Friday, September 26, 2014

Cabaran 30 hari blogging day 7 : APA YANG SAYA BACA?

ASSALAMUALAIKUM SEMUA.

     Terima kasih kepada korang yang rajin singgah baca blog saya yang banyak kekurangan ni. Entry hari ni "APA YANG SAYA BACA?". Kebetulan sekarang saya sekarang tengah baca 3 buku sekali arung, tengok pada mood semasa nak baca yang mana. Tamak tak?? Tak baca buku satu-satu bagi habis.Kalau Novel mungkin akan baca bagi habis, 1 hari baca pun sanggup sebab nak tau kesudahan,tapi skip juga muka suratnya. Buku yang saya nak share ni berbentuk ilmiah, kalau novel review saya bukan pembaca novel yang tegar. maap ye...
 
  1) 44 Wanita Solehah Dambaan Syurga


muslimah

       Kisah yang sangat menarik dan menjadi dambaan setiap Wanita hari ini. Ingin menjadi seperti mereka insan-insan terpilih. Buku ini banyak menceritakan wanita-wanita solehah zaman Rasulullah. Ada 44 orang wanita iaitu Zinnirah, Rabiatul Adawiyah, Masyitah, Ummu Habibah, Asiah Binti Mahazim, Asma' Binti Yazid, Kabsyah Binti Rafi', Ummu Sulaim Binti Milhan, Fatimah Binti Muhammad, Asma Binti Abu Bakar, Ruba'i Binti Ma'uz, Sumayyah binti Khubath, Zainah Al-Jahsi, Khadijah binti Khuwailid, Sufiyyah Binti Huyai, Hafsah Binti Umar, Saudah Binti Zam'ah, Hawwa binti Yazid, Khansa' binti Amru, Ummu Fadhal, Ummu Waraqah binti Naufal, Ummu Syuraik al-Qurasyiah, Nusaibah binti Ka'ab, Khaulah Binti Tsa'labah, Maria al-Qibtiyyah, Zainab binti Abu Salamah al-Makhzumiyah, Zainab binti Ali, Ummu Ruman, Ummu Haram binti Mulhan, Amah binti Khalid, Hindun binti Utbah, Syifa' binti Abdullah al-Adawiyyah, Khaulah al-Azwar, Aminah binti Wahab, Salma binti Sakhr, Maryam binti Imran, Siti Hajar, Ummu Hani binti Abu Talib al-Hasyimiyyah, Rufaidah binti Saad al-Asalmiyah,  Hindun binti Amru, Safiyyah binti Abdul Muttalib, Ummu Zar al-Ghifariyah, Ummu Sinan al-Aslamiyah, Aiman al-Habasyiyyah. 
  
    Wanita-wanita yang SANGAT HEBAT dengan peristiwa yang HEBAT sehingga mereka menjadi dambaan Syurga. SubhanaAllah.. Semoga kita dapat menjadi Muslimah Solehah. AMINN..

    2) 33 Pesan Nabi - Jaga Sikap, Raih Kebaikan : Vol 3 


Buku Ilmiah

        Buku ni sangat santai bila baca dan mudah untuk meresap dalam fikiran. Buku ni di buat dalam bentuk komik. Komik Hadis Bukhari - Muslim. Ini siri 3, yang siri 1 dan 2 saya tak beli lagi. In sya Allah akan cuba dapatkan nanti. Kebetulan nak bayar buku di kaunter Hasani Aeon Big, Sbrg.jaya, buku ni ada di letakan di kaunter bayaran. Macam menarik terus grab bayar. hehe.. Kadang-kadang tu beli tapi tak sempat nak baca. Fuhh.. kena perbaiki diri untuk membaca buku-buku yaang di beli. 
      Buku ni di tulis oleh penulis dari seberang. Jangan risau dengan bahasa kerana mudah untuk di fahami sebab bahasa Melayu. Tak banyak penulis menggunakan bahasa Indonesia kecuali dalam dialog dalam 20% ja. 

    Sedikit perkongsian dari buku Hadis ini : 

          Diriwayatkan oleh Asma binti Abu Bakar Ash-Siddiq (salah seorang 44 wanita dambaan Syurga) dia pernah mendatangi Nabi, Asma berkata,

      "WAHAI NABI! SAYA TIDAK MEMPUNYAI SESUATU KECUALI YANG TELAH AZ-ZUBAIR BERIKAN KEPADA SAYA, APAKAH SAYA BERDOSA JIKA SAYA MEMPERUNTUKKAN SEDIKIT UNTUK SEDEKAH DARI PEMBERIAN AZ-ZUBAIR ITU?".

