Tuesday, July 19, 2011

... AWAK MAAFKAN SAYA ...

Dulu awak sering tanya sayang awak tak?? tapi saya tak cakap ape.. Saya hanya tertawakan or saya akan cakap "entah"...sebab saya memang tak pandai nak cakap "saya sayang awak"..Bagi saya "sayang" tidak hanya dengan melafaskan..melalui perbuatan juga dapat menunjukkan yang saya sayang awak :P oh..saya malu... LOL

Andai awak baca entry ni,saya tak paksa untuk awak membuat apa-apa kesimpulan..sekadar nak sampaikan apa yang mungkin saya tak pernah luahkan pada awak..skema ayat saya macam nak jawab peperiksaan SPM BM - karangan.. (^_^)

Dulu awak rajin gak ar call saya..saya je jarang call awak..sebab saya takut time saya call tu awak sedang sibuk..huhuu..mungkin awak akan cakap alasan..hemm..so awak dan saya lebih kerap membuat khidmat pesanan ringkas..sms la kan..bila saya bosan je,mula teringatkan awak..bila saya susah hati je saya teringatkan awak..bila saya happy saya teringatkan awak..bila saya tantion saya teringatkan awak..nak kongsi dengan awak..tapi akhirnya saya tak mesej awak pun..kadang-kadang je..tapi tak semua perasaan saya seperti di atas saya akan mesej awak..sebab saya tak mau ganggu awak..Bagi saya masej saya ni tak penting bagi awak..cuma hanya akan ganggu awak je..maafkan saya..

Kadang-kadang saya nak masej "awak sihat tak hari ni??", "awak dah makan?", "awak makan apa arini", "hari ni awak buat apa?", "macam mana kerja awak??ok tak?"..tapi saya tak masej pun.sebab awak akan reply tak agak-agak?? kalau awak tak reply saya akan mula fikir macam-macam..mungkin awak sibuk,mungkin awak tak de kredit..or mungkin awak de masalah tak mahu di ganggu..pastu mula saya rasa menyesal masej awak..terukan saya sebab dah hantar masej dekat awak then nak menyesal pulak..awak jangan salah faham k..awak tak salah kalau awak tak reply pun..itu hak awak...huhuhu..saya bukan suka paksa untuk orang reply kecuali benda tu hal penting..saya bukan jenis akan miscall banyak kali kalau orang yang saya masej tak reply..tapi saya tetap tertunggu-tunggu..itu hakikat..ohh..saya malu..Dan akhirnya saya rasa saya menyusahkan awak..sebab ganggu awak..makanya saya buang no tel awak..bila no awak Ada dalam phonebook hp saya..esok atau lusa bila saya teringat awak,nanti tangan saya akan gatal-gatal untuk send SMS pada awak...konon saya nak jadi baik tak nak ganggu kerja awak..tapi dalam fikiran ashik teringatkan apa yang awak buat hari ini..apa awak sedang buat sekarang..then kalau awak msg pada hari berikutnya mulalah saya teragak-agak siapa pengirim SMS ini sebab nama awak dah tak da dalam list phonebook saya..tapi no awak tetap saya kenal walaupun saya dah buang,cuma saya tak hafal..bila dapat msg dari awak tiba-tiba saya happy macam dapat makan ais krim macD..hemm..sedapnyaaa kalau dapat makan sekarang ni..maafkan saya buang no awak..

Saya pernah juga terniat nak buang Facebook awak...mesti awak cakap..sampainya hati saya sanggup nak buang Facebook awak(mungkin awak tak cakap pun macam ni)..sebab saya tak mampu, tak mampu untuk mengelak dari melihat status yang awak tulis,sedangkan saya ingin mengelakan diri daripada mengetahui hal-hal harian awak..tapi saya tak buang pun,sebab bila di fikir-fikir awak tak buat salah apa pun pada saya kenapa saya perlu bersikap begitu..kan kan kan..sure awak cakap tak profesional la kalau buang kan...

Tiba-tiba saya rindu nak dengar awak nyanyi pada saya...dulu awak pernah call then saya cakap hello sorang-sorang..bila saya dengar betol-betol rupanya awak sedang nyanyi..hehe.. bersemangat awak..saya senyum sorang-sorang..nasib anak sedara saya tak kata "are you crazy maksu?"... Sebab dia tengok saya cuma gelak sorang-sorang...saya terhibur,serius saya suka..yang masih saya ingat bila awak nyanyi tak lepas piching..hehe..saya tak kesah..memang saya tergelak waktu tu..tak pernah ada orang nyanyikan lagu untuk saya tau...hoho..habiskan kredit awak je..maafkan saya...

