Thursday, May 1, 2014

Saya & Shaklee :: Kawan Baru

Assalamualikum sahabat semua...

  Lama sungguh saya tinggalkan dunia blog ni.. so sekarang dengan azam baru setelah berkenalan dengan kawan baru, in sya Allah saya akan aktif semula berblog untuk share kebaikan SHAKLEE.

Secara rasminya saya telah menjadi Shaklee Distributor yang sah : 1114858..

sekiranya ada yang berminat boleh SMS/ Wechat saya : 019-5139011

Thursday, December 13, 2012

** Pemakaian Tudung Islamik **

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ          

Assalamualaikum Sahabat sekalian...

  Saya suka akan gambar yang di kongsi oleh seorang sahabat di facebook. Simple but nice..

  

Notakaki : Semoga para muslimah dapat memperbaiki cara pemakaian tudung yang di pakai...juga peringatan untuk diri sendiri.

Thursday, December 6, 2012

** Jodoh yang baik datangnya dari ALLAH SWT **

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ         

Assalamualaikum para sahabat semua... Berdoa dan usaha juga sentiasa ikhtiar kepadaNya.. Ajal maut dan Jodoh pertemuan semua adalah urusan Allah SWT.. Kita sebagai hambanya perlu sentiasa berdoa agar apa yang di hajat dipermudahkan...

Sebaik-baiknya pohonlah doa ini sewaktu menunaikan solat hajat di waktu malam..jangan dilupa di dahului dengan solat Tahajud & juga solat Taubat...Mintak ampun banyak-banyak pada Allah..Kita sebagai hambaNya sentiasa alpa dan lalai serta sering melakukan kesalahan..

Ya Rabb. Ya Tuhanku.
Jika jodoh dan pasanganku telah Rabb lahirkan dan cipta untukku, maka, gerakan hatinya tuk menujuku.
Jadilahkanlah perteman pertama kami dengan sebaik-baiknya pertemuan untuk menuju  dan mengapai redhaMu. Rabb yang berhak atas hati hamba-hambaNya. Dan Rabb  jua yang kuasa membolak balikannya.
Ya Rabb.
Bila dia jauh dari ku,dekatkanlah ia kepadaMu.
Kukuhkan ikatan hati kami dalam ribat keranaMu, pautkan hatiku dengan hatinya yg sama-sama mengharap dan mendamba sebuah keinginan menuju redhaMu..
Ya Rabb. Yang Maha Pecinta.
Wahai pemilik cinta sejati, Jikalau cintaku kau ciptakan untuk dia tabahkan hatinya. Teguhkan imannya. Tegarkan penantiannya.
Ya Rabb. Sang Pemilik Hati.
Jikalau hatiku Rabb ciptakan untuk dia, Penuhi hatinya dengan KasihMu.
Terangi langkahnya dengan CahayaMu, Limpahkan kelapangan dikalbunya dengan kesabaran dan temani dia dlm kesepian.
Ya Rabb.
Tiada tempat ku bersandar Selain pada-Mu, kutitipkan cintaku padaMu untuknya. Kutitipkan sayangku padaMu untuknya. Kutitipkan rinduku pada-Mu untuknya. Mekarkan cintaku bersama cintanya. Satukan hidupku dan hidupnya dlm Cinta-Mu.
Ya Rabb.
Ku yakin bila saatnya sudah menghampiri, pasti kebahagiaan itu aku dapati. Mohon beri aku kekuatan dan kesabaran dlm penantianku.
Ya ALLAH.
Kirimkan dia yang dapat membawa kebaikan, baik bagi duniaku,akhiratku dan agamaku. Agar kami sama-sama berjamaah tuk tetap MenujuMu. Bimbinglah hati kami ,Kuatkan hati kami.
Penuhilah dengan Rahmat dan kasih sayangMu. 

Aamiin Ya Rabb.


Khusyu’ dan ikhlas  dalam berdoa serta berharap kepada Allah bahawa doa kita pasti dikabulkanNya. Cepat atau lambat?
Itu urusan Allah yang mahu melihat hambanya itu betul-betul berdoa kepadanya.

NotaKaki : Doa di kongsi dari blog seorang sahabat..Terima kAsih..

Sunday, December 2, 2012

** Sifat Nabi Muhammad **

Assalamualaikum semua...

  Perkongsian ilmu yang saya timba dari Bengkel Mendorong Pelajar corot

Nabi Muhammad bukan hanya tidak menghukum kesalahan seseorang, beliau juga tidak melakukan perkara-perkara berikut:

1-tidak memarahi
2-tidak mengkritik
3-tidak menasihati supaya jangan mengulangi kesalahan

4-tidak bertanya apa-apa soalan berkenaan kesalahan

Tetapi, apa yang dilakukan oleh Nabi Muhammad adalah MENERANGKAN cara yang betul. 
Nabi Muhammad menunjukkan kepada kita prosedur yang betul apabila memberi nasihat moral.

Baginda akan meminta izin terlebih dahulu dengan bertanya kepada mereka: 
          "Mahukah saudara jika saya beritahu....." Sesudah mereka menjawab: "Mahu, ya Rasulullah...." barulah Nabi Muhammad memberitahu perkara baik itu supaya mereka suka melakukannya.

Monday, October 17, 2011

** Dia Untukku **

Assalamualaikum.. 

Ingin saya berkongsi sedikit kata-kata motivasi untuk diri ini dan juga kawan-kawan semua..Petikan ini saya dapat dari post salah sorang kawan di FB

    " Tetapi, jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga. Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit. Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak. Tetapi lelaki yang baik, jika Tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalam selok belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya. Dia akan datang apabila tiba masanya. Lambat atau cepat.

Tulang rusuk Adam yang hilang, biarlah dia yang mencarinya sendiri. Hawa pula, tunggulah dan bersabarlah, tak perlulah kamu yang mencari Adam. Kerana kamu tetap tulang rusuknya yang hilang, dia akan datang mencarimu dan mengambilmu suatu hari nanti. Apa yang boleh kamu usahakan Hawa ialah berdoa agar Adam yang datang itu adalah Adam yang beragama, beramal dengan agamanya dan punya akhlak yang baik. Dengan kata lain dapat membimbing kamu ke jalan yang lurus untuk ke syurga... "



Tuesday, September 6, 2011

** Aku terima Nikahnya **

Assalamualaikum..

Sekadar ingin berkongsi entry ini yang aku dapat dari post kawan di Facebook tengahari tadi..sangat menarik.. Sila ambil perhatian semua... (^_^)


"Aku terima nikahnya si dia binti ayah si dia dgn mas kahwin RM..."
Bunyi mcm sng?

Nah ni makna sbnrnya..
*
*
*

Aku tanggung dosa-dosa si dia dr ibubapanya,apa saja dosa yang si dia buat,dari dedah auratnya sehingga tinggal solatnya,aku tanggung & bukan lagi ibubapa si dia..Dan aku tanggung semua dosa bakal anak-anak ku,jika gagal maka aku fasik,dayus & aku rela masuk neraka & malaikat Zabaniyah melibas badanku sehingga pecah..


Notakaki : Mari lah sama-sama kita renungkan bertapa beratnye tanggung jawab yang akan di pikul oleh Bakal Suami...

Saturday, September 3, 2011

** Hayati.. Renungkan dan Fikirlah **

Assalamualaikum semua..

Zaman sekarang ni penuh dengan pancaroba dan dugaan syaitan yang mengoda anak muda. Jika kita mudah lupa padaNya,maka kita akan terus hanyut di bawa arus dunia..Di sini ingin saya kongsi bersama kaum wanita sekalian...juga untuk peringatan diri sendiri..bagaimana kadang-kadang kita bisa terleka dengan mainan syaitan..

Assalamualaikum..Moga kalian semua sentiasa di bawah naungan rahmat dan magfirahNya. Penulisan ini menunjukkan bahawa dengan hanya SMS kedua pihak boleh terjebak ke kancah penzinaan jika tidak mempunyai Iman yang kuat. SMS ini memang sengaja ditulis dengan penulisan seorang lelaki. Ceritanya memperlihatkan bagaimana seorang muslimat di'rosak' dengan mudah hanya dengan kata-kata manis! Wahai sahabat-sahabatku... Moga Allah pelihara kita daripada semua ini...

**********************************************************

1. salam. Blh sy kenal awk? Sy tertarik dgn prwatakan sopan awk. Dah lama sy prhatikn awk. Awk dak baik n sy trtarik la dgn tudung labuh awk. Sy harap kite bleh brkenalan.. ukhuwah fillah org kate..sy x terer sgt arab ni…

2. Trima kasih krn mnerima sy. Sy akan try sedaya upaya sy mnjaga awk dan mgikut syariat. Sy tau sy bukan baik sgt, tp demi Allah, sy cuba buat yg trbaik utk awk…

3. Ingat tau, jaga aurat leklok..jgn bagi org lain nmpk..kuar ngan kwn2 tau.. jgn sorg2..blk contact sy ek..sy doakan awk selalu..

4. awak,nape x contact sy. Sy risau awk kuar lama2..ye..mmg sy xde hak pun..sy tau sy percaye awk, tp sy x tau la nk kate cmne. Kite slalu nmpk dari jauh je ek.Tp sy rasa awk mcm dkt je ngan sy. Mgkn ni org kate cinta kot, wak..awk cinta sy x? xnk bgtau.. tp sy tau awk cinta sy..awk da malu nk jln tmpt sy lepak sbb malukan?..kih3. .tq.. i love u too..

5. Wak,selain family, Allah dan rasulnyer.. awk sayang sape ek? Sape saya dlm hati awk?

6. Wak wak..dr kawan kite just pggl sy awk je..mcm x special plk diri sy utk awk. sy tringin gak nk jd cm room8 sy ni. Pggl syg.. bole ke? Awk pggl sy bi ek? Rasa mcm baby sket. X salah kan.. just panggilan je..thanks syg.. love u... ..

7. Yang. kekdang bi tgk syg ni mcm x prcaya bi je. Yela, bi just tanya syg pkai apa je kan .. tq ek gtau, mkin dalam pulak rindu kat syg ni... .hihihi..

8. Yang bi nak syg tau, sayanglah segalanya utk bi, syg la pmberi semangat utk bi... yang... ..bi harap bi ngan syg xde rahsia lagi ek.. jgn risau..inikan membuktikan bi caring.. so jgn risau..k..yeye. . bi janji kan jaga rahsia kite..just msg je kan..love u..papai.. mmuahh!

9. Syg..da lama kite msg, leh kite jumpe x? ye..ayang bwk la kawan2 k..tq yunk! i love u.... ..

10. Tq pggl bi ngan pgglan abg.. abg tggu lame da..abg tau..kite x leh pakse dlm hubungan..la iqra hafiddin..hehe. . sikit sikit je..kih3..

11. Hi syg, watpe 2? Nk ckp sket.. nape syg bwk satu battalion nak jumpa abg?... syg x caye kat abg eh.. huhu..

12. Syg..kite jumpe k?..abg suka syg pakai tudung yg abg beli tu..cam wardina lak..bkn syg x cntk.. just nmpk mkn cntk la..nipis sikit je.. nnt jumpa nnt syg bwk sorg dah la k..

13. Syg..abg sory ngan apa jd td.. abg trsentuh jari syg td.. Tol gak ckp syg eh, trsentuh xpe..TER.. hehe..makin tebal la pulak cinta abg kat syg..

14. Thanks jumpa td, syg cntk la.. Ololo..abg romantik sket pun salah ke? Ske abg romantik ek? Hehe.. Eh, td jumpa abg da berani tenung abg ek..hoho.. tgk td kwn syg cam ske kat kwn abg je.. senang la kita jumpa pasni.. tgk..Allah memberkati hubungan kite.. syg solat dah ke? Doakan abg skali ek..miss u..

15. syg..just nk tanya.. syg cinta bg berapa percent? Apa tandanya eh? 50% je... huhu..yang. . just nk tanya..rambut syg panjang x? just thinking of u at the moment…

16. Td terbeli tudung pendek.. yg abg bg kat syg tu.. syg..bg la gmbr syg special untuk abg yg pakai tudung td 2.. Cntk nye syg..gambar ni nak wat wallpaper hp ngan kompter abg la..

17. Yang.. syg cintakan abg berapa percent? Sepenuh hati Thanks syg..love u too.. abg janji, abg akan jaga syg baik2 dan xkan tinggalkan syg...

18. Syg..da lame kita couple kan.. xkan abg pegang tgn pun nak marah.. Syg kan milik abg.. Thank 4 being understanding. .

19. Syg kata Syg cintakan abg sepenuh hati.. kalu gitu..apa buktinya Syg cintakan abg..?

SELEPAS ITU BARU BERMULA ZINA YANG SEBENAR...

****************************************************************

20. huh!... syg mengndung? tahu kat ne... cube check balik dgn doktor... xkan sekali buat dah mengandung, check balik k..

21. huh! btol la syg mengndung ni?? syg, utk kebaikan kita berdua, lebih baik syg gugurkan kandungan tu.. gugurkan k..

22. Nape plak xnak? xberdosa la klu bunuh benda yang masing xbernyawa.....gugurkan jelah!!! jgn buat masalah bleh x!!

23. xsakitlah!!! nape manje sangat ni! xkan bnda mudah cam tu pun xbleh buat..

24. sori syg, abg xbleh temankan syg ke klinik tu, abg malu klu terserempak dgn family or member, malu la abg klu diorg nmpak abg bwk syg dgn perut syg yg besar tu..

25. Ape!! RM 5,000?? kau yg mengandung... kau cari sendiri la duit nak gugurkan anak tu.. bukan masalah aku.. lantak kau la... bukan masalah aku jgak keluarga kau pulau kau.. kau tu yg bodoh!! kau ingat kau tu cantik sgt?? aku dah xingin kat kau!! pergi mmpos!

