Thursday, May 1, 2014

JENIS-JENIS KEGEMUKAN

Assalamualaikum Sahabat semua..

GEMUK!!! Sangat-sangat merungsingkan bagi setiap orang terutama perempuan.. saya la tu... Sebelum kita mengambil apa-apa supplement untuk kuruskan badan, seeloknya kita menkaji dulu jenis kegemukkan yang badan kita alami..

Ada 3 jenis kegemukkan iaitu :
1.     Gemuk Air
2.     Gemuk Angin
3.     Gemuk Daging

1.  Gemuk Air
  • Badan mengeleber dan lembik disebabkan oleh kandungan air yang tidak diperlukan berlebihan di dalam badan.
  • Badan akan terasa cepat letih dan mengah apabila melakukan aktiviti harian.
  • Kulit kelihatan cerah / putih macam belon
  • Bila berdiri bahu agak jatuh
  • Badan akan terasa cepat letih dan mengah apabila melakukan aktiviti harian.
  • Cuba picit bahagian lengan tangan, rasa lengan tangan menggeleber dan lembik tak? kalau ya, tanda anda di dalam kategori Gemuk Air.
  • Cuba timbang waktu pagi dan malam. Jika ada perubahan berat berlaku dalam 1-2 kilogram.
  • Golongan anak dara, wanita belum berkahwin atau yang lepas bersalin antara mereka di bawah kategori Gemuk Air..

2.  Gemuk Angin
  • Perut terasa sebu dan kadang-kadang sukar untuk membuang angin.
  • Mudah mendapat sakit kepala.


GEMUK AIR dan GEMUK ANGIN : Cuba picit bahagian lengan tangan, anda akan merasai lengan tangan mengelambir dan lembik. ( Saya la tu..huhu… )


3. Gemuk Daging
  • Badan berasa berat dan pejal.
  • Mudah penat apabila melakukan tugas harlan.
  • Kurang makan sayur dan suka makan karbohidrat 
  • Proses penurunan agak lambat berbanding mereka yang gemuk air atau angin ni kerana lemak di dalam badan menjadi tepu dan bergumpal bersama daging.
  • Proses penurunan melalui perpeluhan dan mengikut pantang yang disarankan

GEMUK DAGING : Cuba Picit bahagian lengan tangan, kalau merasa pejal dan padat, itu tandanya anda gemuk Daging.

Gemuk air dan Gemuk angin mudah untuk turun berat badan tetapi Gemuk Daging perlu lebih berusaha  dan mengambil masa untuk turun. Gemuk Daging berpunca dari lemak yang berkumpul menjadi tepu dan bergumpal bersama daging.

Harus diingtkn kadar penyerapan makanan oleh usus bersih adalah 75% berbanding 25% sebelum dicuci.


 

0 comments: