Entry yang ke 4 pada hari yang ke 6.. Alamakk!!! Cepat kena kejar buat lagi 2 entry perlu di siapkan. Tips mengemas rumah saya pilih area bilik kerja di rumah atau Home Office . Nama pun cikgu mestilah ada sekurang-kurangnya meja untuk buat kerja-kerja tulis menulis or apa-apa sahaja berkaitan dengan sekolah atau kelas tuisyen. Jadi untuk bilik kerja saya di rumah saya beli 2 Banquet table jadikan bentuk L Shape. Luas kawasan yang saya ada untuk letak buku-buku tusiyen untuk 3 Subjek, printer dan alat tulis.
Walaupun saya ada kawasan meja yang luas, tapi ia tetap nampak serabut/berselerak sebab banyak stationery yang dibeli sendiri ataupun dihadahkan oleh murid-murid.
Jadi tips saya sangat mudah. Disebabkan terlalu banyak benda-benda yang kecil-kecil atas meja tu, contohnya pemadam, stapler, sticky note, paper clips, gam jadi saya telah menghadikan meja study saya dengan inii........ TADAA.....
Saya beli drawer kecik 5 tingkat untuk dimasukan segala benda-benda kecik-kecik atas meja yang buat jadi serabut tu. Jangan lupa labelkan setiap drawer untuk memudahkan kita mencari barang yang diinginkan dengan mudah. Mudah bukan??Meja belajar korang akan jadi lebih teratur.
Korang ada tips yang hendak dikongsi? Tinggalkan dibahagian comment. Syukran Jzln.
0 comments:
Post a Comment