudara mara dan juga para pelanggan. Ini membuatkan aku bertambah-tambah le semangat untuk memajukan lagi bisnes coklat aku ini..Rezeki Allah..

So dah selesai aku siapkan tempahan-tempahan untuk Mother's Day & Teacher's Day, so next step untuk entry kali ini ialah........................

SILA SIAPKAN TEMPAHAN MENJAHIT BAJU!!! yeeaaaa......

Dalam aku berbisnes coklat, aku juga asalnya menjahit baju terutama baju kurung n kurung pahang...buat masa ini la..thanx 2 along n mama sebab jadi customer tetap aku sampai ader yang percaya n tempah dengan aku pulak...nanti-nanti mana tau terer pulak wat baju fesyen lain kan..haha...tapi aku dah berjaya menjahit sehelai blouse muslimah untuk diri aku sendiri..so pas ni x yah ler nak beli kat kedai-kedai tu..kadang-kadang harga nye...alahaiii..mahal sehh...tengok fesyen cam bleh wat sendiri jer..ewahh..yang simple-simple la, janji cun..ahakkss..

Aduhai...banyak lagi ni baju yang tak terjahit..kena amik mood gak nak potong n menjahit ni..bukan bleh buat 2 3 min then g wat benda lain..menjahit ni sebenarnya.. kena amik masa yang lama duduk berteleku depan mesin n jaahhhiiittttt...huhu..

CoratCoret: Kena siap sebelum cuti sekolah..kan banyak kenduri pas ni..ahakkss...Alhamdulillah

Tuesday, May 11, 2010

** Alhamdulillah Rezeki Allah **

Assalamualaikum semua...entry ni aku copy from blog chocolate aku je k..haiishh..entry mother's day pun tak up lagi..tempahan baju kurung pun bleh tahan banyaknya..hehee..alhamdulillah..

Dah lama aku tak update pasal coklat di blog ni, so dalam minggu ni, Alhandulillah rezeki dari Allah untuk saya. Tempahan khas untuk Teacher's day next week and also Mother's Day even dah lepas...tapi di sebabkan sayang si anak kepada si ibu, tidak kira, tetap ingin di hadiahkan..Thanx my cousin..

Hope wawa dapat laksanakan tugasan ini sebaik mungkin untuk menyiapkan tempahan seorang cikgu dari Pendang sebanyak 450 batang lolichoc..Terima kasih.. seronok dengar adik-adik dah tempah beli lolichoc dengan cikgunya.. teringat last week si Naqib(my 2nd nephew) nak beli bunga rose kat mamanya di sekolah, tapi yang harga rm1 dah abis yang tinggal yang mahal..sian bebudak, mahal sangat pon depa tak mampu nak beli kan...and kena juga siapkan tempahan untuk teacher's day sekolah abg afif and naqib..opps...tak lupa budak tadika si Thaqif.. ;)

CoratCoret : tunggu hasilnya... =)

Saturday, May 1, 2010

Tips Menjaga Tulang Belakang (Backbone) **

Assalamualaikum semua....

Cakkk!!! Tup tap dah masuk 1st of Mei kan...kejapnya masa berlalu...ohh..pada mereka yang bekerja... Selamat Hari Buruh...

Aku ni kalau tak update entry sampai berminggu-minggu...tapi kalau dah update tu memang samapai 2 3 entry..tu tandanya aku bebas dari ke busy-an..haha...sebabnya my hero balik umah atoknya nun di perak...haiishhh..sunyi la pula rumah ni...

Tips kali ni pasal TULANG BELAKANG (BACKBONE).. okay aku tahu ramai yang abaikan part ni..tapi bila dah sakit or lenguh-lenguh baru la nak take care bahagian tulang belakang kita kan...


Last few weeks ago, along ada cerita kat aku yang ada seorang cikgu kat sekolah die ni pakai coset sebabnya nak jaga body posture terutama tulang belakang. selalunya kalau orang perempuan pakai coset ni mesti kita ingat nak jaga badan bagi nampak ramping kan kann kan...sebenarnya bila pakai coset ni pun boleh menjaga tulang belakang kita. so bila berjalan kita akan sentiasa menegakkan badan kita maka berjalan dengan yakinnya bak ratu kebaya.. and bila kita duduk pon tak lah bongkok...time duduk terutamanya kita selalu lupa akan tulang belakang. mesti duduk bongkok. tambah pulak dapat kerusi yang empuk bak tilam dunlop..sure tak hengat dunia dah kan...

coset ni selalu orang pompuan je la yang pakai..so cik abang kat luar sana bleh la belikan untuk cik isteri bukan sahaja untuk menegakan posture badan and boleh juga kekal ramping sentiasa...ahakkss...menawan gitu..tapi ingat..jangan pakai coset yang terlalu ketat sehingga sukar untuk bernafas..kang pengsan la pulak...and pakai coset yang di perbuat dari fabrik yang sesuai..kerana menurut pakar kalau pakai coset yang di perbuat dari fabrik yang tidak sesuai mungkin akan menyebabkan alahan pada kulit..so karang kerja mengaru la pulak...tak dapat den nak nolong garukan...ahakkss...