26. jgn kol n msg lg bleh x?!.. aku sbuk.. xde masa nk layan kau!...

27.(terputus hubungan)

- wanita itu mati akibat kegagalan proses penguguran..

- si lelaki mencari mangsa baru..

- dan kejadian terus berulang..

semoga dengan membaca petikan tersebut kita dapat menguatkan lagi keimanan kita supaya tidak mudah unutk kita tercebak dan lalai dengan kata-kata manis pujuk rayu dari seorang lelaki.

p/s : semoga Allah pelihara kita dari semua ini..

Kerna Hati Bicara

Karena Hati Bicara ~ Oki Setiana Dewi & Andy Arsyil ~


Mengharungi samudera mahligai nan suci
Penuh gelombang silih berganti
Semua adalah ujian penguat cinta
Bila hati bicara


Kekadang tak perlu terucap kata kata
Untuk selami dalamnya hatimu
Susah senangmu jadi bahgian hidupku
Karena hati bicara


Kata menjelmakanmu kisah berjutakan cerita
Hadirmu dihidupku memberikan berjuta makna
Karunia Illahi mempersatukan dua hati
Kurasa yang kau rasa karena hati bicara


Kekadang tak perlu terucap kata kata
Untuk selami dalamnya hatimu
Susah senangmu jadi bahgian hidupku
Karena hati bicara


Kata menjelmakanmu kisah berjutakan cerita
Hadirmu di hidupku memberikan berjuta makna
Karunia Illahi mempersatukan dua hati
Kurasa yang kau rasa karena hati bicara


p/s: best lirik ni..dalam maksud die..

** Mood Raya **

Assalamualaikum semua

Masih bermood raya kan...jap2 nak kira...dah raya ke 5 kita hari ni..adoihai..kejap betol masa berlalu...esok lusa dah nak start kerja balik...haishh..nasib la aku tak terkejar-kejar nak balik kg kan..sebab memang dah duk kat kg..ahakkss..ni kelebihan...tak perlu nak bersesak dengan kereta yang banyak atas highway..tapi next year tak tau la kan...ahakkss...tapi nak gak aku rase suasana balik kg..dah lama wei tak rase since pindah dari Perak dulu...de la dah 11 tahun..fiuuhh..lagi cepat masa berlalu..aku still rase cam budak-budak tunggu result SPM...

so story Malam raya...kite org celebrate birthday Najwa yang ke 4..Masak memasak aku dah start ari ahad tu sebab tak mau la nanti sibuk-sibuk kat dapor tak sempat nak layan budak-budak main mercun..ahakss..mercun pop2 je pn..tak ader yang ganas2 punya..sayang nyawa kan...

~ MALAM RAYA ~


Kakak Najwa...hehe...


Ade orang yang menumpang kasih excited celebrate birtday sampai nak join tiup lilin..hahaa...Thaqif ur birtday this month k..sabar2...

*
*
*
*
*
*
*
PAGI RAYA
*
*
~ 1 SYAWAL ~

*
*
*
*
*
*
*
*
JENG JENG JENGGGGG.....

ade plak yang kena tahan wad subuh-subuh.... akibat dari lelah...


Pagi tu time kul 8 lebih orang tak solat Aidilfitri lagi..Along call mama jawab...kata Thaqif masuk wad sebab asma teruk..before ni kalau die penat just bawak g emergency room bagi sedut2 oksigen bleh balik..tapi sebab before 1 along aku kemas umah habuk2 n thaqif pun loncat-loncat keriangan makan kek coklat n eskrem..makan teruk la lelah die.. Doktor nasihatkan stay la die beraya kat wad...hohoo..aku n mama terus siap-siap gi Hospital Kepala Batas...sunyi jer..lengang jalan raya..sebab orang semua dah get ready kat masjid nk solat...
Baba kebetulan dah kluar pas subuh g ziarah kubur terus gi hospital gak..jumpa kat sana..tak sempat nak pakai baju raya...
Picture famly pon tak sempat nak ambil sebab thaqif stay hospital sampai raya ke3...bang cik n famly dah balik tepeng umah kak lin....huhu...
tak aper la..Dugaan Allah...Thaqif sihat..Alhamdulillah...

kesian Thaqif...Even masuk wad pun die la pesakit yang paling cergas antara pesakit yang ade... pssttt...yang lain semua baby2 cute miute aloh2...kaki tecit2 baru lahir (^__^)

NotaKaki : Gambar hidangan tuk raya semua tak sempat nak amik...adehh... (-_-)
Menu >> Rendang ayam, rendang daging,Lontong, Nasi impit, ketupat palas, n Laksa Johor...