    Beliau menjawab, " SISIHKANLAH SEDIKIT UNTUK KAMU, SEDEKAHKAN SESUAI DENGAN KEMAMPUANMU, DAN JANGAN DIINGAT-INGAT SEHINGGA ALLAH MENGINGAT (KEDEKUT) KEPADAMU. " (HR. MUSLIM)

    Apa yang boleh di kongsi disini, kita jangan berkira dalam memberi sedekah, jangan risau dengan bersedekah kita akan kekurangan rezeki, TIDAK!!!.. Rezeki milik Allah SWT.. in sya Allah.. Jika kita memberi, Allah akan beri lebih lagi pada kita.

* buku ni dah habis baca sewaktu entry ini bersambung untuk di siapkan..hehe..

3) SuperFoods HealthStyle: Proven Strategies for Lifelong Health 


health food

    
    Buku ni beli dah lama. Beli time Garage Sale, murah kot 10cent kot eh ke 50cent ke $1. tak ingat dah. haha..Baru-baru ni tengah kemas-kemas barang, terjumpa balik. Selak-selak terus buka page Soy. Tetiba teringat ESP Shaklee (Soy Protein Isolate Powder). Apa lagi pulun baca. Banyak info dari buku ni. so kena teruskan membaca dan gali lagi apa makanan yang baik untuk tubuh badan kita.

   Apa buku yang korang baca?? Share sikit.



Monday, September 22, 2014

Cabaran 30 hari blogging day 6 : MY LOVE

Assalamualaikum semua.

    Entry untuk hari ke-6 mengenai MY LOVE. WHO???Alhamdulillah mereka ialah Mama (Roshahida) & Baba (Abdul Samat). Dari kecil hingga sekrang tak kurang kasih sayang mereka pada saya, along & abang cik. Jasa mereka yang sangat banyak dan tidak dapat diganti untuk membesarkan kami tiga beradik. Banyak dugaan dan cabaran yang mama dan baba lalui bersama. Bila dah bekerja dan masih belum berkeluarga, apa saja keperluan rumah saya cuba untuk penuhi. 

       Sudah masanya kita sebagai anak-anak membalas jasa mereka dan pada korang yang dah bekeluarga juga jangan lupa atau sisihkan mak dan ayah kita. Kalau tak boleh jenguk setiap minggu, call setiap hari. Kenapa dulu waktu bercinta, korang boleh je begayut call kekasih setiap jam dan kalau boleh nak tau je apa aktiviti yang si dia sedang lakukan. Tapi kenapa tidak kepada mak ayah kita?? Cuba kita call dan tanya apa aktiviti mereka hari ini. Kalau ada mak ayah yang sakit pun in sya Allah sihat bila dengar suara anak-anak. Mereka hanya rindukan kita. 

parents
Sayang hingga ke Jannah. Amin.

Sunday, September 21, 2014

Cabaran 30Hari blogging day 5 : BAG SEORANG GURU Kecik

ASSALAMUALAIKUM SEMUA

        Esok dah start sekolah. Seminggu cuti penggal II rasa nikmatnya dapat berehat dirumah. Kelas tuisyen pun cuti juga sebabnya bebudak tu semua nak pergi jalan-jalan dengan family, ada juga yang nak makan kenduri. Makanya malam ni mesti bebudak semua dah tengok jadul susun buku dalam bag takut tertinggal tak pasal-pasal kena marah dengan cikgu esok di sekolah. Haihh.. Cikgu kecik pun kena la get ready juga bag nak ke sekolah. hehe.. Apa yang ada dalam bag tangan cikgu kecik ni?? Jom kita tengok.

bag guru
Ini je yang ada dalam bag tangan saya. 

Untuk tidak nampak serabut, saya dah sediakan
    (1) pencil box untuk diisi dengan pen merah,pen biru, liquid paper, high light, power bank, pendrive, cable charger, chocodate (in case kalau tak sempat makan ada mesyuarat), marker pan. 
  (2) Wristlet Light Blue untuk disis alat solek. Bukan ada apa pun, just day cream untuk perlindungan dari UV, Compact powder n lips ice(lips balm)
   (3) Mini Ipad untuk kerja-kerja berkaitan. Salah satu kebaikan bila ada mini ipad saya boleh tunjuk video kepada murid-murid berkaitan dengan topik yang di belajar. so tak perlu usung laptop yang berat.
     (4) Handphone
     (5) Note book hijau untuk tulis -" To Do List. Saya suka tulis tangan compare tulis dalam notepad Ipad. 
     (6) Note book merah untuk tulis list barang nak beli, senarai bil yang perlu di bayar, oder customer. Saya juga tulis date setiap kali isi minyak. Baba yang ajar. Sangat berguna untuk calculation monthly budget. 
     (7) Pil box. Alhamdulillah Allah kurniakan saya kesihatan badan yang baik. Saya guna pil box untuk letak supplement Shaklee saya. SET KURUS & SET KULI. Sangat mudah.
      (8) Sanitizer  WAJIB ada untuk jaga kebersihan tangan sebelum kita sentuh makanan or nak minum air.
      (9) Purse saya letak mana tah waktu ni. hehe... WAJIB juga tu. Semua kad-kad penting ada dalam tu.

    Ini saja yang ada dalam bag seorang guru kecik. Sakit bahu juga usung semua ni. hehe... Sama la beban dengan bag budak sekolah. 

     Share sikit apa yang ada dalam bag korang. Macam busybody je.. hehe..

  



Cabaran 30 Hari blogging day 4 : Tips Kemas Rumah - MEJA BELAJAR

Assalamualaikum

      Entry yang ke 4 pada hari yang ke 6.. Alamakk!!! Cepat kena kejar buat lagi 2 entry perlu di siapkan. Tips mengemas rumah saya pilih area bilik kerja di rumah atau Home Office . Nama pun cikgu mestilah ada sekurang-kurangnya meja untuk buat kerja-kerja tulis menulis or apa-apa sahaja berkaitan dengan sekolah atau kelas tuisyen. Jadi untuk bilik kerja saya di rumah saya beli 2 Banquet table jadikan bentuk L Shape. Luas kawasan yang saya ada untuk letak buku-buku tusiyen untuk 3 Subjek, printer dan alat tulis.

     Walaupun saya ada kawasan meja yang luas,  tapi ia tetap nampak serabut/berselerak sebab banyak stationery yang dibeli sendiri ataupun dihadahkan oleh murid-murid.

study table
  
   Jadi tips saya sangat mudah. Disebabkan terlalu banyak benda-benda yang kecil-kecil atas meja tu, contohnya pemadam, stapler, sticky note, paper clips, gam jadi saya telah menghadikan meja study saya dengan inii........ TADAA.....

kemas meja belajar

  Saya beli drawer kecik 5 tingkat untuk dimasukan segala benda-benda kecik-kecik atas meja yang buat jadi serabut tu. Jangan lupa labelkan setiap drawer untuk memudahkan kita mencari barang yang diinginkan dengan mudah. Mudah bukan??Meja belajar korang akan jadi lebih teratur. 

   Korang ada tips yang hendak dikongsi? Tinggalkan dibahagian comment. Syukran Jzln.
  
 

Saturday, September 20, 2014

Cabaran 30 hari blogging day 3 : TEMPAT MAKAN YANG BEST DI PENANG

ASSALAMUALAIKUM

Cabaran 30 hari blogging day 3 : TEMPAT MAKAN YANG BEST  

      Saya bukannya jenis keluar makan kedai. Bila balik sekolah, malas dah nak keluar. Tambah pula balik sekolah 4.30 terus sambung kelas tuisyen untuk murid tahun 6 jam 5.30 petang. Malam sambung lagi dengan murid Tahun 4 @ 5. Untung juga sebab sekarang masih tinggal dengan parents. Makanya kami bertiga je dirumah. Makan masakan mama sangat la sedap. Tapi sejak saya ambil SET KURUS SHAKLEE, memang jarang makan malam. Sekali sekala ada la. hehe...

     Tapi ada beberapa tempat yang saya suka singgah beli bawa balik atau sekali sekala singgah makan ramai-ramai satu family.