Pasal posture badan ni jugak, along selalu cakap ngan aku... "hg ni dik,suka jalan bongkok. cuba la jalan badan tu tegak-tegak sikit" iyer2 saya memang adik yang kecil...sambil menunjuk gaya aku berjalan...ohh...ajuk-ajuk pulak...huhu... "haisshh...dah orang jalan gitu nak wat camne" aku membidas..hoho..bukan melawan okey.. "memang la, tapi cuba la try control baru la elok...ni cam orang malas nak jalan je.."...gitu ek... baiklah baiklah wahai kakak ku sayang.... so bila aku teringat je sure aku tegakkan posture badan aku bagi straight,kalau letak buku atas kepala pun sure tak jatuh..haha...tipu...time duduk pon terutama bila mengadap computer.. memang susah..tapi nak buat camne..untuk diri sendiri kan...sebab tak da bantuan coset..haha..nanti aku kaya aku beli banyak-banyak..pakai sampai semput..aisehh.. kalau negok budak kecik Thaqif ni duduk memang best..body kan cute je kecik budak umo 6 tahun...sure straight. kagum aku negok...

okay tips ni aku dapat dari kajian yang aku baca di internet..hoho..macam kajian sendiri la pulak...aku bukannya pandai sangat sains ni..sebab dulu suka main-main kat dalam lab..kita share knowledge je kan and aku buat olahan aku sendiri apa yang aku paham..so harap dapat membantu korang semua..

1. Sewaktu mengangkat barang dari lantai, jangan membongkok dan terus mengangkat barang tersebut, terutama kotak ataupun barang yang berat. Ini BAHAYA okay..Kalau silap boleh sakit urat. Ini kerana boleh menyakiti dan membebankan tulang punggung dengan beban yang berat. Kalau kita mengangkat barang dari lantai seeloknya kita duduk dahulu. Pastikan tulang belakang kita tetap lurus. Contoh seperti rajah di bawah..

Begini caranya

Ataupun begini

2. Sekiranya kita perlu meletakkan sesuatu barang di tempat yang tinggi seperti di atas almari, JANGAN SESEKALI mengangkat barang tersebut lebih tinggi dari pundak ataupun tulang punggung kita. Cara ini selalu kebanyakkan dari kita lakukan kerana malas untuk menggunakan kerusi mahupun tangga. Makanya sila gunakan kerusi atau pun tanggan untuk meletakan barang di tempat yang tinggi kerana mengangkat beban berat di atas pundak kita boleh menyebabkan tulang belakang mendapat tekanan yang sangat besar. 3. Gantikan posisi sesering sekirannya kita perlu berdiri dalam waktu yang lama. Contohnya kalau kita iron baju sambil berdiri, gunakan kerusi kecil untuk meletakkan kaki kita secara berganti-ganti. Ini dapat menyeimbangkan dan mengganti tumpuan berat badan. Berdirilah secara tegak , dan janganlah membungkuk .

4. Tips yang seterusnya adalah sewaktu kita berjalan. Sewaktu berjalan, berjalanlah dengan posture badan tegak jangan macam robot pulak dengan kepala menghadap ke depan dan punggung lurus dan hujung kaki menunjuk lurus ke depan.
Untuk aweks-aweks di luar sana, elakan menggunakan kasut bertumit tinggi dalam masa yang lama..
aisehh..camne nak window-shopping lama-lama ni..huhu..dah la i rendah kan..tapi kalau nak yang bertumit tinggi boleh tapi carilah tapak yang selesa sebenarnya..maka boleh la tawaf mall berjam-jam.. and kalau boleh gunakan kasut yang bertapak nipis or flat..sport shoes pun selesa.

5. Sewaktu di dalam kereta, duduklah tegak, pastikan tempat duduk penyandar belakang dalam keadaan tegak tapi agak-agaklah kan janganlah sampai nak tercium stereng kereta kan.nak pulak orang yang rendah cam aku ni kaki tak sampai kedepan...haha...elakkan lutut kita sejajar dengan pinggul. Sokong punggung bahagian bawah dengan penyokong tulang belakang khusus. Jangan pula duduk terlalu jauh dari pedal minyak, dekatkan, kerana ketika otot kaki tiba-tiba meregang, boleh menyebabkan kaki kram dan tekanan di tulang punggung.

6. Sewaktu duduk di hadapan komputer atapun menonton TV,
selalunya orang yang kerjanya menghadap komputer 24jam...ahakks pastikan paha kita sejajar atau selari dengan lantai, jangan biarkan lutut kita lebih tinggi dari paha atau kaki terggantung jauh dari lantai. Pastikan kaki kita rata dan punggung mendapat sokongan dari belakang kerusi.


Cara duduk di hadapan komputer dengan betul.

7. Sewaktu tidur, kita biasanya suka tidur mengikut keadaan yang kita berasa selesa. Tetapi, untuk menjaga tulang belakang pastikan tempat tidur cukup keras dan rata. Jangan terlalu keras la kan and tidak terlalu lembut sehingga tidak dapat menampung tulang belakang. Sekirannya kita tidur telentang, letakkan 1 bantal di bawah lutut, bengkokkan sedikit lutut, biarkan kedua lutut tersebut bertumpukan.
Elakkan tidur meniarap, kerana ini boleh meyakiti tulang belakang, dan aku pernah mendengar pakar menyatakan sekiranya kita tidur meniarap, ini akan mengakibatkan jantung kita di tekan dan menyukarkan kita untuk bernafas dengan baik..Elakkan juga tidur di atas sofa kerana ia tidak dapat menyokong tulang punggung kita..


NotaKaki : Jangan lupa teruskan amalan meminum SUSU untuk kebaikan TULANG dan juga GIGI kita.. =)