Showing posts with label Omega Guard. Show all posts
Showing posts with label Omega Guard. Show all posts

Saturday, January 3, 2015

LAKSA JOHOR YANG MENGANCAM DI PULAU MUTIARA

Assalamualaikum semua.

Salam Maulidur Rasul. Mari kita selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad

صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi

صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad

صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi

Apa Khabar semua.. Hari ni ramai yang bercuti. Apa aktiviti anda semua? Lepas habis entry ni saya nak sambung balik cat dalam rumah. Mama mintak cat ruang rehat tengah pula. Kalau lambat cat kena marah pula.hehe.. Sebab kalau bab berjalan memang saya nombor satu, tapi kena la bagi siap kerja yang tertangguh ni dulu. Saya kena cat sorang-sorang tau.  
     This week dah bertungkus lumus cat kelas, susun meja, hias kelas di sekolah. Itu  pun masih belum habis sepenuhnya. Saya sangat memerlukan tenaga tambahan. Ok Hari ni saya nak belanja anda semua resepi Laksa Johor versi mama saya sendiri, so kalau berbeza dengan resepi orang Johor, harap maaf ye. Kami orang pure Penang, tapi mama saya memang pandai masak laksa Johor, hinggakan dah jadi menu utama setiap kali Raya Adil Fitri & Raya Haji. Mesti di cari-cari oleh saudara mara. hehe...

BAHAN-BAHAN KUAH LAKSA :
===========================
3 Kg                Ikan Kembung( Ikan parang pun boleh) di rebus dan di ambil isi ikan
10 biji              Bawang besar ( dikisar)
4@5 kuntum   Bunga Kantan ( 3untuk di masak & 2 untuk hiasa sewaktu makan)
3 Keping         Asam keping
1/2 paket         Serbuk kari ikan
5 sudu             Serbuk cili 
2 sudu kecil    Garam
1/2 Kg             Santan pekat
4 cawan           Air ( bergantung kepada kelikatan kuah)


BAHAN-BAHAN LAIN :
====================
1 paket           Spaghetti (untuk 6 -7 orang makan)
1 Biji              Timun ( dibuang kulit dan di hiris isinya macam buang kulit apple)
2 Kuntum       Bunga Kantan ( dirincik halus)
4 biji               Limau ( untuk diperah sewaktu makan)
                       Taugeh


CARA MEMASAK KUAH :
======================
1. Masukan minyak dan tumis sedikit bawang.
2. Kemudian masukan rempah dan beberapa sudu serbuk cili yang di bancuh bersama sedikit air.
3. Setelah mengelegak masukkan bawang dan isi ikan yang telah di kisar. Masak sehingga mendidih.
4. Masukan santan serta air. Anda boleh mengagak kelikatan kuah laksa yang diinginkan. 
5. Setelah mendidih bolehlah di masukan bunga kantan yang di belah 2 bersama dengan asam keping kedalam kuah laksa tadi.
6. Akhir sekali anda boleh masukkan garam secukup rasa. Manis daripada isi ikan serta bawang sudah memadai. Tidak diperlukan tambahan MSG, tidak baik untuk kesihatan.


SPAGHETTI DAN RENCAH LAKSA :
===============================
1. Didihkan dahulu air di dalam periuk. Setelah mendidih masukkan sepeket Spaghetti dan rebus sehingga lembut.
2. Untuk bahan-bahan rencah di atas laksa, potong timun. Buang kulitnya. Macam mana nak potong ni ada gambar saya snap. hehe...
laksa johor
Cara memotong timun untuk Laksa Johor

3. Rincik halus bunga kantan.
4. Belah dua untuk limau. Ini terpulang bagi yang inginkan rasa pedas manis masam. 
5. Taburkan taugeh sebagai hiasan.

HASILNYA

resepi laksa
Laksa Johor

Alhamdulillah dah kenyang makan laksa johor tiba-tiba rasa bersalah pula. 
  
     Habis diet saya. Makan benda berlemak pulak tu, tapi di sebabkan favorite memang tak boleh nak di lepaskan. Tak perlu risau sebab saya pengamal tegar OMEGA GUARD dari shaklee. Apa fungsi omega ni sehinggakan saya tidak langsung tolak untuk makan benda yang ada santan ni..  Anda boleh baca entry saya mengenai kehebatan OMEGA GUARD dalam membakar lemak untuk KURUS.

ANDA nak tahu rahsia saya boleh maintain berat badan dan terus hilang KG dengan produk shaklee??

Hubungi saya :
Awatif Samat : 1114858
SMS/ Telegram : 019-5139011
FB : awatifsamat

Saturday, November 8, 2014

KURUS BERSAMA OMEGA GUARD

Assalamualaikum semua.

       Minyak ikan atau Fish Oils Omega 3 sebenarnya sangat popular di kalangan kanak-kanak. Kalau di Malaysia ni zaman saya kecik dulu-dulu, brand minyak ikan yang popular Scott's Emulsion. Dari pengalaman saya dulu para ibu akan beri anak-anak minyak ikan untuk perkembangan otak dan juga mata kerana minyak ikan mengandungi Omega-3 Fatty Acids yang menjadi sumber DHA dan EPA yang dapat membantu anak-anak dalam proses pembelajaran mereka. Bagaimana pula Omega 3 dapat membantu dalam proses penurunan berat badan atau proses pembakaran lemak?

Lecithin

     Menurut kajian sains, sebenarnya berdiet dengan mengambil Omega3 yang kaya dengan DHA menghentikan penukaran sel-sel pra lemak kepada sel-sel lemak. Proses ini membantu mengurangkan pengumpulan lemak badan. Ini membolehkan kita :

   1. Turun berat badan dengan lebih cepat
   2. Membakar lemak dengan lebih banyak
   3. Mendapat jantung yang lebih sihat
   4. Menurunkan index Obesiti

Lemak Baik di perlukan oleh badan kita bagi membolehkan ia mengurai dan membakar lemak jahat yang terkumpul. Bagaimana hendak mendapatkan Lemak Baik? 
    Contoh sumber makanan yang kita boleh amalkan ialah dengan memakan 
   3oz   ikan salmon, 
  1/8     cawan walnut, 
            sardin, 
   1       sudu teh flaxseed, 
   1/2    cawan tofu, 
   1       biji telur yang kaya dengan Omega3. 


Omega Guard Shaklee 
    Kelebihan Omega guard di di hasilkan dari extrak dari ikan laut dalam dan berair sejuk ( sardin, mackerel- ikan kembung, herring dan anchovies - ikan bilis). Omega 3 dari Shaklee mengandungi 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan minyak hati ikan yang lain dan iasatu-satunya minyak ikan omega paling tulen lengkap dengan 7 jenis asid lemak omega 3 semula jadi termasuk EPA, DHA dan ALA. Omega guard shaklee di hasilkan daripada kaedah ultratulen bergred farmaseutikal berteknologi tinggi. Kaedah ultratulen adalah proses penyulingan proprietari 3 molekul untuk mengextrak omega 3 yang tulen dan menyingkirkan bahan bahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin dan PCB. 
1 biji Omega guard Shaklee membekalkan 950mg asid lemak omega 3, EPA dan DHA

Cara makan Omega Guard

   Maximum sehari tidak boleh lebih dari 3 biji ye. Omega guard digalakkan diambil SELEPAS makan untuk rasa kenyang lebih lama dan membantu proses pembakaran lemak dengan lebih cepat.
Antara manfaat Omega Guard :
  1. Omega 3 mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon PMS wanita
  2. Melicinkan kulit dan kelihatan kemerah-merahan
  3. Omega 3 dapat elakan strok
  4. Membantu mengurangkan ketegangan urat leher
  5. Mengurangkan sakit kepala
  6. Merendahkan kolestrol
  7. Omega 3 dapat mencegah pembekuan darah dalam badan
  8. Kekalkan tahap kesihatan trigleserida dan kolestrol LDL ( Kolestrol jahat)
  9. Bagus untuk ibu-ibu hamil kerana dapat membantu tumbesaran dan perkembangan otak 
      janin.
10. Meningkatkan perkembangan memori janin dn kanak-kanak
11. Omega 3 dapat memperbaiki masalah alahan kiulit seperti eczema
12. Membantu menentang kanser paru-paru, payudara, kanser prostat dan kanser kolon


omega guard

   SID Shaklee anda
Awatif Samat - 1114858
COD Sbrg Perai Utara
PoS seluruh Malaysia