1. KEDAI MAKAN depan rumah ( sorry tak ingat nama kedai tapi betul-betul simpang nak masuk Pmtg. Kerai Kecil, Pokok Sena)
        Kena dengan tekak saya dan parents, baba selalu oder IKAN MASAK STIM yang sangat sedap. Kalau area SPU, memang senang cari ikan fresh, pagi-pagi boleh ke Penaga tempat beli ikan secara bisik2. Baba akan beli ikan fresh dan hantar dekat kedai ni masak ikan masak stim. so murah sikit sebab bawak ikan sendiri..hehe. Menu lain yang sering jadi pilihan makan malam, ialah NASI GORENG KERABU @ NASI GORENG KAMPUNG. Harga sangat berpatutan sebab kedai kg dan sedap.

2. MEE UDANG PAK NGAH, SG.DUA.
       Kedai makan ni terletak berhampiran High Way Sg.Dua. Kalau korang datang dari arah Sbrg.Jaya, turun susur keluar Sg.Dua amik trafik light belah kanan. Jalan terus kedai ni betol2 sebelah Stesen Minyak Petron.Selain Mee udang, kedai ni juga ada macam-macam pilihan makanan seperti Yong Tau Foo, Satay & DLL. Tak rugi mencuba.

3. PASEMBOR tepi rumah ( untung keliling rumah ada kedai macam2. Rabu pasar malam depan rumah..)
       Serius Pasembor Pak Cik Ad ni sedap sebab kuah dia yang SEDAP. Rencah sesetangah kedai gah dengan ketam, udang, sosej macam2 lagi, tapi kalau kuah kacang tak sedap fuhh.. tak dak la nikmat Pasembor Utara. Kalau ada tetamu jauh luar datang rumah, dan ada rezeki kedai pasembor ni bukak, memang akan di sebut-sebut bila balik. Kedai ni betul-betul simpang nak masuk Pmtg. Kerai Kecik, Pokok Sena.

Kalau area PULAU, zaman-zaman study USM tu ada la juga keluar ngan kawan-kawan. Tapi yang banyaknya cafe hostel je. hehe..

1. Kedai makan NURUL
       Kedai makan ni memang sedap ikan pari bakar. Fuhh.. terangkat beb. Kalau korang naik Jambatan Pulau Pinang yang lama, amik susur ke yang nak ke USM, tapi ambik jalan nak ke Queensbay. Tepi-tepi high way tu ada deretan kedai-kedai makan so korang masuk & kedai NURUL ni hujung sekali depan dengan kuaters.

   Ada kedai makan yang BEST tak di penang yang korang bleh share?? Meh comment nanti saya boleh singgah makan.



Cabaran 30 hari Blogging day 2 : CINNAMON ROLL YANG MUDAH & SEDAP

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

BAHAN-BAHANNYA :
====================================
250 gram                         tepung roti (high protein flour)
50  gram                          gula halus @ gula kastor
1/2 camca                        teh garam halus
1 camca besar penuh     susu cair
1/4 camca teh                  bread improver (boleh di beli di kedai bahan kek)
1/4 camca teh                  bread softerner
30 gram                           telur (pecahkan 1 biji, kacau sedikit dan timbang)
6 gram                             instant yeast
20 gram                           lemak sayur (shortening)
125 ml                              air suam (kalau guna Breadmaker guna air biasa)

BAHAN TABUR (BAHAN DI GAUL SEMUA) 

===================================
1 1/2 camca besar            mentega (dicairkan)
3 camca besar                  gula perang 
1/3 camca teh                   serbuk kulit kayu manis

CARA - CARA :


cinnamon roll yang mudah

 1. DOH
                i)  Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih. 
               ii)  Semua bahan disatukan kecuali mentega, 
              iii)  Masukan yis dan gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega dan teruskan uli 
                     hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal. 
              iv)  Masukkan doh ke dalam bekas dan tutup bekas tersebut dengan tuala kecil yang bersih, 
                     biarkan 45 minit hingga doh naik kembang. 

2. KAEDAH LAIN (Breadmaker) : 
              i)   Satukan semua bahan-bahan untuk doh dalam breadmaker.
              ii)  Settingkan untuk "DOH" dan tekan "ON".
             iii)  Tunggu hingga siap (selalunya dalam 30 minit menguli dan 1 jam memerap, ikut jenis 
                    Breadmaker korang).

3. PROSES MENGGULUNG :
              i)    Taburkan tepung di atas meja.
             ii)    Keluarkan dan tumbuk-tumbuk doh tu untuk keluarkan udara.
            iii)    Kemudian canaikan sehingga menjadi 4segi (tabur sedikit tepung jika melekat).
            iv)    Sapu dengan mentega cair, tabur bahan yang digaul (gula perang+serbuk kayu manis)
                    tadi rata-rata di atas permukaan doh.
             v)    Gulung seperti swissroll, jangan gulung besar-besar nanti tak cantik, so gulung
                    kecik-kecik rapat-rapat.Kemudian potong swissroll kecik-kecik dan letak atas loyang.
           vi)    Tekan Cinnamon Roll sedikit biar leper.  Perap selama 45 minit.

4. MEMBAKAR :
            i)    Sapu telur rata2 dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama
                  25 minit.
            ii)   Keluarkan dari oven dan sapu dengan baki mentega cair.
           iii)   Biarkan sejuk dan boleh hidangkan.
     
*** SELAMAT MENCUBA ***


Thursday, September 18, 2014

SIAPA SAYA?

Assalamualaikum semua
 بسم الله الرحمن الرحيم 

   Saya telah mencabar diri untuk join cabaran 30Hari menulis blog kumpulan Shaklee. Cabaran ni dah bermula 3hari, so saya akan tulis 3 entri hari ini. 


           Nama penuh Awatif Bt Abdul Samat. Makna nama ialah Perasaan , Kesayanganku. Patutla saya ni cepat touching juga kadang-kadang. (^__^) Saya di lahirkan 10 Ogos 1984,Butterworth, Penang, jadinya tahun ini genap umur saya 30 Tahun. Anak ketiga dari tiga adik beradik. MANJA?? tak kot, selalu kena beletiaq adalah dengan mama...hahaa... Baba saya bekas tentera laut, zaman Singapore, jadinya balik kg, buat bendang je. Saya anak pesawah. Mama saya suri rumah.  

   Alhamdulillah dengan kurniaan Allah SWT. 

       Zaman sekolah saya banyak di Perak, sehingga saya perasan yang saya ni anak Perak, even dah pindah Penang pun mengaku anak Perak.hehe.. Saya di besarkan di Manjung,Perak selama 16 Tahun. Sebab tu ramai kawan saya di Perak. Saya mula sekolah di Tadika Islam Padang Tembak, Lumut. Kemudian dari Tahun 1991-1996 saya bersekolah di SRK Convent, Sitiawan. Asalnya Baba nak register sekolah SK TLDM tapi dah penuh. Tahun 1997-2000 sekolah menengah di SMK Convent, Sitiawan. Hujung 2000 parents decide nak balik menetap di kampung. Kebetulan mama & baba kawin kg. sebelah-sebelah je.Dua-dua orang Pmtg. Sg. Dua, Sbrg.Perai Utara, Penang. 

         Tahun 2001 adalah tahun saya nak SPM, saya mintak sangat pada parents untuk stay di Manjung untuk setahun lagi, sebab bila pindah Penang saya kena sekolah campur. Convent Butterworth agak jauh dari rumah. Saya tak boleh bayangkan hidup bersekolah campur sebab dari Darjah 1 hingga Form 4 saya sekolah perempuan. Satu cabaran baru buat saya. Memandangkan alasan untuk balik berpindah ke Penang sebab maktok & tokbaba yang kurang sihat, saya akur. (-__-) Saya bersekolah di SMK Datuk Hj. Ahmad Badawi,Kepala Batas. Sekolah ni sempena nama ayah Pak Lah. 

         Tahun 2002, saya agak frust bila check UPU tak dapat tawaran belajar di mana-mana institusi pengajian. So sambung Form 6 di sekolah yang sama, bonus sekolah yang sama. Ilmu itu penting, walaupun along saya cakap Form 6 ni susah. Habis Lower 6, saya dapat tawaran Poli Sbrg. Perai untuk course Dip. IT. Saya quit Form 6, sebab memang tak minat. alasan tak minat nak pakai baju sekolah lagi..hehe then rezeki milik Allah, saya dapat sambung Degree di USM, Penang. 

        Sekarang, saya bekerja sebagai seorang guru(impian mama, dulu mama tak dapat jadi Ustazah sebab kena kawin.hehe..) Saya bukan lulusan pendidikan di USM, jauh bidang lari. Sekarang saya happy menjadi seorang pendidik. Saya bekerja di Sekolah Tahfiz Al-Islah, Tasek Gelugor, SPU, Penang sebagai guru sains.Sekolah ni adalah salah satu sekolah di bawah rangkaian MUSLEH, IKRAM. Walaupun sekolah Tahfiz, tapi murid-murid tetap belajar Akademik & Dinniah(Sirah,B.Arab, Akidah,Tajwid). Murid tahun 6 akan ambil exam UPSR & SPPIM (exam agama dari MUSLEH, IKRAM). Bila tiba-tiba tahun ni soalan Sains UPSR di tangguhkan sebab bocor, saya adalah salah seorang guru yang sangat tidak puasa hati. Sebabnya kesian budak-budak dah semangat nak jawab exam. Takpa ni semua ketentuan Allah SWT. Allah nak murid-murid study sehabis baik. In sya Allah kejayaan milik anda yang berusaha.

Ini serba sedikit mengenai saya, semoga dpat jalinkan Ukwah dengan para pembaca. Kalau-kalau ada rakan sekolah lama tegur la saya k..

Tuesday, September 16, 2014

Selamat Pengantin Baru

Assalamualaikum semua..

    Sekarang dah start cuti sekolah Penggal II. Alhamdulillah boleh berehat di rumah dan kemas-kemas rumah. Kelas Tuisyen pun cuti sebabnya bila tanya semua nak jenjalan dengan family dan ada yang kenduri saudara - mara.

     Dah cerita kenduri kendara cuti sekolah ni saya nak ucapkan selamat Pengantin Baru kepada Khairil, semoga awak bahagian hingga ke Jannah. Aminn.. Terima kasih kerana menjemput.

     Kepada sahabat saya :: Aizat &; Isteri :: sorry tak dapat hadir sebab jauh sangat pula. Aku doakan dari kejauhan ye semoga ko bahagia bersama isteri tersayang. Aminn..

     Kepada rakan sekolah :: Sha &; Suami :: Semoga bahagia hinggah ke akhir hayat dan terus ke Syurg.


Tips untuk Kurus & kekal Sihat

Assalamualaikum semua..

 
 :: 3 PERKARA UTAMA ::

 (i) BANYAKKAN minum AIR MASAK. Make sure sehari 3L or 25Kg = 1L,so kira berapa berat korang.



(ii) kurangkan makanan berGARAM. elakan makan di kedai sebabnya di kedai ni biasalah nak sedap je tambah pula dengan Aijinamoto. Saya lagi suka masak sendiri Sebab kita boleh control jumlah garam, kadang2 saya masak sayur tak letak garam. :)
(iii) Elakkan minuman MANIS. Ini yang paling dugaan nak lakukan bagi mereka yang pada peringkat permulaan. Korang kena KUAT SEMANGAT kalau betul-Betul nak berjaya. Jadi sila pastikan minuman harian WAJIB korang ialah AIR KOSONG.

Selamat mencuba (^___^)

Monday, September 15, 2014

Tips Tidak Menangis Memotong Bawang

Assalamualaikum Semua..

     Hari ini saya nak kongsi tips untuk tidak mengalirkan air mata ketika memotong bawang merah. Setiap masakan kita orang Melayu, mesti ada bawang baru sedapkan?? Tapi bila nak memotong bawang mulalah dramatik kejap.. Berlinaggan air mata macam tengok cerita sedih Hindustan pula. hehe... 
   Mengapakah mata kita akan mengeluar cecair yang di sebut air mata sewaktu memotong bawang merah?

     Ini Kerana ketika seseorang memotong atau mengupas bawang maka ia memecahkan sel-sel pada bawang yang menggabungkan tiap lapisan. Satu membran bawang mengandung enzim sedangkan yang lainnya mengandung senyawa sulfur. Ketika bawang diiris atau di kupas maka terjadi reaksi kimia antara enzim dan juga senyawa sulfur yang menghasilkan gas volatil (mudah menguap). Gas ini akan bereaksi dengan udara sekitar menjadi sulphuric acid.Hujung saraf dari mata ini sangat sensitif, maka saat terkena gas tersebut mata menjadi teriritasi dan merangsang keluarnya air mata untuk melindungi mata. Sebab itu semakin banyak bawang yang dipotong, air mata yang keluar akan semakin banyak. 


   Ada di antara tips di bawah saya pernah cuba dan belum. Mungkin sesuai untuk saya tapi mungkin untuk korang sesuai cara yang lain. Saya kongsikan ada beberapa tips. Harap membantu (^__^)

 1) Sewaktu korang nak kupas kulit bawang, letakan semangkuk air kosong depan kita. Lepas tu kita kupas kulit bawang dan potong tanpa perlu sendu sendan lagi. Cara ini sesuai untuk saya.

2) Sebelum korang nak potong bawang merah, potong menjadi dua bahagian dan rendam dalam air selama 15 minit. Setelah itu, barulah korang menghirisnya.

3) Gunakan pisau tajam sewaktu hendak memotong bawang merah. Bawang yang terpotong rapi dan bersih akan mengurangi pengeluaran molekul yang mengiritasi mata. 

4) Masukan bawang merah ke dalam peti sejuk beberapa minit sebelum memotongnya. Ini akan membuat molekul pengiritasi, iaitu amino acid sulfoxide, yang dikeluarkan oleh bawang merah berkurang.

5) Ada juga yang letakkan sebiji bawang di hujung pisau, kemudian baru di potong bawang. 

6) Jika masih tidak berhasil, korang bolehlah menggunakan kaedah terakhir iaitu, SILA PAKAI goggle seperti yang digunakan saat berenang atau cermin mata. Ini akan melindungi mata korang secara keseluruhan. ( ^_____^ )

Selamat Mencuba. Sekiranya korang ada tips yang lain cara untuk mengelakkan dari menangis ketika potong bawang, di alu-alukan untuk comment ye.. Terima kasih

Sunday, September 14, 2014

Saya dan Full Set Kurus Shaklee

Assalamualaikum semua..

       Macam mana saya kenal Shaklee??

Jawapannya ialah dari Facebook junior sekolah menengah saya. Setiap hari nampak dia update mengenai kehidupan dia di luar negara dan juga progress penurunan berat badan dia setelah guna produk Shaklee. Bila Junior saya letak gambar sebelum & selepas, saya kagum dengan usaha serta hasil yang dia peroleh. Tapi saya masih abaikan je mengenai produk Shaklee, sebabnya saya pernah tanya pada seorang kawan yang jugak SID Shaklee, dia maklum set kurus Shaklee mahal. Saya pun tak berminat nak cuba. Alasan ini saya guna sebab saya pernah mencuba produk kurus yang lain dan memang harga yang agak mahal dan tidak berhasil untuk saya.
     Allah gerakan hati saya untuk bertegur sapa pertama kalinya dengan junior saya( sebelum ni tak pernah kenal pun... hehe..bagusnya facebook ni dapat kenalkan ramai kenalan yang tak di jangka). Saya tanya pada dia mengenai satu jenis minuman yang terkenal selalu iklan di tv, untuk mengantikan makan malam saya. Selepas berborak saya sangat tertarik dengan cari dia melayan setiap pertanyaan saya.. Waahhh... baik adik ni, tak lokek ilmu, itu yang saya fikirkan.
      Mula-mula saya beli produk set kurus bajet je dengan junior saya, lepas dia explain dengan details mengenai FULL SET SHAKLEE, saya terus join jadi ahli SEBAB nak dapatkan harga ahli. Junior saya adalah Mak SHAKLEE saya iaitu Yuslida Othman.
    Apa full set shaklee yang saya ambil?? saya telah amalkan selama 7bulan full set shaklee dan saya sedikit pun tak menyesal laburkan duit untuk dapat hasil yang memuaskan hati serta menyihatkan badan saya. All in 1. Siapa yang tak sukakan?? Sangat menjimatkan sebenarnya.


     
FULL SET SHAKLEE
==========================

Membakar LEMAK
-----------------------------------------------------------
1. Omega Guard
   *** Omega 3 meningkatkan hormon Leptine yang mengawal selera makan dan akan terasa kenyang lama. Sehari saya max makan 3 biji. Saya akan ambil Omega selepas makan tengah hari, makan petang(bukan makan yang berminyak macam goreng pisang ye..nak kuruskan kena jaga pemakanan) dan malam(tak makan nasi ye)..
 
