Apa itu kalori?? Kalori Ialah unit bagi tenaga. Wanita dewasa memerlukan 1600-2000 kal sehari manakala bagi lelaki pula, mereka memerlukan lebih kurang 2000 – 2500 kcal kalori sehari. Setiap 8000 kcal kalori yang terkumpul dalam badan anda sebenarnya akan menaikkan berat badan anda sebanyak 1 kilogram. WOhooo sikit jer tuhh kan? hehe!
Macam mana nak Kira kalori makanan??
1 gram karbohidrat = 4 kalori
1 gram protein = 4 kalori
1 gram lemak = 9 kalori
Yang mana paling banyak kalori??? Fiuuuhhhh.. Of course LEMAK kan kan kan...
Jom Kira.. Contoh 2keping roti untuk sarapan pagi mempunyai 30gram karbohidrat. Jadi kita Kira dengan mendarab 30gram X 4kalori per gram = 120 kalori..
Kalau kita sapu dengan 1 sudu teh mentega yang mempunyai 5 gram lemak X 9 kalori per gram = 45 kalori(1 sapuan roti)..
Total dua2 di tambah 120+(45x2roti) = 210 kalori.. Untuk breakfast sahaja... :D
Jadi lepas ini, setiap kali nak makan kita boleh Kira berapa kalori yang dah kita Ambil untuk sehari, Supaya tidak terlebih makan..
0 comments:
Post a Comment