Assalamualaikum..
Ingin saya berkongsi sedikit kata-kata motivasi untuk diri ini dan juga kawan-kawan semua..Petikan ini saya dapat dari post salah sorang kawan di FB
" Tetapi, jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik
akan didatangkan kepada kita juga. Lelaki yang baik itu tidak turun
dari langit. Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan
kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak. Tetapi
lelaki yang baik, jika Tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang hayat,
membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama,
mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalam selok belok agama
yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan
memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya. Dia akan datang
apabila tiba masanya. Lambat atau cepat.
Tulang rusuk Adam
yang hilang, biarlah dia yang mencarinya sendiri. Hawa pula, tunggulah
dan bersabarlah, tak perlulah kamu yang mencari Adam. Kerana kamu tetap
tulang rusuknya yang hilang, dia akan datang mencarimu dan
mengambilmu suatu hari nanti. Apa yang boleh kamu usahakan Hawa ialah
berdoa agar Adam yang datang itu adalah Adam yang beragama, beramal
dengan agamanya dan punya akhlak yang baik. Dengan kata lain dapat
membimbing kamu ke jalan yang lurus untuk ke syurga... "
0 comments:
Post a Comment