2. Lecithin
    *** Lecithin bertindak sebagai pelarut utk kolestrol, triglycerides dan lemak-lemak yg lain. Ia membantu mencegah penyakit2 seperti high blood pressure, stroke,heart disease serta arteri yg mengeras  
   *** Selain daripada itu, Lecithin bertindak memecahkan lemak & ia mampu membakar lemak lebih cepat jika disertakan dengan senaman.


Membuang TOKSIN 
------------------------------------------------------------

1. Alfalfa Complex
    *** Membantu untuk menyahtoksin yang berada dalam darah 
    *** Ia juga dapat mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor serta meneutralkan asid dalam badan.
    *** Mengatasi masalah sembelit.
    *** Alfalfa ni macam jamu sikit bau dia, cara makan juga jangan berlebihan, max hanya 10biji sahaja sehari, kalau lebih panasssss le badan...huhu..

2. Herb-lax
    *** Membantu membuang segala toksin yang berada di dalam usus, dengan membantu mencuci usus dengan mudah.
    *** Merangsang usus untuk mempercepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita.
    *** Paling saya suka dengan herblax ini, ia sebenarnya membantu melancarkan proses 'pembuangan' saya yang sebelum ini memang agak susah nak dapat buang sehari sekali. Siksa bukan?? Kita makan tapi tak membuang. Hadoiii...

Membina OTOT (agar tidak mengelebeh &mengantikan protin )
------------------------------------------------------------
1. ESP Soy Protien Isolate Powder (Non-GMO)
    *** Pemberi tenaga segera – Membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun, dengan itu ia memulihkan dari keletihan, migrain, insomnia dan tekanan gejala yang berkaitan seperti kemurungan, kebimbangan, ketakutan.
  *** Kekal Muda – mengandungi 9 Asid Amino membina otot manusia, kuku, rambut, darah, organ, kulit, kelenjar, 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain.
  *** ESP mengurangkan paras kolesterol dalam darah sebanyak 23%
  *** Ia juga membantu mengekalkan kepejalan otot, pemulihan tisu badan dan fungsi enzim dan hormone yang sempurna.

2. Cinch Shake Mix ( Cafe Latte)
    ***  Mengandungi 24gram Protin, 24 jenis Vitamin dan Mineral penting serta 6gram Serat larut.
    *** Protin di gunakan untuk membina otot, dan ototlah menaikkan kadar metabolisma dan juga membakar kalori.
    *** Cinch Shake Mix kaya dengan protin juga boleh menahan kelaparan, yang mana ia dapat membantu mengurangkan pembambilan makanan antara waktu makan.

Macam mana saya amalkan semua supplement Shaklee ni, jangan malu-malu tanya saya caranya.
-->
Setiap pembelian dari saya bukan sahaja anda layak dapat panduan makan dan konsultasi malah 20% diskaun. Jadi untuk harga istimewa. Hubungi Saya.

Shaklee Independent Distributor anda : Awatif Samat : SID 1114858 
MSG/WeChat/ Telegram : 019-5139011 
COD area : Kepala Batas, Pokok Sena, Tasek Glugor, Sg.dua, Sekitar seberang Perai Utara (Pulau Pinang) 
POS : KIta kasi pos seluruh Malaysia hanya untuk anda (^____^)

 

Tuesday, September 2, 2014

Promo Berganda SEPTEMBER

ASSALAMUALAIKUM SEMUA

   Sekejap dah bulan September.. Anak-anak tahun 6 dah tak lama nak UPSR... Next week 9/9/2014 - 11/9/2014.. Semoga di permudahkan Allah SWT.. Mereka telah berusaha & berdoa.. yang lain Tawakal hanya pada Allah..

Apa yang SHAKLEE tawarkan bulan ini?? Double Promo Uolss.. sangat HEBAT !!!
.
 .
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

 TADAAAA.......


       So kepada para suami & para ayah mithali di luar sana, jom hadiahkan isteri anda Collagen Powder dari shaklee yang sangat Hebat dan anak-anak dengan Meal Shake untuk kekal bertenaga di sekolah.
    Promo dari Shaklee bulan ini, Beli 6 Collagen Powder free 1 & beli 3 tin Meal shake free 1.. Shaklee buat lagi promo untuk Meal shake sebab permintaan yang HANGAT dari ibu-ibu dan bapa-bapa untuk bekalkan anak-anak keperluan diet yang cukup..

Nak lebih murah 15% - 20% PM saya di no 019-5139011 (Awatif)