Dulu saya nak jumpa awak,mungkin saya je kot yang nak jumpa awak..tapi awak ada hal..awak msg kata awak letih..saya faham..saya tak mau paksa awak datang jumpa saya walaupun saya ........................ . Parents saya susah nak lepaskan anak dara sorang ni pergi jauh-jauh..sebab tu saya masih di sini dan mungkin akan tetap disini..saya tak kesah awak nak cakap apa..orang lain boleh berdikari sendiri..waktu saya nak jumpa awak tu seharian kelmarinya saya melangkah kaki jumpa kawan-kawan lama saya...ke sana sini..sampaikan kaki saya melecit..hehe...dan saya demam waktu tu..sakit kepala sampai muntah-muntah..stay je kat rumah-akhirnya..sebab tak jadi jumpa awak..saya tak bagitahu awak sebab saya takmau nanti awak cakap saya mengada-ngada..itu pun nak mengadu...tapi memang nak jumpa awak..terkilan gak ar sebab tak dapat jumpa awak, macam-macam lah saya fikir dan cakap yang tak baik pada awak..tapi awak letih..kesian awak...maafkan saya awak...maafkan saya...

Bila awak dah betul-betul jauh dari saya, saya terasa kesorangan..betul-betul perlukan someone untuk kongsi cerita saya...waktu itu saya sedar yang awak telah pergi melangkah untuk kehidupan awak yang lebih baik..waktu tu saya tantion dan saya teringatkan awak..tapi awak sedang berjuang...saya takmau ganggu awak..sebab saya tau awak tak kan reply..saya sedar itu...kalau saya msg awak mengadu nasib or share story pn sure awak tak sukakan..awak ada masalah yang lebih besar awak perlu selesaikan dari mendengar cerita biasa luahan saya itu...saya msg sorang-sorang dalam notepad hp saya..saya luahkan segala-galanya masalah saya..seolah-olah saya mengadu pada awak.. (^_^) saya menagis sorang-sorang..hope sangat waktu tu awak ada disisi saya..tapi ........hemmm.....tak ape awak..saya tak salahkan awak pun..saya dah biasa..terlepas sekali lagi...hanya sebab

"saya sayang awak"
tak terungkap dari mulut saya sendiri...saya faham tak kan awak nak terus tunggu..kan kan kan.. Lagi pun kita tak pernah berjumpa..dan kita berjauhan..awak yakin dengan cinta jarak jauh??awak percaya pada saya??saya tak yakin,bukan tak yakin dengan awak,tapi saya tak yakin dengan diri saya sendiri..awak di sana saya di sini..hemm..Maafkan saya..

Saya puji awak..hampir 3tahun kita mula kenal..awal pengenalan - penghujung 2007 or awal 2008,tapi waktu itu saya jarang layan awak..bila awak Ym saya,saya busy,saya nak tido,saya nak study,saya nak logout...tapi awak tak marah pun..Walapun kita hanya dapat borak sekejap..awak mintak no fon saya,saya tak bagi..lama awak usaha,akhirnya pnghujung 2009 tak silap saya awak dapat no saya...memang susah untuk saya berikan no saya pada sesiapa..tapi awak tak kesah..sampaikan awak ada cakap pelikan macam mana saya boleh tiba-tiba layan awak,boleh bagi no fon saya pada awak..sedangkan dulu saya jarang YM dengan awak.. Maafkan saya..

Maka sebab itu saya tak salah kan awak kalau selama beberapa tahun kita kenal awak dah tunggu lama..kini awak telah pergi membawa diri..

Maafkan saya kerana buat awak tunggu lama untuk mendapatkan jawapan kepada soalan awak itu..semua ini bersebab..sebab tu bila awak tanya saya jawab "entah"..tapi saya tahu,saya dah terlambat untuk katakan yang * SAYA SAYANG AWAK *... (^_^)

" Saya kesah dengan setiap tindak balas awak,tapi Saya tak mahu bebankan awak. "


P/s : Maafkan saya atas segala kata-kata saya yang mungkin ada menyakiti hati awak secara sengaja mahupun tak sengaja selama kita berkawan.. Good Luck..

No comments: