Monday, May 5, 2014

PUASA dan ESP Shaklee

Assalamualaikum semua

Khamis lepas 1 Mei 2014 hari ape ye??? Ehh....hari cuti2 semalaysia la kan... Ape lagi berehat le di rumah... Selamat Hari Buruh.. Hehe...lewat sikit wish...
   Allah sangat memudahkan kita semua umat Islam, 1 REJAB memang cun2 hari cuti buruh yang lepas dan istimewanya ia jatuh pada hari Khamis minggu pertama Rejab. Saya memang sangat2 perlukan waktu cuti untuk berpuasa ganti or puasa sunat.. Bukan ape, time kerja agak perlukan tenaga yg lebih untuk mengawal anak murid yang sangat aktif...( sekolah rendahkan : sel-sel OTAK sedang berkembang..hehe) tambahan balik umah sambung dengan kelas tuisyen petang n malam...

   Sedikit info Bulan REJAB :

Dalam bulan Rejab iaitu pada hari Khamis minggu pertama disunatkan sembahyang 12 rakaat. Dianjurkan berpuasa pada siang hari Khamis dan sesudah Isyak dirikan sembahyang sunat tersebut.

Dan pada bulan Rejab ini, dianjurkan memperbanyakkan doa dan zikir dengan ketentuan sebagai berikut:

Menurut riwayat Ibnu ‘Asyakir, dari Abu Umamah, sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud:

“Lima malam yang tidak ditolak doa padanya iaitu doa di awal Rejab, malam Aidil Fitri dan malam Aidil Adha.”

Sebab itu di anjurkan:

1. Puasa pada Khamis pertama bulan Rejab syurga bahgiannya. ( Al-Baqarah)
2. Bahawa di syurga ada sungai, dinamai “Rejab” yang lebih putih dari susu, lebih dingin dari ais, lebih manis daripada madu, sesiapa yang berpuasa sehari dalam bulan Rejab, Allah mengurniakannya minuman dari sungai itu (al-Hadis).
3. Puasa pada 1 Rejab, menjadikan kaffarah (menghapuskan) dosa-dosa kecil. (Al-Jaami’us Shagir)
4. Pernah Nabi Adam bertanya kepada Tuhan mengenai hari-hari apa yang disukai Allah firman-Nya: “Nisfu Rajab! Sesiapa yang menghampirkan diri dengan berpuasa, sembahyang sunat, bersedekah, beristigfar, permohonannya akan dikabulkan, dosanya diampuni dengan bersedekah dan berzikir dan menjaga diri dari berbuat maksiat. Syurga bahgiannya.”

Jadi saya ambil peluang ini untuk berpuasa sunat REJAB.. Bangun sahur nk minum ESP+ oats. Tapi kali ni saya tambahkan makanan sunnah iaitu Kurma.Blend sekali dgn ESP,then baru masukan oats.. Tapi mama tetap suruh juga saya makan nasi, nak jaga hati mama saya makan jg tapi  tak banyak.. Mak mana tak sayang anakkan, makanya anak yang solehah patuh akan suruhan maknya... Hehe..

   Walau pun cuti,pagi tu saya ada kelas ganti tuisyen untuk tahun 4 ( 2 kelas berterusan untuk 3 jam tapi student ada masa break boleh makan2 minum2) pastu sambung kelas tahun 5.. Mula jam 8.00pagi-1.00tnghri.. Jadi 5jam kelas...huhu...
   Bohong la kalau saya kata tak penat, penat bercakap je sebab anak2 sangat aktif dan macam2 perkara yang mereka nak tahu.. Tapi kerja-kerja lain masih boleh buat macam biasa.. Hoyeeaa... Inilah penagan ESP Kurma + Omega Guard. Tak Lupa juga Alfalfa.

  Ini adalah first time saya berpuasa dengan ESP... Subhanallah sangat2 di permudahkan Allah... Tengahri tu pulak hujan turun dengan lebat..lebat sangat.. Student pun seronok je belajar... Alhamdulillah semoga ilmu yang di pinjamkan Allah kepada saya untuk di sampai kan kepada student di berkati.. Amin..

Resepi ESP kurma

Bahan A (Blend)
 1 sudu besar    ESP
 300ml               low fat milk
 2 Biji                 Kurma
Bahan B
 3 sudu besar.     Oats

Campurkan bahan A & Bahan B dan kacau...

* kalau malas nak blend potong dadu2 kurma tu, tapi kena kunyah2 la sikit kan..

SELAMAT MENCUBA (^_^)

0 comments: